Thursday, May 28, 2009

tazkirah jumaat

Apabila Jenayah Mengambil Tempat Makruf (Oleh : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Dari jauh saya membaca akhbar Malaysia merasa keadaan keamanan rakyat begitu menakutkan. Jenayah-jenayah berat berlaku di sana sini. Pembunuhan, rogol, rompakan, ragutan dan berbagai lagi jenayah yang perit untuk membayangkannya.

Seseorang dalam negara kita sentiasa dalam kerisauan atau ketakutan untuk berjalan bersendirian, atau membawa barangan berharga, atau memiliki harta mewah, sehingga menggalas beg di bahu boleh mengancam nyawa. Seseorang bukan sahaja merasa tidak selamat semasa di jalanan, bahkan merasa tidak selamat dalam rumahnya sendiri.

Rasa takut untuk membiarkan anak-anak bermain di hadapan rumah sendiri, apatah lagi keluar bermain bersama kawan-kawannya. Penjenayah di sana-sini dengan segala kekejamannya. Bahkan mereka juga mungkin dibela oleh peguam-peguam yang handal di mahkamah. Parti politik yang ‘kehausan kuasa’ juga mungkin mengambil kesempatan membela penjenayah, jika itu dilihat boleh dijadikan isu politik.

Hilanglah nikmat keamanan yang pernah kita kecapi dahulu. Juga mungkin Allah telah menarik balik rahmat keamananNya. Ia adalah satu bala yang besar dalam kehidupan rakyat. Antara punca hal ini terjadi adalah kerana hilangnya penghayatan Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar iaitu menyuruh kepada yang baik dan mencegah mungkar (kejahatan).

Tanggungjawab ini disebut oleh al-Quran dan al-Sunnah begitu banyak. Antaranya Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah ayat 71).

Perkataan mungkar sering disempitkan tafsirannya oleh pemikiran sesetengah kita kepada perkara-perkara seperti zina, minum arak, berjudi dan beberapa perkara lain yang ‘sama spesis’ dengan itu sahaja. Maka sesiapa yang menyertai operasi mencegah hal-hal ini sahaja yang ‘dirasakan’ menunaikan tanggungjawab agama.

Sementara kemungkaran lain seperti mengambil dadah secara salah, mencuri, merosakkan harta awam, memaki hamun orang, berlumba haram yang merbahayakan awam dan jenayah-jenayah lain dirasakan sebagai jenayah biasa yang tiada kaitan dengan agama. Maka tindakan mencegah kesalahan-kesalahan ini tidak dirasakan sebagai amalan soleh yang diperintahkan oleh agama.

Ini mungkin antara keburukan penyempitan fungsi mahkamah syariah dalam negara kita. Hasilnya, jemaah masjid mungkin membuat operasi tangkap khalwat, kononnya sebagai kerja agama, tetapi membiarkan anak muda kampung yang sedang berkumpul menghisap dadah atau ganja atau merosakkan harta benda awam.

Jika ada pihak pejabat agama yang pergi membuat ‘operasi mengintip khalwat’, dirasakan amalan soleh, walaupun itu bercanggah dengan ajaran Islam. Sementara kerja pihak polis atau ‘rukun tertangga’ mencegah jenayah yang merosakkan masyarakat hanya dianggap sebagai tugasan biasa atau tanggungjawab sosial semata, tidak pula dinilai sebagai tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya.

Kumpulan-kumpulan dakwah, atau organisasi islami, atau ceramah agama pun banyak tertumpu kepada maksud mungkar yang tidak begitu luas seperti itu. Inilah antara kesempitan fahaman Islam yang berlaku secara tidak sedar. Jika kita hendak menyatakan kesan pemikiran sekular dalam masyarakat kita, inilah antaranya.

Kadang-kala apabila kita biarkan satu mungkar mengundang mungkar yang lain. Umpamanya, kita kurang peduli anak muda di kampung atau taman kita yang menghisap dadah. Mungkin kerana kita rasa itu tiada kena mengena dengan kita. Akhirnya, kerana ketagihan, mereka menjadi pencuri, bahkan pembunuh seperti baru-baru ini.

Kita biarkan vandalisme apabila tiada kena mengena dengan harta kita, akhirnya negara rugi dan mungkin satu hari harta kita juga menjadi mangsa. Kita tidak tegur atau bantah perbuatan ‘rempit’, akhirnya kita atau orang yang kita sayangi menjadi mangsa.

Ibn ‘Abbas ketika menafsirkan firman Allah Surah al-Anfal ayat 25 (maksudnya):

“Dan jagalah diri kamu daripada fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya” berkata: (maksudnya) “Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak mengakui kemunkaran yang berlaku di kalangan mereka, nanti Allah akan mengenakan azab ke atas mereka keseluruhannya”.( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam)

Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda:

“Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu, kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Untuk itu seseorang yang melihat mungkar hendaklah berusaha mencegahnya dengan kadar kemampuannya. Sabda Nabi s.a.w juga: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemunkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim).

Satu hakikat yang wajib diingati adalah fungsi utama sesebuah kerajaan itu menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini seperti dalam Surah al-Hajj ayat 41: (maksudnya):

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Jika sesebuah kerajaan gagal menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar dalam ertikata yang luas dan menyeluruh, bererti kerajaan itu gagal berfungsi seperti yang Allah dan rasulNya kehendaki. Justeru dicadangkan, dalam negara kita; kerajaan hendaklah berkempen mencegah jenayah dari perspektif amar makruf dan nahi mungkar yang ditegas oleh Islam.

Operasi polis dan masyarakat hendaklah diajak masyarakat khususnya umat Islam melihatnya sebagai tanggungjawab mulia agama. Demi menunaikan maksud tolong menolong mencegah mungkar, rakyat dididik membantu polis atas kesedaran agama dan kerajaan menjaga kebajikan anggota polis agar mereka dapat berfungsi dengan baik adalah rangkaian tanggungjawab kerajaan dalam proses itu. Ini termasuk kenaikan gaji polis dan penambahan anggota mereka.

Perlu diingat, pencemaran nama baik polis juga menyebabkan perasaan gerun penjenayah kepada polis berkurangan. Hormat masyarakat juga terhakis. Maka, kerajaan hendaklah memastikan amanah pihak polis dan bebasnya mereka dari tekanan agenda mana-mana pihak.

Demikian juga malanglah pihak polis jika disibukkan dengan kerenah ‘orang-orang politik’ itu dan ini sedangkan urusan jenayah dan keselamatan masyarakat sedang dalam keadaan getir. Buruklah sikap parti-parti politik jika sibuk dengan keselematan kerusi masing-masing sehingga lupa untuk membincangkan keselamatan rakyat yang makin tergugat dengan peningkatan jenayah.

Satu perkara yang penting untuk kita sedar bahawa peningkatan jenayah adalah disebabkan para penjenayah tidak merasa gerun dengan pemerintah atau undang-undang yang ada. Hal ini kemungkinan disebabkan dua perkara; pertama, kerajaan atau penguasa undang-undang dilihat tidak kukuh sehingga mereka merasakan peluang untuk terlepas daripada hukuman itu luas. Kedua, undang-undang yang ada belum cukup menggerunkan.

Islam apabila menetapkan ‘hudud’ ia bersifat amat sukar untuk dijatuhkan, tetapi amat menggerunkan apabila dilaksanakan. Dalam ertikata lain, hanya yang benar-benar bersalah tanpa alasan sahaja yang akan dihukum dan hukuman itu pula benar-benar memberikan pengajaran kepada penjenayah dan yang berniat melakukannya.

Ya, kaedah hukuman dan cara perlaksanaan mungkin boleh diubah berdasarkan perubahan zaman dan manusia. Namun, kerajaan mestilah kembali kepada ajaran Islam dalam menghadapi jenayah. Seminar dan perbincangan berdasarkan ajaran Islam dalam menghadapi jenayah mesti dilaksanakan secara serius. Ini adalah tanggungjawab ‘menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar’ yang berada atas bahu kerajaan. Jika tidak, jenayah akan menguasai makruf dalam negara kita.

Ekonomi dijangka pulih

semua orang berharap ekonomi akan pulih seperti sediakala...
intanpun harap camtu juga...
ramai orang kehilangan keje..
intan simpati dengan semua orang...

Ekonomi dijangka pulih

PUTRAJAYA 28 Mei – Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, perkembangan positif lain memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus.

Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara.

“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat.

“Dengan perkembangan ini, diharapkan ekonomi negara beransur pulih pada penghujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.

Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, ini merupakan pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.

Katanya, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008.

“Seterusnya perbelanjaan permintaan domestik kecuali perbelanjaan awam semakin merosot berikutan kelembapan aktiviti pelaburan dan penggunaan swasta.

“Dari sudut penawaran, hampir semua sektor ekonomi utama telah merosot kecuali sektor pembinaan yang telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan sektor awam,” ujarnya.

Selaras dengan perkembangan tersebut, jelas beliau, kerajaan telah menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan KDNK benar Malaysia bagi tahun ini daripada antara -1 hingga 1 peratus kepada -4 hingga -5 peratus.

Beliau berkata, bagi memantapkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara dalam menghadapi keadaan getir semasa, kerajaan akan memastikan beberapa langkah yang ditetapkan, diikuti.

Langkah-langkah tersebut adalah memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan mengikut jadual dan mengutamakan pulangan menguntungkan; langkah liberalisasi diperhebat; pembangunan modal insan dipertingkatkan; dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dimantapkan lagi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menambah, dalam menghadapi keadaan ekonomi yang getir, kerajaan akan tetap memastikan kepentingan serta kesejahteraan rakyat didahulukan dengan mengutamakan pembangunan menyeluruh supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati hasil kemakmuran negara.

“Kerajaan juga akan terus berusaha melonjakkan ekonomi negara ke arah aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi.

“Untuk ini, satu model ekonomi baru sedang digubal di mana sektor-sektor berpotensi tinggi akan diberikan tumpuan khusus yang berteraskan inovasi dan kreativiti serta berasaskan pengetahuan,” jelasnya.

Mayat bayi diserta nota kebumi jenazah

lagi kekejaman manusia...
intan tak paham betulla dengan manusia ni...
kalau taknak babytu jgnla buang sampai camtu skali...
jgnla kejam sangat..
intan yakin mesti ada orang yang nak...
kalau susah sangatpun bagi aje pada pihak kebajikan...
insyaALLAH semuanya akan berakhir dengan kebaikan..
intan harap orang yang terlanjurni boleh bertaubat dan perbaiki diri...

Mayat bayi diserta nota kebumi jenazah

KUANTAN: Mayat bayi lelaki baru lahir dibungkus selendang putih berserta sekeping nota meminta orang ramai mengebumikan jenazah terbabit, ditemui di sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, di sini, semalam.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pekerja kilang, Suhaimi Ibrahim, 22, bersama rakannya, Mohd Hafiz Ismail, 32, ketika bersiap ke tempat kerja di Pelabuhan Kuantan kira-kira jam 7.30 pagi.

Suhaimi berkata, Mohd Hafiz yang menemui bungkusan di halaman rumah ketika mahu memanaskan enjin kereta memanggilnya untuk memeriksa isinya.

"Saya menjumpai nota biru di pintu pagar rumah dengan kata-kata 'tolong kebumikan terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya," katanya di sini, semalam.

Suhaimi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayi terbabit ditinggalkan kira-kira jam 3 pagi selepas enam rakan serumah yang menonton perlawanan bola sepak memaklumkan terdengar bunyi motosikal berhenti di depan rumah.

haiii

slamat pagi semua..
intan baru masuk opis ni...
ni intan amik dari berita harian online...
iskkk kesian kat mamat ni...
mesti ramai yang tak bleh terima manu kalah semalam...
cuma bagi intan kalau kalahpun janganla sampai camni skali..ini melampau

Gara-gara Manchester United gagal menjuarai Liga Juara-Juara Eropah

KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang penyokong setia Barcelona meraikan kejayaan pasukannya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam, bertukar tragedi apabila dibelasah dan ditetak sekumpulan penyokong Manchester United (MU) di sebuah restoran di Pudu Hulu di sini, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian jam 4.45 pagi itu, Muhammad Radzeley Ramlan, 25, bersama sembilan rakannya menonton perlawanan akhir antara Barcelona dan MU di restoran berkenaan.

"Kumpulan kami terdiri daripada penyokong Barcelona serta MU dan seperti biasa ketika perlawanan berlangsung kami kutuk mengutuk antara satu sama lain.

"Ketika itu, saya lihat sekumpulan penyokong MU yang duduk di meja sebelah seperti tidak berpuas hati dengan perbuatan kami.

"Bagaimanapun, tanpa mempedulikan reaksi mereka, saya dan rakan terus bersorak meraikan kejayaan pasukan kami yang menewaskan MU 2-0 sebelum meninggalkan restoran dan berjalan ke kereta yang diletakkan berhampiran," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini, semalam.

Beliau berkata, tiba-tiba sekumpulan lapan lelaki dipercayai penyokong MU yang duduk di sebelah meja mereka sebelum itu, menerpa ke arah mereka dengan membawa parang.

"Mereka mengelilingi saya dan menolak rakan saya ke tepi dan terus membelasah serta menetak menyebabkan saya terpaksa menahan menggunakan tangan.

"Mereka kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Satria dan beberapa motosikal. Bagaimanapun enjin kereta Satria itu tiba-tiba mati menyebabkan kumpulan itu melarikan diri ke belukar berhampiran," katanya yang menerima 18 jahitan di kepala dan luka tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata pihaknya sudah mengenal pasti pemilik kereta Proton Satria itu dan sedang mengesannya.

Robert Kuok kekal rakyat Malaysia terkaya dengan kekayaan AS$9 Bilion

orang kaya malaysia...huhu
intanpun nak kaya camtu juga...
tapi takut jugakan...bila dah kaya sombong...
jadi bahan seranah orang lain..isk tak nakla camtu..
biarla intan jadi camni...
tapikan intan tak nampak plak nama tan sri albukhary...
takkan dah hilang kot nama dia

Robert Kuok kekal rakyat Malaysia terkaya dengan kekayaan AS$9 Bilion

KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu, demikian menurut Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009.

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, Forbes berkata, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

Ahli perniagaan, Tan Sri Ananda Krishnan, menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya.

Mereka juga manusia terkaya di Asia Tenggara.

Rakyat Malaysia ketiga terkaya ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, Ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia.

Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan bernilai AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lalu.

Ia menyatakan kemerosotan 22 peratus kekayaan itu sebahagian besarnya disebabkan sejajar dengan penurunan 21 peratus di Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan tidaklah buruk sangat, jika diambil kira ringgit Malaysia turun 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, nilai mata wang yang digunakan bagi ukuran itu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini.

Ia adalah perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.

Tan Sri Vincent Tan (ranking 10, AS$750 juta) dari Berjaya Corporation Bhd adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang terkeluar daripada ranking mereka yang memiliki kekayaan berbilion dolar dalam tempoh 12 bulan lalu kerana harga saham syarikatnya merosot.

Tiga orang yang memasuki kumpulan terkaya itu ialah anggota Lembaga Pengarah IOI, Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi, Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian, Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).

Empat orang menyertai semula kumpulan itu selepas terkeluar selama setahun atau lebih.

Antara mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjual saham Southern Bank beberapa tahun lalu dan kini membuat pelaburan baru.

Terbitan terbaru Forbes Asia turut menonjolkan Tan Sri Francis Yeoh, peneraju konglomerat YTL (ranking tujuh, AS$1.8 bilion).

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai Francis Yeoh boleh diperolehi pada terbitan 8 Jun, Forbes Asia, yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku. - Bernama

Wednesday, May 27, 2009

Korea Selatan, AS tingkatkan langkah berjaga-jaga selepas diancam Korea Utara

aiii..nak perang lagi kot tak lama lagi..
ni intan amik dari berita harian online

Korea Selatan, AS tingkatkan langkah berjaga-jaga selepas diancam Korea Utara

SEOUL: Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga hari ini, selepas Korea Utara mengumumkan pembatalan perjanjian gencatan senjata yang sudah dilaksanakan di semenanjung itu lebih lima dekad.

“Pada jam 7.15 pagi tadi, Gabungan Perintah Tentera AS-Korea Selatan meningkatkan pemantauannya kepada satu tahap, menjadikannya peringkat kedua,” Kata Kementerian Pertahan Seoul dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Pengawasan terhadap Utara akan dipertingkatkan, dengan lebih pesawat dan anggota yang dikerahkan,” kata jurucakapnya, Won Tae-Jae.
Korea Utara mengumumkan semalam bahawa pihaknya akan membatalkan perjanjian gencatan senjata yang mengakhiri perang Korea pada 1950 hingga 1953, dan memberi amaran pihaknya akan melancarkan serangan ketenteraan di Selatan, dua hari selepas ujian bom atom keduanya. - AFP

watikah perlantikan Tan Sri Amirsham sebagai pengerusi MPEN

By : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA
Date : 27/05/2009
Title : PENUBUHAN MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA


Pejabat Perdana Menteri

KENYATAAN AKHBAR

Pada 9hb April 2009 lalu, semasa mengumumkan pembentukan kabinet baru, saya ada menyatakan bahawa satu Majlis Penasihat Ekonomi Negara akan ditubuhkan, di mana ianya akan di ketuai oleh seorang pengerusi yang bertaraf menteri dan ahli-ahlinya terdiri daripada pakar ekonomi dari dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan ini, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan perlantikan Y. Bhg. Tan Sri Amirsham bin Abdul Aziz sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Perlantikan yang bertaraf menteri tetapi bukan ahli kabinet ini, akan berkuat kuasa mulai 1 hb Jun 2009.

Majlis Penasihat Ekonomi Negara ini akan melapur terus kepada Perdana Menteri dan di antara bidang tugasnya ialah menasihati kerajaan di dalam membentuk satu model baru ekonomi negara yang berteraskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi. Ini adalah selaras dengan strategi untuk melonjakkan status ekonomi negara yang berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi dan seterusnya ke arah status negara maju pada tahun 2020 nanti. Ahli-ahli lain bagi Majlis Penasihat Ekonomi Negara ini akan diumumkan tidak berapa lama lagi.

Y. Bhg. Tan Sri Amirsham Abdul Aziz mempunyai pengalaman dan kepakaran yang meluas dalam aspek kewangan dan perancangan ekonomi. Beliau adalah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab ke atas Unit Perancang Ekonomi. Sebelum berkhidmat sebagai Menteri, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad daripada tahun 1994 hingga 2008. Beliau telah berkhidmat di Maybank selama 31 tahun.

Dato’ Sri Mohd Najib

Putrajaya

27hb Mei 2009


Amirsham Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi

lupa semalam nak bagitau...
ni intan nak bagitau...intan dapat bos baru...

Amirsham Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi

PUTRAJAYA 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz, 59, sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara.

Menurut Perdana Menteri, jawatan bertaraf menteri tetapi bukan ahli Kabinet itu berkuat kuasa 1 Jun ini.

Kata beliau, pelantikan Amirsham adalah tepat berikutan pengalaman serta kepakaran luasnya dalam bidang kewangan dan perancangan ekonomi.

''Beliau adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi.

''Sebelum berkhidmat sebagai menteri, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad dari tahun 1994 hingga 2008 dan telah berkhidmat di institusi kewangan itu selama 31 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Najib memberitahu, Majlis Penasihat Ekonomi Negara bakal dianggotai lapan hingga 12 orang terdiri daripada pakar ekonomi dari dalam serta luar negara dan akan melapor terus kepadanya.

Katanya, nama-nama tersebut akan diumumkan kemudian kerana perlu diteliti kesesuaian dari segi kelayakan dan masa mereka untuk memulakan tugas.

Beliau menambah, antara bidang tugas majlis berkenaan adalah menasihati kerajaan dalam membentuk satu model baru ekonomi negara berteraskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi.

''Ini selaras dengan strategi untuk melonjakkan status ekonomi negara yang berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi, seterusnya ke arah status negara maju pada tahun 2020 nanti," katanya.

Chin Peng tak dibenar pulang

intan taktau nak cakap ape pasal hal ni..
memang chin peng bekas musuh ketat negara..atau boleh dikatakan musuh dalam selimut, gunting dalam lipatanpun boleh...pengkhianat negara..
tapi intan rasa semuatu dah jadi sejarah..jadi apa lagi nak dikenang..?
biarkanla dia balik malaysia...jumpa sedara mara dia...sebab dia orang malaysia jugakan...
sebab dia orang melayu..?kan PM dah cakap ini gagasan 1Malaysia...jadi apa salahnya biarkan dia balik..?

Chin Peng tak dibenar pulang


PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, pulang ke Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi mengelak timbul rasa tidak puas hati di kalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka yang pernah menjadi mangsa kekejaman komunis ketika darurat.

"Kerajaan tidak akan benarkan Chin Peng balik ke Malaysia sebab ia akan menimbulkan rasa tak puas hati terutama kepada ahli keluarga mereka yang terkorban akibat kekejaman komunis pada waktu darurat dulu," katanya selepas mengumumkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), di pejabatnya semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar sebelum ini mengenai saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Pada 30 April lalu, usaha terakhir Chin Peng @ Ong Boon Hua untuk mendapat pengisytiharan kebenaran masuk dan hidup di Malaysia gagal apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

Mahkamah turut mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu kerana Chin Peng gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri seperti arahan Mahkamah Tinggi bagi membuktikan dia berasal dari Malaysia dan dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924 seperti didakwanya.

Saranan supaya Chin Peng kembali ke Malaysia dibantah pelbagai pihak termasuk persatuan bekas anggota tentera yang pernah bertempur dengan komunis ketika darurat termasuk yang kini cacat akibat jerangkap samar yang dipasang pengganas itu.

Kelmarin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata kerajaan mengesan ada parti politik dan pertubuhan tidak berdaftar cuba menyebarkan ideologi komunis di negara ini dengan cara tersembunyi.

Beliau juga berkata, usaha membawa Chin Peng ke Malaysia perlu ditentang kerana ia akan membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan keluarga lebih 50,000 anggota tentera dan polis yang terkorban menentang PKM ketika darurat.

Najib turut mengesahkan Ketua Wakalah Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari yang ditangkap polis Malaysia awal bulan kini dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana Menteri berkata, lelaki itu adalah ancaman kepada keselamatan negara dan keputusan penahanannya adalah di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri mengikut lunas undang-undang.

Ditanya sama ada Mas Selamat akan diekstradisi ke Singapura, Najib berkata: "Buat masa ini dia ditahan di Malaysia".

Beliau berkata, penahanan Mas Selamat dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa Malaysia dan Singapura mendapatkan lebih banyak maklumat daripadanya.

Katanya, tindakan terhadap Mas Selamat adalah keputusan pihak berkuasa Malaysia dan beliau yakin Singapura juga akan mengambil tindakan sama jika lelaki terbabit ditahan di sana.

"Dia adalah ancaman kepada keselamatan negara dan kerana itu dia ditahan. Singapura juga berpendapat sama. Yang nyata dia adalah ancaman kepada keselamatan negara sama ada di Malaysia atau Singapura," katanya.

Peminjam tak bayar hutang dirantai, dilayan macam hamba

ni intan amik dari berita harian online...
kesimpulannya janganla pinjam duit kat along..
carila institusi kewangan yang sah...

Peminjam tak bayar hutang dirantai, dilayan macam hamba

SUBANG: Bagaikan hamba abdi - demikian keadaan tiga lelaki mangsa along yang dirantai dan dikurung dalam dua 'lokap' di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Pusat Perindustrian Bukit Serdang di sini, sebelum diselamatkan polis petang semalam.

Seorang daripada 'banduan' along itu ditahan sejak dua bulan lalu, seorang lebih sebulan manakala seorang lagi kira-kira 10 hari. Ketiga-tiga mereka diikat dengan rantai besi pada leher, tangan dan kaki ke sebatang tiang dalam 'neraka' itu.

Tiga lelaki itu, yang amat lemah dengan kesan lebam dan luka, dipercayai dirotan di beberapa bahagian badan kerana membuat bising atau cuba menarik perhatian orang ramai di luar bangunan supaya menyedari mereka dikurung.

Mereka hanya diberi sebuku roti seorang sebagai makanan selama seminggu, manakala air minuman disalurkan dari paip tandas yang dibina khusus untuk lokap berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata serbuan ke bangunan itu dibuat pada jam 2.30 petang susulan penahanan dua along di depan sebuah bank di Desa Jaya, Kepong kira-kira tiga jam sebelum itu.

Ketika ditahan kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 tahun itu dipercayai baru selesai menjalankan urus niaga berkaitan pinjaman.

"Selepas disoal siasat, mereka membawa polis ke premis rahsia itu, yang dipercayai digunakan sebagai lokap untuk menahan dan mendera peminjam yang gagal membayar hutang. Ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan tangan, kaki dan leher mereka dirantai dalam sebuah bilik di belakang premis itu. Keadaan mereka amat teruk selepas dibelasah tanpa perikemanusiaan.

"Kami terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat kerana tidak mempunyai peralatan untuk memotong rantai mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Hadir sama Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar.

Abdul Rahim mengesahkan semua mangsa yang ditahan itu dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Kajang, Gombak dan Segamat, Johor, termasuk seorang sejak 10 April lalu.

"Siasatan awal mendapati mangsa itu hanya berhutang antara RM1,500 dan RM4,000, tetapi mereka dilayan seperti anjing hanya kerana gagal menjelaskan pinjaman," katanya. Semua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan.

Tinjauan Berita Harian mendapati anggota bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan mesin pemotong besi serta masa kira-kira dua jam untuk menyelamatkan semua mangsa dari lokap di dalam premis yang tidak mempunyai sistem pengudaraan sempurna itu.

Mangsa pertama hanya dapat diselamatkan kira-kira jam 6.30 petang, kira-kira empat jam selepas mereka dijumpai manakala dua lagi dilihat keluar bangunan itu 10 minit kemudian sambil diiringi pasukan perubatan.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Lim, 49, dari Kajang, berkata dia diculik along di sebuah pasar raya di Semenyih, selepas perbincangan untuk menyelesaikan hutangnya tidak dapat diselesaikan, pada 10 April lalu.

"Sejak hari itu, saya sering dipukul malah diperlakukan seperti anjing kurap hanya kerana hutang sebanyak RM800," katanya sambil menangis dan terlalu lemah hingga tidak berdaya untuk berdiri sendiri.

monink!!!!

Haiii semua...slamat pagi...
intan baru masuk ofis ni....
semuanya ok ke..?
intan cuma nak cakap ni...sedih betulla manu kalah tadi pagi...
tapi barca menang nasib aje..
manu main lagi best...apepun intan ucapkan tahniah pada barca...

Lelaki Taiwan ditahan kerana komplot cinta siber

ni intan amik dari utusan online...
macam2 dunia skangnikan...
takut intan...
tapi rasanya kat malaysiapun banyak juga camni...
tapi ada ke yang berani nak repot...
ada juga intan dengar cite suami/boifren goyang kaki kat rumah isteri/girifriend
susah payah cari duit...kesian betul...
ape punya lelakila kalau camtu...

Lelaki Taiwan ditahan kerana komplot cinta siber

TAIPEI 27 Mei - Seorang rakyat Taiwan ditahan berhubung penipuan melibatkan lebih RM 23 juta daripada 50 wanita, iaitu penipuan terbesar seumpamanya di negara ini, kata polis hari ini.

Suspek Chuang Shih-chung yang mendakwa sebagai pekerja syarikat pelaburan berasal dari Malaysia telah memujuk wanita-wanita yang ditemui menerusi laman web temu janji supaya membeli saham luar negara melaluinya, kata Biro Siasatan Jenayah.

Sekurang-kurangnya 50 orang dari seluruh Taiwan telah menjadi mangsa lelaki berusia 31 tahun tersebut, yang ditahan semalam dengan empat yang lain, kata biro tersebut, sambil menambah mangsa-mangsa lain diminta menghubungi pihak polis.

Kebanyakan mangsa adalah kakitangan kerajaan, guru dan jururawat tetapi tiada seorang pun daripadanya pernah bersemuka dengan Shih-chung, kata polis. - AFP

Jangan cabar saya

kenapala puan aminah kita ni...
takpe kak min oii!!! dedah lagi..
bagitau semua penyelewengan dalam PKR khasnya dan dalam PR amnya..
biar semua orang tahu...
cuma intan nak pesan jangan sampai kain sendiri terlondeh dahla

"Jangan cabar saya" - Aminah Abdullah

BUKIT MERTAJAM 27 Mei — Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau tidak gentar dengan ancaman disaman mahupun ugutan dan maki hamun yang diterima ekoran pendedahannya mengenai tawaran berbentuk sogokan kepada beliau oleh dua anggota parti itu.

Sebaliknya, kata Aminah, beliau sedia untuk membuat satu lagi pendedahan yang berkaitan secara langsung dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam masa terdekat.

“Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?

“Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah,” katanya kepada pemberita di sini selepas berkempen mengedar poster beliau selaku calon Bebas bagi pilihan raya kecil Penanti yang akan berlangsung Ahad ini.

Pemuda Umno Pulau Pinang sokong Dr Teng disingkir

ni intan amik dari berita harian online..
intan suka tajuk ni...hihihi...
nak suruh perbaik oranglain tapi dalam diri sendiripun tak betul lagi...
macam pepatah melayu bapak ketam mengajar anaknya berjalan betul...

Pemuda Umno Pulau Pinang sokong Dr Teng disingkir

GEORGETOWN: Pemuda Umno Pulau Pinang menyokong saranan seorang pemimpin kanan Gerakan supaya Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, disingkir kerana kebanyakan pendapatnya bercanggah dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional.

"Kami setuju dengan pendapat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, yang mahu Dr Teng disingkirkan kerana mengeluarkan saranan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Kalau dilihat, kenyataan-kenyataan yang selalu dikeluarkan Dr Teng juga bercanggah dengan pucuk pimpinan dan seolah-olah membantah keputusan kerajaan," kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, kepada Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Huan berkata Dr Teng patut disingkirkan selepas mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis, Chin Peng, pulang ke Malaysia.

Huan dilaporkan berkata pandangan Dr Teng itu telah menimbulkan kekeliruan di kalangan anggota parti serta rakyat dan ia adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian parti.

Norman berkata, Pemuda Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya saranan Teng supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia kerana bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu masih "bernilai dan mempunyai ancaman tersendiri" walaupun parti itu sudah terkubur.

"Tidak mustahil dengan kembalinya Chin Peng akan menyuburkan fahaman komunisme dan ini akan membahayakan keselamatan negara," katanya. - Bernama

Selamat Petang Rabu 27 Mei 2009

Panjang plak tajuk arini ye..
apepun pehabar semua orang..?
arini intan bz sangatla...
ada meeting...tak sempat nak update blog...
intan penat juga arini...paham2 ajela meeting..
keje 1pun tak buat...
ntahla..camnila agaknya jadi staf gomenkan...
lupa plakkan..
arini intan nak balik awal..pagi nanti jam2 nak bangun...
nak tengok bola..manu lawan barca..
sokong mana..?hahaha mestila intan sokong manu..
sebab ada micheal carrick yang hensem...
GLORY GLORY MAN UTD

Tuesday, May 26, 2009

ekonomi

inila keje intan...
ekonomi kita makin teruk skang ni...
taktaula macammana keadaan utk hari esok...
ni intan amik dari berita harian online...

Pertumbuhan KDNK 2009 dijangka bawah -1.0 peratus

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara dijangka menguncup di bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

"Saya tidak dapat memberitahu anda (angka pertumbuhan itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," katanya ketika diminta mengulas unjuran pakar ekonomi bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup antara -4.5 peratus dan lima peratus, tahun ini.

Unjuran KDNK Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini ialah antara -1.0 peratus dan satu peratus.

BNM akan membuat pengumuman mengenai KDNK suku tahun pertama esok.

"Tunggu pengumuman BNM esok. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat satu lagi pengumuman keesokannya mengenai unjuran baru pertumbuhan 2009 dan kita kemudiannya akan mengetahui kedudukan ekonomi negara," katanya selepas merasmikan pelancaran Program Penambahbaikan dan Pembangunan Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Husni berkata, ekonomi dijangka pulih di dalam suku tahun ketiga kerana kesan pakej rangsangan ekonomi RM67 bilion baru-baru ini mulai dirasai.

Bagi 2010, katanya, kerajaan percaya pertumbuhan akan dicatatkan positif.

Ketika ditanya sama ada lebih banyak langkah liberalisasi akan diumumkan pada masa depan, Husni berkata, kerajaan kini sedang mengusahakan mengenai pembangunan model ekonomi baru negara ini.

"Model ekonomi itu kini berada pada peringkat perancangan," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji bidang yang boleh diliberalisasikan lagi.

Katanya, teras utama model baharu itu ialah kualiti pelaburan dan rakyat.

"Akhirnya, kita akan menjadi ekonomi terbuka kerana kita adalah sebahagian daripada sistem global tetapi proses liberalisasi memakan masa," katanya. - Bernama

PRK Penanti

nampaknya semua orang main politik gila skang ni...
dari berita harian online

PKR mengaku dua ahlinya menemui Aminah

BUTTERWORTH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui dua ahlinya ada menemui calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah, seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Penanti PKR, Saifuddin Nasution, berkata perbualan seperti yang dirakam dan diedar Aminah itu tidak mewakili parti itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Yayasan Aman di sini pagi tadi.
Aminah semalam membuat laporan polis mendakwa dua wakil PKR itu menawarkan habuan wang tunai dan jawatan supaya beliau menarik diri atau menyertai parti itu jika menang pilihan raya kecil itu.

Antara lain, beliau mendakwa ditawar wang RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP) untuk menarik diri dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 untuk menyertai PKR jika menang pilihan raya kecil itu.

Pagi tadi Aminah menyerahkan rakaman suara dan gambar pertemuan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Monday, May 25, 2009

SAMPAI BILA

ni intan amik dari utusan online..masalah yang taktau bila nak selesai..

kesian pada orang ramai..


SAMPAI BILA?


SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.

Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?

Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.

Selamat Ari Chelasa

Haii semua...
intan kembali lagi..cuma maaflah intan c-bok sangat ckarangni...
semalam seharian dok dalam meeting...memang bosan...
arini intanpun mungkin tak banyak update blog...sebab intan bz sangat...
lagi 1 intan ada luahan rasa...
intan bengangla juga dengan mak intan...
intan takla marah sangat...cuma intan taknak kawin lagi..
intan muda lagi..
memang intan mengaku intan dah ada pakwe...
tapi sebelum kawin intan nak capai cita2 dulu..
itu yang mak intan tak bagi...
ntahla..pening intan...
nak kejar ape ntah..intanpun tak tau...
nak ikut nak cucu kakak intan dah bagi 2 orang cucu...
jadi ape lagi..?
ape yang intan boleh buat cuba bersabar ajela...

Friday, May 22, 2009

PERAK

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

akhirnya BN menang juga...intan harap lepas ni takde dah turun naik mahkamah lagi...
masa utk berkhidmat pada rakyat dah tiba...
cuma intan musykil juga macammana kalini boleh menang aritu kalah...
harap2 sapa yang tau hal undang2 bleh bagi penjelasan pada intan...
thanks...

Thursday, May 21, 2009

awat ni..?

ringan betul hukuman meragutkan...
kalau camni semua orang tak takut meragut...
intan tak setujula...
setakat hukuman camni orang takut ke..?
lagi ramai jadi peragut lepas ni...

Remaja menangis selepas mengaku salah tuduhan ragut

KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang mengaku bersalah atas tuduhan meragut beg tangan, menangis teresak-esak sambil melutut di kaki bapa dan kakaknya memohon kemaafan selepas terharu mendengar nasihat diberikan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mohd Faisuseh Ibrahim Chong, 20, menyatakan kekesalan terhadap kesalahanya dan berjanji tidak akan mengulanginya selepas Hakim Zainal Abidin Kamarudin mengenakan hukuman khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh dua tahun terhadap remaja itu.

Amalan utk didik dan bimbing anak

ni intan amik dari emel...

Amalan sesuai sepanjang zaman ketika didik, bimbing anak agar jalani hidup sejahtera

NAMPAKNYA ibu bapa perlu bertanya kepada diri adakah mereka sudah mendoakan kesejahteraan untuk anak kerana kajian menunjukkan tidak sampai 10 peratus ibu bapa mendoakan anak mereka setiap hari.

Sedangkan, dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah.


Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

Saranan berdoa sebagai usaha mendidik serta membimbing anak terutama yang bermasalah dibangkitkan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah di TV9 pada malam Khamis lalu.

Program membincangkan tajuk 'Keluar Rumah' itu mengupas kes remaja yang suka lari dari rumah dengan menyingkap faktor penyebab serta langkah yang boleh diambil bagi menanganinya secara berkesan.

Badlishah berkata, ibu bapa tidak wajar beranggapan doa tidak relevan membantu menyelesaikan isu anak bermasalah kerana Nabi Muhammad SAW juga meminta orang lain untuk mendoakan Baginda.

Justeru katanya, kehebatan doa perlu diperakui dan amalan itu menjadi kegemaran orang salih serta alim, begitu juga masyarakat Melayu yang sering mengingatkan orang lain untuk dikenang dalam doa mereka.

"Memang kita perlu berdoa tetapi kita juga perlu minta kenang daku dalam doamu kerana ia berkesan. Oleh itu, tidak wajar jika ada beranggapan doa tidak relevan dan anak yang bermasalah akan baik sendiri apabila mereka dewasa," katanya.

Beliau berkata, kepentingan serta kehebatan doa dirakamkan hadis diriwayatkan at-Tirmizi, apabila Saidina Umar meminta kebenaran Nabi Muhammad SAW untuk menunaikan umrah dan Baginda berpesan supaya Saidina Umar tidak lupa menyebut nama Baginda dan sahabat dalam doa beliau.

Hadis itu mendapat penilaian tinggi ulama antaranya Sheikh al-Mubarakfuri yang mengatakan ia bukti kehebatan berdoa kerana Nabi SAW pun meminta orang lain mendoakan Baginda. Sebab itu juga amalan doa sangat digemari orang salih dan alim.

Fakta mencatatkan sejak 2003 hingga sekarang, 16,020 remaja bawah umur 17 tahun lari dari rumah dan daripada jumlah itu, 9,415 berjaya ditemui sementara selebihnya tidak diketahui ke mana perginya. Daripada pecahan itu pula, 10,489 kes membabitkan remaja Muslim.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), 2,540 kes remaja keluar rumah kerana mengikut teman lelaki, 1,857 lari kerana terpengaruh rakan, 1,592 kerana masalah serta konflik dalam keluarga dan 1,371 kerana ingin kebebasan.

Badli Shah berkata, kesimpulan mudah boleh dibuat berdasarkan statistik dan faktor kenapa remaja suka lari dari rumah ialah usia antara 12 hingga 21 waktu kritikal dan mereka tidak boleh dibiarkan begitu saja.

"Mengikut ilmu psikologi, pada umur kritikal ini remaja tidak suka mendengar kata, menganggap segala tindakan mereka betul, kurang mendengar nasihat, suka mencuba perkara baru, tidak boleh ditegur dan paling bahaya rasa semua tindakan betul.

"Oleh itu, mereka memerlukan didikan dan bimbingan dari awal kerana kita pasti tidak mahu budaya nasi lemak buah bidara atau budaya tanam pinang rapat-rapat terus mempengaruhi remaja kita," katanya.

Beliau berkata, isu remaja keluar rumah bukan gejala kecil kerana mereka aset negara yang bakal mewarisi kepemimpinan akan datang.

Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Perlis, Hashim Othman al-Hafiz, berkata ibu bapa tidak wajar membiarkan remaja keluar tanpa tujuan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika dibiarkan tanpa pengawasan.

Katanya, lebih baik ibu bapa memberi perhatian terhadap kegiatan anak bukan saja sebagai langkah kawalan, tetapi juga untuk menjaga keselamatan mereka kerana pelbagai perkara boleh berlaku.

"Sebaiknya remaja yang ingin keluar rumah ditemani ibu bapa kerana ada kes remaja hilang. Lagipun, ahli keluarga dapat memastikan remaja menjaga tatasusila apabila berada dalam masyarakat.

"Fenomena keluar rumah tanpa ditemani keluarga mengakibatkan gejala negatif seperti khalwat, berzina kerana remaja bebas. Ibu bapa perlu melatih serta membimbing anak kerana jika tidak dilatih, ibu bapa akan letih," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan amalan berdoa sebagai usaha ibu bapa meminta bantuan Allah untuk menangani anak yang bermasalah kerana Nabi SAW mengatakan tidak tertolak qada dan qadar Allah melainkan dengan doa.

Info
Doa untuk anak


  • Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.

  • Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

  • Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).

  • Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

  • Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

  • Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

  • Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).

  • Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
  • BN

    kenapala BN nikan...
    intan betul2 tak paham..
    kenapa dia takut dengan PRK..?
    sebab dah banyak kali kalah ke..?
    ni intan amik dari utusan online...
    korang pkkanla...tapi pada pandangan intan BN sepatutnya ikut peredaran semasa...
    kalah PRK patutnya dapat buat penilaian supaya BN bleh memperbaiki kelemahan...
    tak bertanding camne nak tau kita kuat atau lemah...

    BOIKOT PRK

    KUALA LUMPUR 21 Mei - Barisan Nasional (BN) digesa memboikot pilihan raya kecil yang mungkin diadakan lagi pada masa depan jika didapati ia 'diatur' oleh pihak pembangkang dan bukannya disebabkan faktor kematian wakil rakyat atau kerana perintah mahkamah.

    Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, BN perlu berpolitik mengikut caranya tersendiri dan tidak harus terpedaya dengan perangkap pembangkang yang menjadikan siri pilihan raya kecil sebagai medan membina imej mereka.

    "Pembangkang menggunakan siri pilihan raya kecil di kawasan yang memang dikuasai oleh mereka sebagai strategi membina imej dan akan mengeksploitasi kemenangan yang sememangnya dijangka menjadi milik mereka bagi melemahkan BN.

    "Maka, BN perlu menggunakan pendekatan tidak bertanding sebagai satu strategi agar kita tidak termasuk dalam perangkap mereka selain mengelakkan pembaziran wang rakyat dan masa kerajaan," katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas ketetapan yang diambil oleh BN untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.


    lagi PRK

    1 lagi PRK tak lama lagi...mesti penat SPR...tak dan nak rest..kah kah kah
    ni intan amik dari berita harian online

    KOTA BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung.

    Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini. - Bernama

    memang dasyat kali ni..tak habis2 PRK
    intan cadang susah sangat kita buat aje PRU...tukaq semua wakil rakyat...habis cita...

    crite lagi...

    berita smalam ada cakap pasal rasuah dalam PAS...alamak betul ke ni..?
    takkan dalam PASpun dah ada rasuah kot...
    nampaknya betul cakap kawan intan parti politikni tak boleh dipercayai...
    ustaz2 dan ustazah2 kitapun dah amik rasuah siapa lagi boleh dipercayai..
    intan nak sokong DAPla kalau macamni...

    Man Utd

    ManU dah menang EPL..
    inila yang paling intan suka...hahaha
    intan memang minat ManU...
    tambah2 lagi kat Micheal Carrick...
    hensemla dia tu...mana tau intan dapat pakwe macam dia hihihi..mesti best...
    akan intan belai sepanjang masa...hihihi
    rabu nanti ManU lawan Barca plak...
    ManU mesti menang...sebab intan nak gelakkan kawan2 intan...
    dulu masa intan blaja kat US,adala kawan2 intan dari UK yang belikan intan cenderamata barang2 ManU..
    sampai skang intan simpan...
    agak2 u all musim depan ManU bleh cemerlang lagi tak..?

    nak criter skit..

    ada member intan ni...
    memang orang kuat politikla...
    cume yang bestnye die ni macam tak memihak pada mana2 parti...
    orang kat kampung intan suka panggil dia ni kalau nak rasmikan apa2 atau ada majlis..
    orangnyapun muda lagi...bawah 30an dulu sekolah sama dengan intan...
    ape yang intan tau sebelum intan pegi US dia memang dah masuk BN...
    skarang ni dah ada pangkatla...
    cuma blum dapat jadi calon lagila...blum rezeki agaknya...
    masa intan balik dulu dia memang jadi orang kuat sorang YB ni..
    cuma 1 perkarala intan kesian juga dengan dia ni sebab bz sangat2...
    nak jumpa memang susahla...skang ni bila dah kalah kurang sikitla aktiviti dia...
    cuma 1 yang intan suka kat dia ni dia mesra rakyat...
    tak pernahla plak dia tolak permintaan apa2pun...
    intan suka juga ikut dia pegi mana2 kalau ada aktiviti...
    ramai orang terima dia cuma kalini bukan rezeki dia BN kalah...
    apa yang paling intan suka pada dia ni waktu solat mesti dia datang surau...
    itula kelebihannya..hanya ada pada dia aje...
    tak pernah lagi tengok orang macam dia...

    SELAMAT

    intan baru masuk ofis ni...
    bosanla keje skang ni...
    keje nipun mak intan yang paksa amik
    kalau tak memang malasla...
    cuma yang bestnye keje ni ialah keje gomen...
    memang sronok...
    bleh asyik rilex aje...hahaha
    semalam intan pegi tengok kat Palace of Justice keadaan sekeliling...
    nampak ramai juga penyokong Nizar yang datang...
    pada pandangan intanla...
    semua masalah kat perak tu mahkamah takkan bleh selesaikan punya..
    paham2 ajela bila mahkamah tinggi buat keputusan,semakan kehakiman bleh buat balik kat mahkamah rayuan..lepastu pegi plak mahkamah persekutuan...
    jadi sampai bila nak setel masalah tu...?kesian pada rakyat...
    tapi macam yang banyak pihak dah minta utk buat pilihanraya,cuma inilah jalan yang terbaik...
    bukan apelakan intan pikir bila rakyat dah putuskan nak bagi sapa memerintah kita kenala hormat...
    kat opis intanpun ada juga yang bagi pandangan macamtu...

    HAIIII!!!!

    Haii...
    Salam Perkenalan...
    Intan baru aje blaja main benda alah ni..
    kalau ada sesapa nak tolong ajarkan mesti best...
    apepun tujuan blog ni untuk sembang2 kosong & isu semasa