Tuesday, June 30, 2009

SALAM

sorila kengkawan,dah 2 hari intan tak online...
susah sikitla nak online skangni..intan banyak kejela...
arini kat paper ada gambar kaka join real madrid...
nampaknya real madrid nak mula balik macam zaman beckham dulu...
kumpul semua bintang dalam team,tapi blom tentu menang...
arinipun dah kompomkan manu amik antonio valencia...
harap2 manu akan bertambah kuat dengan kemasukan player baru...
Man Utdpun nak datang KL bulanni...
tapi intan blom dapat tiket lagi..
tanya kat ticket onlinepun diorang kata tak jual lagi...
kawan intan kat kem belia sukanpun tak kata apa lagi..
intan taknakla terlepas peluang nak tengok diorang dari dekat...
bukan senang nak dapat peluangni...
semalam juga PM kita tubuhkan EKUINAS...dengan modal berbayar RM500 juta...
banyaktu..ape yang intan tau EKUINAS ditubuhkan utk pelaburan modal...
intan harap semuanya akan berjalan dengan lancar...
bukan apela..ekonomi baru nak stabil...
kalau terjadi sesuatu yang tak dirancang tentu ekonomi akan menjunam terus...
intan kesian pada rakyat malaysia yang terpaksa menanggung bermacam masalah....
oklah dulu ye...
nanti bila ada berita menarik,intan akan tulis lagi dalam blog ni..
bye...

Thursday, June 25, 2009

Slamat Pagi (26/6/09)

smalam intan dapat gaji..hihihhi sronok betul...
pegi lepak dengan kawan2 jam2 baru balik...
baru aje buka pintu mak intan dah tunggu...
ape lagi kena semburla dulu..
pagi tadi masa breakfastpun kena lagi..
alah mak ni...relaxla..intan bukan buat benda yang tak betulpun...
lepak dengan kengkawan aje..
lepastu kawan baik intan(ala yang keje penasihat politiktu) datang plak..itu yang lepak lagi lama..
dengan die criter macam2 pasal politik...
sronok weii!!!...lama dah intan tak lepak camtu..
malamni ingat nak buat lagi..tapi taktaula mak intan bagi ke tak kluar...
tadi pagi kat hotfm ada cakap pasal micheal jackson meninggal..?betul ke..?
setakat ni blom ada confirmation lagi...
tapi intan tak kisah sangatla..
bukan pentingpun...kalau nik aziz ke..atau presiden ahmadinejad ke...barula ada rasa terharu kat hati intan..huhuhu...cam baik plak ye...
okla intan ada keje nak buat ni...chow dulu...
nanti merepek lagi..hahaha

Wednesday, June 24, 2009

SPR bertanggungjawab..?

ni juga intan ambil dari web ust. zaharuddin..?
benarkah semua ni..?
kalau betul nampaknya apa yang dikatakan pembangkang semuanya betul...
jadi mungkinkah selamani kerajaan yang ada bentuk kerajaan dengan cara yang salah..?
persoalanni mesti dijawab...

Written by Administrator, on 24-02-2008 17:55
Views 19197
Favoured 50

Pilihanraya : SPR Malaysia,

BertanggungJawab Di Dunia & Akhirat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Jangan Biarkan Penipuan Berleluasa Kelak Negara Diselubungi Syaitan Akibat Tiada Berkat

Terkilan..tanpa dapat saya sembunyikan, rasa sakit hati. Mengapa dan sakit hati kepada siapa?

Sebagai rakyat Malaysia, rasa terkilan dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia amat tinggi berbanding biasa. Mengapa?

Banyak sebabnya dan saudara boleh membaca sendiri di web-web yang berkaitan. Namun kali ini saya merasa lebih lagi sakitnya dari biasa kerana salah satu bentuk ‘kepelikan' itu telah berlaku kepada ahli keluarga saya.

Ia berlaku kepada isteri saya. Isteri saya sejak awal mendaftar, tempat mengundinya adalah Hulu Bernam, Ulu Selangor, iaitu dikampung kelahirannya. Bukan sekadar itu malah isteri saya juga telah pernah mengundi di Hulu Selangor pada tahun 1999, semasa pilihanraya yang ke 10.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 kami sekeluarga gagal membuang undi kerana berada di luar negara. Namun sejak sebulan lepas, apabila membuat semakan daftar pemilih, entah bagaimana tempat mengundi isteri saya bertukar ke Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Keperitan Menghubungi SPR

Puas kami menghubungi nombor telefon SPR untuk mengadu hal dan mendapatkan penjelasan bagaimana pertukaran tempat mengundi boleh berlaku, tetapi talian SPR asyik sibuk dan tidak pernah diangkat (iaitu nombor 03-8885 6500) yang kami petik dalam web SPR berikut : http://www.spr.gov.my/index/hubungi.htm hampir setiap hari dihubungi tetapi setiap hari jugalah tiada jawapan.

Disebabkan kesibukan saya dan isteri, kami mengambil keputusan untuk membuat surat rasmi dan menghantar faks ke (603)-8888 9117, juga nombor faks yang sama dari web di atas tadi. Dalam masa yang sama percubaan menelefon dibuat setiap hari, semuanya gagal.

Sehinggalah hari ini (24 Feb 08), muncul nombor baru di televisyen, iaitu 03-9274 62692, nombor ini muncul 3 saat sahaja, namun bila dihubungi, rupanya tersilap nombor.

Akhirnya, dapat juga kami hubungi nombor SPR yang ada manusia mengangkatnya iaitu 0326810280. Namun hasil aduan itu, kami menghadapi kepelikan, keajaiban jahat dan kekecewaan sahaja.

Kemuncak kepelikan

Pegawai wanita tersebut berkata; menurut rekod mereka, kononnya isteri saya ketika mula-mula mendaftar pada 10 Mac 1998 dahulu, alamat asal adalah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Justeru itulah sahaja yang mereka tegaskan, Sedangkan ia tidak benar sama sekali dan isteri saya tiada sebarang urusan dengan negeri Kelantan, juga bukan orang Kelantan.

Namun yang lebih PELIK DAN AJAIB, pada tahun 1999 isteri saya telah pun membuang undinya di Hulu Selangor tanpa sebarang masalah. Bagaimana boleh diundur waktu dan didaftar di Kelantan pula.. kami tiada mesin ajaib masa Doraemon. So apa sebenarnya ini?!!!. Adakah ini penipuan dan penyelewengan yang sering digembar gemburkan oleh pembangkang ?? ! . Jika benar, hampir pastilah ia dilakukan oleh pihak yang tidak ada iman tentang alam barzakh dan neraka!!

Hasilnya, kemungkinan isteri saya tidak sempat mengundi tahun ini, kerana pelbagai kesukaran pengangkutan untuk ke Kelantan dan bayi kami pula yang masih berumur 2 bulan. Saya pula terpaksa membuang undi di Kedah pada hari tersebut. Banyak lagi sebab lain yang tidak memungkinkan saya untuk bertandang ke Kelantan dan Kedah dalam hari yang sama.

Saya masih berusaha mencari muslimah-muslimah Kelantan yang dipercayai untuk menumpangkannya ke Kelantan dan pulang ke KL pada hari yang sama, namun ia amat sukar...

Benar, kami juga ada salahnya kerana tidak membuat semakan lebih awal dan menukar dengan pantas (sebelum 60 hari dari pilihanraya) apabila terdapat kesilapan, tetapi apa yang berlaku mendedahkan "something wrong is happening". Yang penting pihak SPR wajib bertanggung jawab di akhirat kelak, kami akan tuntut semua hak-hak ini tanpa BELAS KASIHAN.

Kesimpulan

Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian ‘hilang keberkatan' yang disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-Zawajir An Iqtiraf Al-Kabair. Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan seluruhnya.

Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu perbuatannya.

Keadaan yang sama juga terpakai kepada pelajar yang meniru dalam peperiksaan, pelajar yang membeli sijil MA dan PhD, guru yang meniru dalam peperiksaan PTK, usahawan yang menipu, ahli politik yang menipu, pekerja yang menipu dalam amanah tugasan mereka dan lain-lain jenis penipuan, semuanya dinafikan oleh Nabi s.a.w dari kelompok ummatnya

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

Ia juga termasuk dalam umum hadis ini

من غش العرب لم يدخل في شفاعتي ولم تنله مودتي

Ertinya : Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)

Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh dari Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)

Berhati-hatilah wahai semua pembaca dari jatuh dalam kelompok ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

24 Feb 08

Last update: 24-02-2008 18:23

Published in : Soal Jawab, Politik Islam & Dakwah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (173) RSS feed comment
Posted by onizzkarei_87, on 05-07-2008 12:45, IP 212.123.202.66, Guest
1. ...
hye.... bole tak kalau diberi pelung, sy nk membuet satu perbincangan tertutup dgn pemilik laman web ini... hope u can help me mr.zaharuddin... kalau sudi just mailkn shj di onizzkarei_87@yahoo.com assalamualaikum...
» Reply to this comment...

Posted by zass007, on 21-03-2008 07:53, IP 60.52.99.10, Guest
2. ...
Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.”

(Muslim) :)

UZAR : SEKALI LAGI SALAH GUNA HADIS KERANA TIDAK MEMAHAMI ERTI "KACAU" DAN "FITNAH".

FITNAH DALAM AL-QURAN MERUJUK KEPADA SYIRIK DAN PEMBOHONGAN SERTA UJIAN.

JIKA SALAH GUNA HADIS INI, ABU JAHAL PUN BOLEH GUNA KERANA NABI BUAT KACAU DALAM MASYARAKAT MEREKA.

IMAM-IMAM BESAR PUN BUAT KACAU MACAM DALAM ARTIKEL TERBARU SAYA BERTAJUK : ABU HANIFAH DAN ULAMA KERAJAAN.

SAYA KIRA IMAM-IMAM BESAR INI LEBIH FAHAM HADIS.

:)

» Reply to this comment...

Posted by zass007, on 21-03-2008 07:42, IP 60.52.99.10, Guest
3. ...
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu.

Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu.

Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

Riwayat Muslim

UZAR : MAKSUD MENNATNG DALAM HADIS TU ADLAAH MENENTANG DGN SENJATA ..BUKAN DENGAN MENENTANG DENGAN UNDI ADALAH DTERMASUK DALAM TEGURAN DAN NASIHAT SECARA AMAN YANG DITUNTUT

SO JANGAN SALAH GUNA HADIS YE.
» Reply to this comment...

Posted by nutdear.............., on 11-03-2008 17:09, IP 211.25.51.1, Guest
4. ...
saya tak pelik tapi ini yang berlaku pada pilihanraya lepas ini.... banyak sekali tersalah tempat mengundi malah yang paling rugi ada yang tidak dapat langsung untuk mengundi..... ada satu kejadian ssemasa saya mejaga pilihanraya...pakcik nie umur dia dah pun 70 an ....dia bekas badan beruniform... yg paling kesiannya nama utk anak2 dia semua ada utk mengundi tapi utk dia ...xader.....saya semak memang xder rekod.....dia ckuo meyalahkan kami dan menyatakan SPR perlu mencari jalan penyelesaian sehingga ke akar umbi.... pakcik tu kata dia memang biasa mengundi disini.....saya hanya dapat meminta maaf dan minta dia bersabar sj...dan yang paling sedih .....pakcik tue cakap..."anak pakcik dah umur 70.... kalo kata esok ke malam nie pakcik mati satu kerugian besar buat pakcik xdapat mengundi...." bila saya dalami maksud tersebut...dan keputusan pilihanraya macam nie.....baru saya faham bertapa pentingnya kita sebagai rakyat menunaikannya....bila fikir-fikir saya kecewa dengan pucuk pimpinan PAk Lah.... kerajaan kroni....tu lah sebenarnya yang berlaku :cry
» Reply to this comment...

Posted by atie, on 10-03-2008 21:11, IP 60.52.102.7, Guest
5. ...
pak lah, kami semua berharap agar pak lah teruskan perjuangan pak lah sebagai orang melayu dan ingatlah sejarah orang melayu dahulu. berfikir sebelum bertindak..... ;) :p ;)
» Reply to this comment...

Posted by insan, on 09-03-2008 21:15, IP 60.52.101.32, Guest
6. ...
assalamualaikum..pesanan kepada pejuang2 agama Allah jgnlah kita khuatir..walaupun mungkin keadilan dan kemenangan tak tertegak di bumi malaysia tahun ni...hakikatnya..kemenangan yang mutlak bagi oran2 yang berjuang di jalan Allah adalah diakhirat sana..
» Reply to this comment...

Posted by Muslim, on 09-03-2008 21:14, IP 60.52.101.32, Guest
7. ...
kite kena bersatu demi Islam, bukan demi bangsa.... o;eh itu elok laa kalo UMNO bergabung ngn PAS dan ADIL, baru mantap
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 09-03-2008 09:59, IP 60.52.99.161, Guest
8. ...
Harap orang Islam & melayu bersatu padu... Tengok keputusan PRU-12.. DAP banyak menang.. Kat Perak & Penang DAP adalah yg tertinggi di kalangan pembangkang.. Kat Selangor DAP ke-2, Pas ke-3, Adil 1.. Adil pun bukan semua Islam...

Harap semua pihak bukak mata!!
» Reply to this comment...

Posted by balqis, on 07-03-2008 15:08, IP 60.52.98.104, Guest
9. ...
saya rasa lebih baik kita semua umat islam bersatu dari bgaduh antara satu sama lain.....
saya rasa bangsa2 lain yg bukan melayu mesti seronok tgk kita bgaduh mcm ni semata2 utk m'undi....
mereka mesti anggap kita bangsa yg lemah dan mudah utk berpecah belah...

BERSATU LAH KITA SEMUA SBG UMAT ISLAM.bukan islam hadhari... :)
» Reply to this comment...

Posted by Marina, on 06-03-2008 19:18, IP 60.52.99.228, Guest
10. ...
semua nak menipu nih,macam mana? hati yg dulunya putih kini semua penh dengan hasad dengki dan kejahatan.YA ALLAH, tunjukkan kami pihak yang benar.
» Reply to this comment...

Posted by uwise7, on 04-03-2008 11:14, IP 60.52.100.190, Guest
11. ...
bila rakyat tahu tarikh pilihanraya ? bila PM isytihar!
berapa lama tempoh pengishtiharan hingga hari mengundi? tak sampai 30[B] hari!
habis, yang dibenar tukar tempat ngundi hanya dalam tempoh 60 hari sebelum PR nih undang2 planet mana???
-tidak ditunaikan hak di dunia, Allah akan tunaikan di akhirat kelak. kita sesama hamba, takdo yang ada hak MERAMPAS hak hamba yang lain.Astaghfirullah..thumma astaghfirullah!
» Reply to this comment...

Posted by Musang Jebat, on 04-03-2008 11:14, IP 60.52.100.190, Guest
12. ...
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
920612740045

saya cuba masukkan nombor-nombor IC di atas dalam laman web semakan daftar pemilih SPR secara rawak..teka apa saya dapat? Wau...

1) Rata-rata umur pengundi 100++
2) Saluran 1 dan nombor siri 1

Jadi saya akan bawa krew2 seeker pada hari mengundi untuk menangkap hantu di saluran mengundi 1
» Reply to this comment...

Posted by PakLong, on 03-03-2008 18:21, IP 60.52.100.185, Guest
13. ...
Kepada Pak Lah dlm web nie...

PakLong dan lain2 rakan didalam laman web nie sentiasa sedar, kami sentiasa di perhatikan Allah s.w.t.....

Kalau selain drp Allah yang perhatikan....kami tak gentar! Hanya Allah yang paling berhak untuk ditakuti.......

Terima Kasih kerana mengingatkan....... :)
» Reply to this comment...

Posted by PakLong, on 03-03-2008 18:20, IP 60.52.100.185, Guest
14. ...
Kepada "Semua Orang Kotor"

:grin Wahai anak muda, PakLong rasa anak nie masih terlalu mentah untuk menilai tambahan pula utk mengkritik....terlalu tak cukup umur untuk mengerti erti pilihanraya...

Baik UZAR mahupun Dr.Maza bagi PakLong mereka punya pendirian masing2...kita perlu respek akan pilihan ataupun pendirian mereka....tak perlu kita membandingkan antara satu sama lain kerana mereka tahu apa yang perlu diperkatakan dan apa yang perlu dibenarkan....PakLong tengok "Semua Orang Kotor"cuba bermain dengan provokasi....Maaf! Sini bukan tempatnya........Org mcm anak nie lah yang akan cubah memecahbelahkan sillaturrahim...naúzubillah

nasihat PakLong kpd "Semua Org Kotor" banyakkan mengaji dulu....jangan menuduh melulu, kelak diri yang malu.....kata org dulu-dulu...terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata....sendiri yang tahu.....

Benarkah SPR nie benar2 badan bebas????Nampak macam tak berapa nak bebas jer.....
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 03-03-2008 12:16, IP 60.52.98.33, Guest
15. ...
Ya Allah lindungilah kami dari api nerakaMu..sedih tgk org islam berbalah sesama sendiri..
» Reply to this comment...

Posted by belasungkawa, on 02-03-2008 21:09, IP 60.52.100.37, Guest
16. ...
Assalamualaikum UZAR,

Saya berharap UZAR & isteri diberi kesempatan waktu untuk mengundi, walaupun sukar & payah dirasakan namun disebabkan betapa pentingnya tarikh 8 Mac ini bukan sahaja kepada kita malah untuk generasi yang akan datang.

Saya sendiri pun takde idea macam mana nak tolong selesaikan masalah UZAR ini, takde ke rakan-rakan pengunjung di sini yang ada idea? Susah jug ani, satu nak ke Kedah, satu nak ke Kelantan...anak pula masih kecil, masa pula dah suntuk..
» Reply to this comment...

Posted by No Name, on 29-02-2008 20:31, IP 60.52.96.219, Guest
17. ...
Salam..
Ler ni Pak Lah copycat ke? Kalu Pak Lah btul, bc lah artikel UZAR yg lain ye.

Bagaimana nk jd pemimpin yg baik n sbgnya.. :grin Ari ni sy meluat bila PakLah konfiden je ckp dlm paper 'Jika pembangkang diberi sepenggal memerintah negara, rakyat akan menderita'..

Amboi2, sedapnya mulut tu ckp.. Kpd sistem database, mmg ada bnrnya program export import database ni.

Tp, cr tu bukan 100% data2 yg baru seperti yg lama. Sbb tmpt saya bekerja pun wat begitu, mmg efektif dan jimatkan masa tp kena fikir juga ketulenan n keaslian data2 yg lama.

Sbb tu, ada kalanya keje kena wat cara manual sbb perkara ni adalah perkara besar. Ni melibatkan nasib rakyat malaysia untuk tempoh 4 tahun akan dtg.. Setuju x?
» Reply to this comment...

Posted by Cipta, on 29-02-2008 20:29, IP 60.52.96.219, Guest
18. ...
Dasar yang karut, rakyat nak tegur bukan nak dengar.. sbb 2 ada ISA.

Pelik betullah undang2 di Malaysia nie. Rakyat x memberontak klu sistem betul. 2 x masuk bab2 murtad, riba, sosialmaksiat, jenayah, Islam hadhari yg x amal hudud.. Huhu.. keje sbb isi poket ek? or x ingat besarnya tanggungjawab jd pemerintah. Pelik betul.. berebut2/suka nak jadi pemimpin.. sbb duit n pengaruhlh 2 (dikalangan pemimpin berfikiran liberal) .. ahaks!

» Reply to this comment...

Posted by Abu, on 29-02-2008 20:26, IP 60.52.96.219, Guest
19. ...
Terima kasih Pak Lah...

ANDA TELAH MENGINGATKAN KITA UNTUK TAKUT ISA DARI ALLAH....

Bab bab sistem elektronik mudah sangat nak kena adjust kalau sistem audit tak di jalankan dengan betul / data entry operator khianat ....

Pasal tulah pilihanraya mahasiswa di U pun pakai sistem tekan komputer je...ye dakk..
» Reply to this comment...

Posted by No Name, on 29-02-2008 18:45, IP 60.52.96.219, Guest
20. ...
Pak Lah.. rajin2lah jenguk website ni. Sama2 kite perbaiki mana yg patut. 'Anda dlm perhatian', Pak Lah tu x diperhati oleh Allah SWT ke?
» Reply to this comment...

Posted by mohd, on 29-02-2008 11:55, IP 60.52.102.216, Guest
21. ...
Pak Lah...
klau betul,tu bukan kutuk,nak buat pngajaran...
» Reply to this comment...

Posted by Pak Lah.., on 29-02-2008 07:08, IP 60.52.96.140, Guest
22. ...
Jgn suka2 kutuk SPR atau BN...
Anda dalam perhatian...
Jgn sampai anda ada dalam ISA
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by aliaizzaty, on 28-02-2008 22:38, IP 60.52.103.211, Guest
23. ...
Assalamualaikum, pasal nak export /copy database ke database ini, bukan susah sangat pun!. Lepasan Diploma pun boleh buat.

Di Malaysia ni ramai lepasan IT. Itu belum termasuk yg mengganggur. Tak sangka pula Pasukan IT di SPR terdiri daripada mereka yg tak arif IT. Alahai!! Kesian SPR, salah pilih :grin atau memang sengaja kut :upset
Semoga kita tidak tersalah pilih seperti SPR.
» Reply to this comment...

Posted by rakyat marhain, on 28-02-2008 21:36, IP 60.52.103.211, Guest
24. ...
Uzar tak siar tulisan saya takpa...ok saya nak bawk lagi satu kisah..Kisah nya di zaman nabi kita.

Oleh kerana dakwahnya tak diterima di Makkah maka berhijrahlah Nabike satu negara yang diberi nama Habshah. Raja Habshah menerima rombongan nabi dengan baik.

Dilayannya rombongan Nabi dengan diberi perlindungan, tempat tinggal, makanan cuma IC je dia tak bagi..Kalau nabi tinggal lama lagi pastinya dapat.. Punya baik raja habshah tersebut.. Dia pengganut agama Nasranikalau tak silap.Tapi Nabi dilayan macam keluarga..

Ok kat malaysia nii ada satu lagi senario.. Ada sorang penjawat awam. Gajinya dibayar rakyat. Bila peraturan yang dibuat dia dirangka dipinda sesuka hati ( tak..bukan sesuka hati tapi sesuka hati orang yang dia suka) maka tak puas hati laa kitaa..

Maka Buatlah rombongan p nak jumpa dia.. Bukan p rumah dia pun p pejabat kerajaan..Bukan rumah bapaakk dia .. P sana nak berbincang dan nak menyatakan bantahan tapi dia tak layan depa..Suruh wakil dia p ambil je..Wow...patut laa Hj Mohd sabu koyak je nota bantahan tuu.. Kalau dia tak besar hati turun dan p ambil sendiri nota tuu, ingat dia nak layan ke apa bantahan yang dibuat...

Teringat saya satu filem Tan Sri P Ramlee .. Satu adengan dimana Saadiah tanya menteri nikah kawin, apa tak salah ka menteri nikah kawin berada di rumah sorang perempuan waktu laki dia takdak kat umah.. kata menteri tersebut, takpa itu peraturan kita tulis sendiri, boleh padeeemmm...Agaknya P Ramlee nak bagitau kita akan ada laa menteri yg mcm nii nantii... Ada sunggohhh..

So kalau laa rombongan Hj Mohd Sabu tak dilayan, nak ke dia layan UZAR.

» Reply to this comment...

Posted by Budak U*M, on 28-02-2008 21:34, IP 60.52.103.211, Guest
25. ...
SPR pun satu x kata proses mewartakan pemilih adalah 4 bulan. aku daftar bulan 1, nama keluar dalam database SPR diorng kata bulan 5 kang. hm.... senasib dengn DS Anwar Ibrahim, huhuhu :sigh
» Reply to this comment...

Posted by Shah, on 28-02-2008 21:33, IP 60.52.103.211, Guest
26. ...
Assalamualaikum ,

Saya ada dapat berita yang saya tak pernah tahu dan minta sesiapa dapat confirmkan....

ADAKAH BENAR HAMPIR KESELURUHAN MEREKA YANG MENGIRA UNDI NANTI TERDIRI DARI PUTERI UMNO ?

Minta sapa-sapa dapat jawapkan...kalau betul ini bermakna apa yang kita undi sudah tidak penting tetapi siapa yang kira undi itulah yang penting...
» Reply to this comment...

Posted by sistem database, on 28-02-2008 21:25, IP 60.52.103.211, Guest
27. ...
Assalamu'alaikum.

Dlm menulis komen2, sya mengingatkan diri saya dan saudara2 semua utk bertakwa kepada Allah.

Sebenarnya kita sendiri tak tau betul ke Tan Sri Rashid (TSR) yg tipu dlm SPR atau tolong BN/UMNO tipu. Jgn tuduh TSR ke atau SPR ke yg buat apa2. Sya rasa UZAR hanya sekadar memberitahu masalah yg di alaminya dan isteri dgn SPR, bukanlah menuduh TSR atau SPR melakukan penipuan.

Kalaulah dikatakan bahawa ada SB masuk dlm SPR, dan bawa masuk org2 dari parti tertentu utk masukkan nama2 pengundi hantu ini tanpa pengetahuan SPR/TSR, bukankah anda telah memfitnah TSR/SPR dan anda menanggung dosanya ? Sya mengingatkan diri sya dan saudara2 semua, bertakwalah walaupun dlm menulis komen supaya Allah tak tanyakan apa yg kita tulis di hari penghakiman nanti. Kita juga tidak pasti adakah BN/UMNO yg masukkan rekod pengundi hantu itu.

Tetapi berdasarkan pengetahuan yg sedikit yg saya tahu mengenai database migration, jika buat database migration, apa juga data asal, jika di migrate ke database baru, tidak akan berubah. Jika script yg dilaksanakan terdapat kesilapan yg blh menyebabkan data berubah, sudah tentu ia akan melibatkan data kesemua pengundi, termasuklah tahun lahir Pak Lah sendiri. :grin. Lainlah kalau setiap maklumat pengundi di "key-in" secara manual, maksudnya, ada data-entry operator masukkan secara manual. Kalau itulah dia, maka sudah tentu kesilapan seperti di alami isteri UZAR amat mustahil berlaku. Takkan blh tersilap taip nama org lain, tapi alamat mengundi tempat lain, walhal no. siri itulah sepatutnya digunakan utk "double-check" sewaktu key-in supaya tidak tersalah masukkan maklumat. Sya tidak pasti bagaimana cara maklumat pengundi di masukkan dlm sistem database SPR, tetapi setahu saya, begitulah caranya sesuatu maklumat dlm sesuatu database, iaitu ada no siri utk digunakan sebagai "double-checking" selain ianya juga digunakan utk audit semula dgn data asal.

Harap sesiapa yg pakar dlm database dpt perbetulkan apa yg saya katakan di atas. kepada Allah jualah yg lebih pakar dlm database.

Sebab itu, pada pendapat sya, takde argument yg blh mengatakan bahawa "database bermasalah" atau kesilapan memasukkan maklumat dsb. Kalau takde no siri, mungkin juga blh dikatakan seperti tersebut.

Apatah lagi ada tentera yg mana namanya terkeluar di dalam 2 tempat mengundi, adakah blh kesilapan key-in juga ? Katakan seseorang itu tersilap key-in maklumat pengundi. Biasanya maklumat seseorang pengundi ditulis dlm satu paragraph yg sama, tidak mungkin maklumat pengundi ditulis 2 kali dlm 2 mukasurat yg berbeza. Kemudian barulah data entry key-in data ke dlm rekod database. Bagaimana mungkin seseorang yg tersilap key-in data, blh key-in no IC tentera dlm satu rekod, kemudian memasukkan no IC org awam dlm satu rekod yg lain, dimana jarak masa key-in utk rekod IC tentera dan IC org awam terlalu jauh (lihat beza no siri) ? Ini jelas menunjukkan bahawa REKOD UTK TENTERA TERSEBUT SEMEMANGNYA UTK DIUNDI 2 KALI DITEMPAT YG BERBEZA. Dan amat mustahil utk seseorang tentera utk mengundi di 2 tempat yg berjauhan dlm masa yg sama. Justeru, siapakah yg sebenarnya memangkah undi utk tentera tersebut ??? Jadi siapa kata TIADA PENGUNDI HANTU ???

Tetapi jgnlah menuduh data entry operator yg salah dan berdosa. Kemungkinan data entry operator sekadar melihat dlm buku rekod senarai pengundi dan hanya memasukkan sahaja tanpa mengetahui dia pengundi sah ataupun tidak. Mungkin juga di SPR sebenarnya tidak memerlukan data entry operator utk memasukkan data sebab sudah tentu ia mengambil masa yg lama utk memasukkan berjuta2 nama pengundi. Oleh itu, mungkin bhgian IT di SPR menggunakan kaedah import data terus dari fail spt excel (cthnya) terus kpd database sistem. Oleh itu, siapakah yg sebenarnya "membekalkan" data2 tersebut, samada dari fail excel ataupun dari senarai daftar pengundi ??

Dan database sistem SPR sendiri sya rasa perlu diperbaiki supaya mempunyai sistem yg blh "audit" sendiri data yg dimasukkan ke dlm database supaya ianya "logik". Tetapi itupun masih belum dpt menyelesaikan masalah spt yg dialami oleh isteri UZAR. Cara yg terbaik ialah SPR hendaklah terus online dgn database JPN supaya ianya blh check terus di mana pengundi ini tinggal.

Malah, pada saya tiada alasan teknikal mengatakan database SPR tidak blh online dgn database JPN. Cthnya, katalah kerajaan kata database SPR tak perlu online dgn database JPN kerana tidak mahu semua org yg layak mengundi secara automatik terus didaftarkan dgn SPR. Apa susah. Pakar2 database blh membuat sistem di mana database SPR hanya dapatkan maklumat dari database JPN, sekadar utk tentusahkan bahawa maklumat dlm database SPR adalah sama dgn maklumat dlm database JPN. Cthnya, tempat mengundi dlm SPR sama dgn alamat pengundi dlm JPN. Dlm sistem database spt Oracle dan kebanyakan sistem database yg lain, dah blh import data dari fail text atau excel, dsb. Jadi takde alasan mengatakan sistem database JPN dan SPR berlainan.

Saya rasa alasan2 teknikal mengatakan SPR tak blh online dgn JPN itu hanya sekadar alasan org malas nak buat kerja atau takde budget (SPR tak mampu nak online dgn JPN) atau takde pengetahuan teknikal mengenai bagaimana sistem database bekerja. Saya punya pengetahuan database di tempat sya kerja ini bukannya pandai tang mana, tapi alasan2 SPR kata tak blh online dgn JPN tu mmg takleh terima langsung.

Dengar kata JPJ, imigresen blh online dgn JPN (tak taulah betul ke tak). Setau saya database structure JPJ dan imigresen tak sama dgn JPN. Takkan SPR tak leh kot ?? Hari tu dengar kata dpt byk duit dari gomen...aparah SPR ni...itupun tak mampu. Sya ingat tu semua alasan. Org bukan IT blhlah kau klentong. Ni dah merampu ni.

Maaf jika ada menyakitkan hati sesiapa dlm ini. Wassalam.
» Reply to this comment...

Posted by ADUN, on 28-02-2008 21:02, IP 60.52.103.211, Guest
28. ...
Wahai 'semua orang kotor'! Mungkin anda penganalisis bebas yang tak bertauliah. Anda menulis di website ilmiah dengan tulisan macam orang tak sekolah.

Berkatalah dengan kebenaran Allah, bukan dengan kata-kata manusia yang banyak khilafnya. Anda wajib belajar semula, balik mengaji agama dan tadahlah kitab-kitab agama dengan ulama-ulama sebenar. Jangan cari Ayah Pin nanti bukan saja anda sesat bahkan boleh menyesatkan.
» Reply to this comment...

Posted by abukhaulah, on 28-02-2008 18:12, IP 60.52.103.211, Guest
29. ...
uhibbuka fillah :) siiruu 'alaa barakatillah
» Reply to this comment...

Posted by PakLong, on 28-02-2008 15:27, IP 60.52.103.211, Guest
30. ...
Assalamuálaikum,

Begitulah jadinya kalau peranan al-quran dan hadis dinafikan...selagi itulah kepincangan akan terus berlaku selamanya...korupsi, salahguna kuasa, penyelewengan dll akan terus bermaharajalela.... :upset

PakLong sebenarnya dah terlalu jelek dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid..PakLong rasa pihak2 yang berwajib sila kaji semula relevennya 'dia'nie sebagai Pengerusi SPR...kalu ikutkan umurnya dah masuk kategori umur subsidi....dah tentu kewarasan dan kewajaran berfikir boleh dipertikaikan...

PakLong harap....kembalilah kepda al-quran dan hadis....insyaallah aman makmur negara kita nie....

Kpd UZAR,

Balik kedah kat mana?
» Reply to this comment...

Posted by saiful hakimi, on 28-02-2008 15:20, IP 60.52.103.211, Guest
31. ...
politik kita dipenuhi dengan kekotoran hati....hati yg busuk dan hitam....hanya insan yg celik dpt menilai siapa pemimpin yg diberkati Tuhan
» Reply to this comment...

Posted by Hafiz, on 27-02-2008 23:02, IP 60.52.102.78, Guest
32. ...
Salam UZAR..
Sebenarnya demokrasi di negara kita ini diselimuti dengan pelbagai kepincangan..bermula sebelum diumumkan pilihanraya,semasa berkempen dan seterusnya..cuma yang saya ingin sebut disini mana letaknya demokrasi (keadilan) dari segi 'peperangan" media massa ..di lihat semua rangkaian televisyen dan akhbar menjadi senjata utama kerajaan dalam meraih simpati dengan menimbulkan isu-isu yang cukup muak didengar..yang terbaru isu Dr Ramzi yang menyatakan bahawa Hj Hadi tak nak bersalam dengannya di hari penamaan calon..cukup lucu bagi seorang yg dikatakan profesional..Jadi sebenarnya pembangkang bukan hanya melawan golongan tertentu tetapi melawan semua jentera Kerajaan Malaysia..Jadi,gunakan akal fikiran yang diberikan olehNya untuk kembali kepada ajaranNya yang sebenar..Islam Untuk Semua..Takbir!!
» Reply to this comment...

Posted by JAWAB:SEMUA ORANG KOTOR?, on 27-02-2008 23:01, IP 60.52.102.78, Guest
33. ...
UNTUK'SEMUA ORANG KOTOR"...APE MAKSUD AWAK MEMPERMAINKAN AYAT2 AL QURAN???....SAYA FAHAM SANGAT MAKSUD AWAK...AWAK NAK MEMPERSENDAKAN MEREKA YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM YANG MENGGUNAKAN AL QURAN DAN ASSUNNAH???.....KENAPA AWAK TAK KUTUK MEREKA YANG MELETAKKAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI UNDANG2 YANG MENGATASI SEGALA2 TERMASUK AL QURAN???AWAK NAK KUTUK USTAZ2 PULAK???JAHIL BETUL AWAK NI???AWAK NI PENGAMPU SAPE???TAK INGAT MATI KE????.....
ORANG BELAJAR AGAMA BOLEH NILAI SENDIRI KENYATAAN AWAK YANG TERLALU JAHIL TU...SEDAR DIRI SIKIT...RAMAI YANG NAK KOMEN PASAL AGAMA SEKARANG TAPI ILMU AGAMA TAKDE....AKHHHIR ZAMAN!!!
» Reply to this comment...

Posted by Tiada Alasan, on 27-02-2008 22:59, IP 60.52.102.78, Guest
34. ...
ASSALAMUALAIKUM...

BACA DAN FAHAMI ! ! !

KEPADA UZAR DAN MEREKA2 YG BERMASALAH SEPERTI ISTERI BELIAU.
DITAKUTI ADA TRICK YANG BENAR2 TRICKIEST TRICK

TOLONG SAMPAIKAN PESAN SAYA INI NANTI KEPADA DIRI ANDA SENDIRI DAN KEKAWAN ANDA YANG DI LUAR SANA.

MUNGKIN KONSPIRASI..... DAN FIKIRKAN.

1- ZON MENGUNDI ANDA SENGAJA DILETAK JAUH JAUH DI LUAR COVERAGE NETWORK .....
DGN TUJUAN....... atau.....MEMBUATKAN....

- ANDA TAK MAMPU NAK PEGI KE TEMPAT BUANG UNDI.
- atau MEMBUATKAN ANDA SUKAR NAK KE SANA....
- atau MEMBUATKAN ANDA TERFIKIR-FIKIR NAK PEGI KE TIDAK... - atau MEMBUATKAN ANDA GIVE UP NAK PEGI ....
- atau MEMACAM HAL LAIN YANG MEMBUATKAN ANDA MEMANG TERUS TAK BLEY NAK PEGI MENGUNDI.

2- NAMA2 ANDA YANG 'JAUH-JAUH' MUNGKIN DALAM SENARAI YANG TERSENDIRI KHAS 'STAND BY'

3- LAST MINIT KALU ADA NAMA YANG DALAM 'STAND BY' LIST TERSENARAI NI TAK HADIR WUJUD ' SANG HANTU' AKAN MENJELMAKAN DIRI SEBAGAI WAKIL ANDA UNTUK MENGUNDI BAGI PIHAK ANDA.

SO...................... TIADA ALASAN UNTUK ANDA ...... YOU ALL KENE DATANG JUGAK MENGUNDI DI SITU.... KALU TIDAK 'SANG HANTU' AKAN MENGAMBIL TEMPAT ANDA.....

JANGAN BIARKAN HANTU BERKELIARAN DI SIANG HARI.... SESAMA KITA MENCEGAH HANTU PILIHANRAYA BUKAN HANTU RAYA SAHAJA YER......

SESAMA FIKIRKAN MUSLIHAT ITU TADI.... JANGAN BERI ALASAN... MENGUNDILAH WALAU DI MANA JUA .... BERKORBAN SEDIKIT UTK BUAT HIJRAH.... ZAMAN NABI DULU LAGI DAHSYAT BERKORBAN UTK BERHIJRAH....

SEKIAN WASSALAM.
» Reply to this comment...

Posted by sabah bah....., on 27-02-2008 22:58, IP 60.52.102.78, Guest
35. ...
tuhan tau balas orang yang tipu......xcium bau syurga beb..........
» Reply to this comment...

Posted by NIMO, on 27-02-2008 22:51, IP 60.52.102.78, Guest
36. ...
Assalamualaikum semua kotor,

pada pilihanraya tersebut, sekiranya betul ada pengundi dari patani, adakah anda tahu pengundi2 tersebut mengundi siapa? kalau anda ada bukti menunjukkan pengundi tersebut mengundi mana-mana parti, adalah wajar anda mengemukakan bukti dan berkongsi kerana itu yang saya rasa UZAR serta pembaca yang lain buat. Saya bukan ingin memenangkan sesiapa atau UZAR, tetapi saya pasti mereka bercakap berdasarkan pengalaman peribadi mereka didalam perkara yang diutarakan.

Jadi sekiranya saudara ada bukti yang menunjukkan pengundi2 tersebut (Patani dan Yala) mengundi sesuatu parti, apa salahnya untuk dikongsi. Jika terbukti, maka perkara ini perlu kita renungkan bersama supaya tidak kira parti apa yang memerintah, rakyat akan mendapat faedah serta negara sentiasa diberkati Allah.

Wassalam

****************************** **************************


Quote
SAMADA BN ATAU BA, SAMA2 KOTOR. DI KELANTAN, PADA PILIHARAYA 1999 DAN 2004, PENUH DGN PENGUNDI2 DARI PATTANI DAN YALA YANG MEMPUNYAI DUA IC, MALAYSIA DAN SIAM TAPI DPT MENGUNDI DI KELANTAN. TAPI ORANG BUAT DIAM SHJ SEBAB INI MEMENANGKAN MEREKA. TAPI BILA PARTI HAMPIR KALAH, MACAM2 PULA CERITA HADIS KELUAR. MEMPERMAIN2KAN AYAT ALLAH SWT SATU DOSA YANG AMAT BESAR. LEBIH BESAR DOSANYA DARI TIPU DAYA SPR. TAPI UZAR BELUM CUKUP BERANI UNTUK MENEGUR HAL INI KERANA INGIN MENJAGA HATI PEMINAT2NYA DI WEB INI. BILA DR MAZA MENEGUR HAL INI, BELIAU DICEMUH DAN DITUDUH SEBAGAI TALIBARUT. PADAHAL DR MAZA, SEPERTI MANA UZAR DIRAHMATI ALLAH SWT DGN PENGETAHUAN AGAMA YANG CUKUP TINGGI. UZAR HANYA BERANI MENEMPELAK SPR TETAPI TIDAK BERANI UNTUK MENEMPELAK SESETENGAH KALANGAN MANUSIA YANG SUDAH TERLALU LAMA MEMPERMAIN2KAN AYAT2 ALLAH SWT.
» Reply to this comment...

Posted by semua bersih bila matlamatnya, on 27-02-2008 22:50, IP 60.52.102.78, Guest
37. ...
Buat ' semua orang kotor' jgn. mudah menuduh UZAR menjaga hati peminatnya hanya kerana UZAR mengeluarkan kenyataan masalah yg ditimbulkan SPR!!

UZAR bukan pun memihak kerajaan atau pembangkang. Kenyataan anda melampau dan menunjukkan anda ekstrim Dr. MAZA, saya tak kisah siapa Dr.Maza ke... UZAR ke.. Insan mana sekali yang berjawatan MUFTI atau sesiapa yang nak gerakkan Islam dengan pakej ketokohan besar. Pelbagai kemungkinan ditimbulkan mungkin UZAR hormati tokoh-tokoh hebat dalam pembangkang, mahupun tokoh-tokoh dalam kerajaan sendiri.

fikirkan pandangan saudara saiful islam terbukalah jagn mudah jumud.. bila org lain(tokoh lain) mula bicara dalam satu isu.. mula pula dia mudah herdik ilmuwan lain yang tak sealiran dengan tokoh ilmu itu, malah mengherdik pula..

http://saifulislam.com/?p=194
» Reply to this comment...

Posted by budak sini, on 27-02-2008 19:07, IP 60.52.102.78, Guest
38. ...
kepada matsabujunior, pengundi tu bukan tak cukup umur, tapi terlebih umur sampai dah boleh masuk guinees book of record.. :grin
» Reply to this comment...

Posted by aini, on 27-02-2008 18:41, IP 60.52.102.78, Guest
39. ...
Kasihan ustaz & isteri... menjadi mangsa manusia yang tak bertanggungjawab... Tapi saya tabik Ustaz dan isteri kerana masih mahu pergi mengundi walaupun menghadapi masalah ini. kawan2 saya ramai yang tak berdaftar, umur dh lanjut pun masih tak sedar lagi akan kepentingan memilih ketua.
» Reply to this comment...

Posted by MANTERA, on 27-02-2008 18:17, IP 60.52.102.78, Guest
40. ...
SALAM UTK SAUDARI WATI.... BUKANNYA KAMI NAK BUAT BISANG DLM LAMAN NI... MASALAHNYA KAMI DAH TAK ADA SALURAN UNTUK MENEGUR KASILAPAN PIHAK KERAJAAN.. MEDIA MASSA TERUMATANYA TV3 DAN RTM DIKUASAI KERAJAAN. DAN SEBARANG TEGURAN2 DAN KOMEN2 YG BOLEH MENJATUHKAN IMEJ KERAJAAN PASTI TAK AKAN DILAYAN.. KAMI HANYA MAHUKAN KEADILAN DAN SUARA KAMI DIDENGAR.. KAMI MAHUKAN SYARIAT ISLAM DAN HUKUM HUDUD DI KUATKUASAKAN DI MALAYSIA.. INGATLAH SIAPA YG MENOLAK DAN MEMPERKECILKAN HUKUM ALLAH BERMAKNA IA TELAH MENGHINA ALLAH, RASULLULLAH DAN ALQURAN. KAMI BIMBANG KERANA MANUSIA SEMAKIN BERANI MELAKUKAN MAKSIAT, MEMBUKA AURAT DAN MELAKUKAN KEMUNGKARAN TAPI BILA DITANGKAP HANYA DI DENDA.. KALAU HUKUM ALLAH DILAKSANAKAN PASTI PERKARA2 SUMBANG INI TIDAK BERANI MANUSIA LAKUKAN ... KAMI RINDUKAN PEMIMPIN2 AGUNG MASA ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM YG SANGAT AMANAH, WARAK DAN AMAT TAKUT KEPADA ALLAH DAN SETIAP TINGKAH LAKU DAN PERBUATANNYA HANYA SEMATA MATA UNTUK KEREDHAAN ALLAH DAN BUKAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI... SALAM PERSAUDARAAN UTK SAUDARI WATI...
» Reply to this comment...

Posted by BUKA MINDA, on 27-02-2008 18:16, IP 60.52.102.78, Guest
41. ...
Mana-mana golongan yang terasa mereka termasuk dikalangan manusia yang kena zalim, maka mintalah pertolongan dgn Allah SWT. Kerana doa orang yg kena zalim PALING dekat dgn Allah SWT. Kalau setakat cakap berdegar2 shj tak guna jugak. Doa di kalangan umat islam di malaysia, samada yg kena zalim atau tidak sudah lama di makbulkan oleh Allah SWT. Cuma kita sahaja yang tidak mahu melihat petunjuk2NYA. Sementara ada di kalangan kita yang kerjanya siang-malam 'berkokok' mencari kedaifan orang lain, sebahagian yang lain pula sentiasa bersyukur dgn rahmat Allah SWT pada bumi Malaysia ini dan cuba berkompromi seadanya dgn pelbagai kelemahan yg ada. Selagi adanya pelbagai usaha di kalangan manusia untuk memperbaiki kesilapan yang ada, selagi itulah kita terselamat dari azab Allah. Wallahualam
» Reply to this comment...

Posted by Hammas, on 27-02-2008 18:15, IP 60.52.102.78, Guest
42. ...
Aku sokong ISLAM coz aku nak sgt2 system khalifah wujud semula! Islam perlukan pemimpin jujur utk megekang penindasan org2 laknatullah! Kalaulah di tanah yg kecil ini pun Islam x menang mcm mane utk menyatukan seluruh umat Islam di bawah satu naugan yakni melantik 1 khalifah pentadbir dunia Islam sblm datangnya Imam Mahadi. Wallahuallam
» Reply to this comment...

Posted by SEMUA ORANG KOTOR, on 27-02-2008 18:14, IP 60.52.102.78, Guest
43. ...
SAMADA BN ATAU BA, SAMA2 KOTOR. DI KELANTAN, PADA PILIHARAYA 1999 DAN 2004, PENUH DGN PENGUNDI2 DARI PATTANI DAN YALA YANG MEMPUNYAI DUA IC, MALAYSIA DAN SIAM TAPI DPT MENGUNDI DI KELANTAN. TAPI ORANG BUAT DIAM SHJ SEBAB INI MEMENANGKAN MEREKA. TAPI BILA PARTI HAMPIR KALAH, MACAM2 PULA CERITA HADIS KELUAR. MEMPERMAIN2KAN AYAT ALLAH SWT SATU DOSA YANG AMAT BESAR. LEBIH BESAR DOSANYA DARI TIPU DAYA SPR. TAPI UZAR BELUM CUKUP BERANI UNTUK MENEGUR HAL INI KERANA INGIN MENJAGA HATI PEMINAT2NYA DI WEB INI. BILA DR MAZA MENEGUR HAL INI, BELIAU DICEMUH DAN DITUDUH SEBAGAI TALIBARUT. PADAHAL DR MAZA, SEPERTI MANA UZAR DIRAHMATI ALLAH SWT DGN PENGETAHUAN AGAMA YANG CUKUP TINGGI. UZAR HANYA BERANI MENEMPELAK SPR TETAPI TIDAK BERANI UNTUK MENEMPELAK SESETENGAH KALANGAN MANUSIA YANG SUDAH TERLALU LAMA MEMPERMAIN2KAN AYAT2 ALLAH SWT.
» Reply to this comment...

Posted by tonotoro, on 27-02-2008 18:13, IP 60.52.102.78, Guest
44. ...
setiap manusia ada kesilapan-kesilapan yang tidak sengaja dilakukan tapi..................... ini bukan kesilapan, ini nak tipu undi. cam ne la boleh berlaku ni. adoi la........... syurga yang diingini neraka yang dicari :?
» Reply to this comment...

Posted by Dina, on 27-02-2008 18:13, IP 60.52.102.78, Guest
45. ...
Saya pun nak berkongsi pengalaman juga..saya membantu Barisan Alternatif untuk merayu undi di sebuah daerah di Selangor, mengikut slip yang diprintkan daripada Sistem Semakan Daftar Pemilih...masalah tetap ada bila mana no rumah ada tapi rumahnya takde..sebuah rumah sampai berbelas-belas nama yang mendaftar dan pemilik rumah tak pernah kenal dengan nama-nama tersebut.. ada yang tiba-tiba namanya tiada dalam senarai atau di pindahkan namanya ke kawasan lain...dan pelbagai lagi kecelaruan.... tak mungkin SPR asyik tersilap je.....kompius!!!!!!!!!!
» Reply to this comment...

Posted by jai, on 27-02-2008 18:11, IP 60.52.102.78, Guest
46. ...
rasanya spr letak nama uzar"s wife kat Demit tu saja nak kurangkan majoriti undi TGNA.Tapi kalu Isteri uzar pergi undi kat Demit tu rasanya terbalik pula; akan bertambah majoriti undi TGNA.
» Reply to this comment...

Posted by mohdsabujunior, on 27-02-2008 11:26, IP 60.52.103.202, Guest
47. ...
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
920612740045


Salam uzar,

IC-IC di atas adalah penama-penama yang boleh mengundi tahun 2008 ni. Namun, jika diteliti dengan betul, jika penama lahir tahun 1986 (paling awal) boleh mengundi. Namun, bagi ic-ic yg lahir tahun 1992, 1989, mana boleh mengundi lagi. Tak cukup pun umur 21 tahun. Keduanya, tahun kelahiran kalau kita check dekat daftar SPR, semuanya tahun 18xx. Ohh, kalau macam tu ramai la rakyat malaysia dah umur 100 tahun ke ats. Mesti la masuk dalam Malaysian Book of Record's, betul tak ustaz. Namapak sangat ada penipuan dalam SPR....pengerusi SPR patut dihadapkan ke pengadilan.
» Reply to this comment...

Posted by abu adam, on 27-02-2008 11:25, IP 60.52.103.202, Guest
48. ...
itulah suasana dan perjalanan SPR selama ini yang dikatakan telus dan profesional. mereka kadang2 buat keja tak ingat dosa pahala. hanya pikir dunia dan kesenangan hidup walaupun di suruh melakukan benda-benda mungkar, penipuan dan sebagainya. kesalahan SPR ni bukan baru kali pertama tapi setiap kali nak pilihanraya. saya sokong sangat tulisan UZAR di web ni untuk manfaat semua rakyat malaysia...
TAKBIR...ALLAHUAKBAR..
» Reply to this comment...

Posted by sumayya, on 27-02-2008 11:24, IP 60.52.103.202, Guest
49. ...
ni 1st time mengundi..dulu2 mengundi election campus..meriah jugak.Yang penting,janganlah mengundi calon bukan Islam..
» Reply to this comment...

Posted by nilamz, on 27-02-2008 10:07, IP 60.52.103.202, Guest
50. ...
Saya pun pelik kenapa setiap nama di pendaftaran SPR ada no siri? dan setiap org adalah berbeza. adakah daripada no itu, SPR akan dapat tahu kita akan pangkah yang mana satu?
» Reply to this comment...