Thursday, September 17, 2009

Salam Kemaafan

sempena hari raya yang akan menjelang tibani..intan memohon maaf kepada semua kawan2 intan...terutama yang mengikuti blog intanni...terima kasih diucapkan...sempena raya ni juga kepada yang pulang kekampung terutama yang jauh2tu berhati2la bawa kenderaan...jangan bawa laju2 sangat...intan bukan apa orang kat kampung berharap kita sampai dan dapat beraya bersama2 tapi bila jadi macamtu ape perasaan orang yang menunggu kita...?kasihanilah mereka...jadi janganla memandu kereta laju sangat2...kepada yang suka sangat bawa laju intan cadangkan boleh hantarkan nama utk jadi pelumba team F1 1Malaysia...jadi kemampuan diri boleh digunakan kearah yang betul...
mengulas mengenai team F1 1Malaysia...sebenarnya intan berbalah bagi...jika dipikirkan peolehan yang bakal kita dapat memang amat baik,cuma bila difikirkan perbelanjaan yang akan kita keluarkan dengan keadaan ekonomi kita sekarang, rasanya perkara ini patut ditangguhkan dulu...dengan ekonomi yang semakin menghimpit, intan simpati pada semua rakyat...terutama yang berpendapatan rendah...semuani akan membuatkan kos sara hidup akan kian bertambah...ditambah lagi dengan keupayaan negara utk bersaing dalam sukan berada ditahap paling rendah, jadi intan rasa ini adalah pembaziran...
lagi 1 yang intan nak komen ialah tentang penggunaan minyak RON95...intan bukan tak sokong penggunaan minyak barutu...cuma bagi intan minyaktu wajib dijual dengan harga yang lebih rendah...kita kena akui kebanyakkan kereta kat malayia ni had minimum minyak ialah RON95 tapi kita kena fikir kesan terhadap enjin yang telah biasa menggunakan minyak RON97...pelbagai pelarasan yang terpaksa dilakukan...bagi intan yang terpaksa menggunakan minyak RON97, kenaikan 20sen biarpun kecil tapi masih membebankan...biarpun intan dikelaskan berjawatan Pengurusan dan Profesional dalam kerajaan \, pertambahan kos hidup sebenarnya amat membebankan tanpa dibantu oleh kenaikan pendapatan...kepada pegawai kump. sokongan intan ucapkan tahniah kerana perjuangan anda untuk mendapatkan saguhati dipenuhi kerajaan...gunakanlah pemberian kerajaan itu sewajarnya...
untuk kesekian kalinya,intan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri...
berjumpa lagi dilain sesi...terima kasih...

Thursday, September 3, 2009

Salam Ramadhan hari ke 14

arini jumaat 4 september 2009 bersamaan 14 ramadhan 1430 hijrah...
hari ke 14 semua umat islam berpuasa...intanpun dah terlambat utk mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang paling dinantikanni...bulan yang ditunggu oleh umat semua umat islam...bulan yang penuh keberkatan...bulan mendapatkan pengampunan dari Allah S.W.T dan bulan penuh kerahmatan...sudah pasti bulan ramadhanni juga ditunggu2 oleh anak2 yatim dan warga tua yang tinggal di pusat jagaan orang tua...kerana seperti lazimnya masa inila semua orang terutama orang kaya2 dan syarikat korporat termasuk juga ahli politik menabur jasa dengan melawat dan memberi makan pada anak2 yatim...tak ketinggalan juga artis turut serta memeriahkan majlis,tak kira majlis sahur ataupun majlis buka puasa...intanpun sepanjang puasani agak sibok dengan tugasan yang kian bertambah...ditambah pula nak rayani...
tapi yang paling ditunggu menjelang rayani ialah bonus utk kaitangan awam...sudah timbul pelbagai cerita tentang bonusni...sudah pasti sebagai kakitangan awam,intan juga nak bonus dikeluarkan sebelom raya...tapi itu semua masih lagi spekulasi...bonus ada atau tak...inila persoalan yang paling penting sekali...intan taknak ulas panjang2...
kalau mengikut keadaan ekonomi sekarangni,sudah pastila bonus takde...kita lihat keadaan ekonomi malaysia intan masih belom nampak lagi ekonomi kita pulih...biarpun pasaran saham meningkat itu bukan penanda aras yang mengatakan ekonomi kita pulih...ekonomi boleh dikatakan kembali pulih bila syarikat2 multinasional terutama syarikat kerajaan cth seperti TM,Guthrie atau TNB menunjukkan peningkatan ketara...inilah sebenarnya lambang yang membolehkan kita mengatakan ekonomi kita pulih...kenapa intan cakap macamni..?sebabnya ialah bila keyakinan pelabur pada syarikat Malaysia kembali,pada masa itu menunjukkan syarikat Malaysia khasnya dan negara ini amnya dapat meningkatkan tahap pelaburan...ini kerana syarikat itu kerajaan adalah pelabur utama kemajuan negara ini...biarpun banyak lagi syarikat yang melabur,tetapi bila syarikat kerajaan menunjukkan keyakinan yang baik maka pertambahan modal syarikat bertambah yang untungnya sudah pasti kerajaan...
ditambah pula dengan kemunculan penyakit H1N1,kerajaan melalui kem. kesihatan sudah pasti memerlukan belanja terdesak utk menangani penularan penyakit ini...sudah pasti perbelanjaan yang bukan sedikit diperlukan biarpun sekadar utk mengawal penularan wabak ini...intan difahamkan,ubat utk mengekang penularan wabak itu sendiri sudah terlalu mahal...ditambah lagi bila kerajaan memberikan topeng2 muka kepada sekolah dan kakitangan awam,sudah pasti perbelanjaan ini semakin bertambah yang semakin mengurangkan lagi wang simpanan kerajaan yang mungkin boleh digunakan utk pembayaran bonus...
biarpun kita boleh mengatakan simpanan rizab kerajaan masih banyak,sudah pasti kerajaan memerlukan simpanan itu pada masa akan datang...untuk menghadapi keadaan ekonomi yang lebih buruk lagi...sudah pasti ketika ini kerajaan sudah bersedia dengan rizab kerajaan supaya bila ekonomi kembali merudum kerajaan sudah bersedia utk mengawalnya dengan langkah yang lebih baik...
namun begitu,dengan pengumuman kerajaan memberikan bonus kepada peneroka felda yang berjumlah RM37.23 juta ini,sudah pastinya sinar harapan kakitangan awam yang bertugas dengan penuh dedikasi utk mendapatkan imbuhan raya,atau bonus awal kian cerah...namun begita pendapat intan dengan keadaan semasa sehingga harini...harapan utk mendapat bonus agak kelam...
namun begitu,sebagai penjawat awam,intan yakin kerajaan akan cuba sedaya upaya membantu terutama kepada kakitangannya yang berjawatan rendah...dengan kenaikan harga barangan terutama menjelang musim perayaan sudah pasti kerajaan ingin membantu para pekerjanya...
sekian terima kasih...jumpa lagi...