Tuesday, October 27, 2009

Salam Kemakmuran

Pembentangan bajet pada jumaat lepas 23hb Okt mungkin banyak yang mengejutkan biarpun pada pandangan intan iya adalah bajet biasa...namun paling mengejutkan bagi intan ialah pemberian bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam gred 41-52...bagi intan diorang tak patut dapat itu aje...biarpun intan berada dalam gredtu, cuma bagi intan pendapatan dah cukup...setakat rm500 tak dapat ape rasanya...cukupla untuk tambah duit simpanan kot...hehehe..maafla intan bukan berlagak sombong cuma bagi intan kerajaan patut bagi pada orang yang lebih memerlukan terutama penjawat awam kumpulan sokongan2 dan 1 terutama yang tinggal di kawasan bandar...contoh terbaik KL dan putrajaya...dengan rm500 ape yang boleh diorang beli...?beli pakaian sekolah anakpun rasanya tak cukup...
bagi intan paling memeritkan ialah kenaikan bahan api atau minyak yang dijangkakan pada januari 2010...nampaknya rakyat akan sekali lagi mengeluh...intan cuma nak bagitau...bila harga dinaikkan mengikut harga pasaran,bila harga naik menjulang masatula syarikat minyak atau kerajaan akan naikkan cepat2..bila harga turun..nak tunggu turunnya sampai berbulan...alasan yang diberi ialah kajian sedang dijalankan...sampai bila rakyat akan ditipu dengan keadaan macamni..?mungkin suatu masa rakyat mesti menunjukkan kuasa yang ada padanya...bukan intan tak sokong pada parti yang membentuk kerajaan sekarangni...cuma bagi intan kepentingan rakyat mesti didahulukan...bukan setakat cakap omong kosong...
kepada rakyat...bila peluang tiba nanti tunjukkanlah kuasa yang ada pada tangan anda..jangan disia2kan lagi...kerana semua telahpun terseksa dengan keadaan ini...biarpun intan boleh dikatakan mewah,tapi intan simpati dengan rakyat bawahan yang melarat meneruskan kehiduan dibumi bertuah yang dijajah oleh rakyatnya sendiri yang tamakkan kepentingan dunia...
jumpa lagi dilain hujah...