Wednesday, December 23, 2009

Salam Perpaduan

dah begitu lama intan tak menulis kat sini...bukan sebab apepun..intan terlalu banyak keje sampaikan diri sendiripun terabai...balik rumah dah lewat malam...ingat nak online kat rumahpun tak dapat...bila badan dah letih...jangan kata online...nak mandipun malas..tau nak masuk tido aje...kepada kengkawan yang tanya kemana intan pegi..intan minta maafla...intan sentiasa ada didepan komputer sebenarnya...tapi sekarangni intan dah tak ikut perkembangan semasa...intan takde masa...terlalu sibuk mengejar kebendaan...hahaha...
so ape perkembangan sekarang...Malaysia menang emas sukan sea...?nampaknya boleh dikatakan semua orang memperkatakan dan memuji skuad Malaysia yang menang emas aritu...intan tengok juga matchtu...tapi bagi intan Malaysia menang nasib...adakah pemain Malaysia menunjukkan permainan berkualiti..?bagi intan jawapannya TIDAK!!!jadi ape kualitinya untuk kita katakan bola sepak kita menuju kejalan yang betul..?intan tak nampak satupun perkara positif yang ditunjukkan oleh pemain Malaysia...nak kata permainan berkualiti bagi intan masa lawan Man Utd aritu lagi berkualiti...pemain kalini lembik...hantar bola merapu...boleh dikatakan pemain main bola tak guna akal pikiran...selagi 1 kejayaan camni diperbesarkan selagi itulah kualiti bola sepak kita dok tangtu juga...tak payahlah nak bagi harapan terlalu tinggi...intan yakin harapan yang diberikantu nanti tinggal harapan aje...
satu perkara yang intan suka sentuh bila ada chance nak menaip kat blogni adalah pasal ekonomi...adakah ekonomi kita kukuh...boleh dikatakan setiap masa telinga kita disodok dengan kenyataan 'ekonomi kita kembali pulih' dan 'kita menuju kejalan yang betul untuk kestabilan ekonomi'..bagi intan kekukuhan ekonomi paling mudah diukur dengan keupayaan kuasa membeli rakyat marhaen...bila orang ramai tak mengeluh dengan kenaikan barang atau ape saja perkhidmatan maka pada masa itulah ekonomi kita boleh dikatakan kukuh...tapi skarangni bila dengan aje minyak naik 5sen semua orang mengeluh...jadi bagi intan ekonomi kita bukan makin kukuh tapi semakin menjunam...oklah intanpun masih ada kerja yang perlu dibuat...jadi sampai sini ajela k...kita jumpa lagi dilain halaman...

Tuesday, December 15, 2009

Karnival Jualan Buku & ICT

Jemput Datang Beramai-ramai Ke
“Karnival Jualan Buku & ICT”
Sempena
The 7th World Conference On Muslim Education
(World-COME 2009)
www.world.come2009.com
“19-27 Disember 2009”
9.00am until 6.00pm
Bertempat Di
“Ruang Legar Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Muzium Negeri Selangor”