Saturday, March 20, 2010

selamat malam minggu

salam perpaduan untuk semua kawan2 intan...dah lama intan tak merepek kat blog nikan...biasala kerja kerajaan bukan ada masa sangat...bila sampai waktu sibuknya jangankan kata bukak blog baca paperpun tak sempat...intan dah hampir 2 minggu balik rumah lepas kerja lebih kurang 11 malam...banyak sungguh kerja yang nak dibuat...
oh ye, dah lama intan tak komen apa2 pasal ekonomi...nampaknya boleh dikatakan setiap hari ada saja kenyataan dari pemimpin kita yang mengatakan tentang ekonomi yang semakin hari bertambah baik...intan tak nak ulas panjang2 sebab petunjuk keadaan ekonomi yang baik adalah kehidupan rakyat marhaen semakin bertambah baik...tiada lagi keluh kesah mengenai gaji tak cukup atau apa saja...tapi setiap hari pasti ada yang merasa resah dengan pendapatan yang tetap sama tetapi perbelanjaan semakin bertambah...paham sajala walaupun kerja kerajaan tapi yang kerja macam kerani ataupun lebih mudah dipanggil kumpulan sokongan terutama sokongan dua...kehidupan mereka setiap hari semakin terhimpit...pendapatan yang diperolehi setiap bulan tetap sama tetapi perbelanjaan setiap hari bertambah...ditambah lagi dengan persekolahan anak2 yang pastinya memakan belanja paling kurangpun RM10 setiap hari...itu hanya cukup untuk belanja sekolah belum lagi dikira dengan buku dan pelbagai lagi...terkadang intan simpati dengan nasib mereka semua...bila diperkatakan hal mereka ada yang membalas sapa suruh belanja takat SPM aje...lain kali blaja pandai2 bleh jadi lawyer atau doktor...intan paling tak suka dengan alasan sebegini...bukan apa rezeki manusia tidak sama...lagipun kemewahan dunia itu adalah ujian Allah juga...
apa yang intan harapkan biarlah kepimpinan kita mengerti masalah yang dihadapi oleh rakyat marhaen...bukan semua yang bernasib baik...ada yang melalui kehidupan yang amat menyukarkan sehingga siang bekerja malampun bekerja...sudah pasti produktiviti mereka ini akan merosot dan merugikan kerajaan seandainya dibiarkan...
lagi satu intan nak tulis kat sini adalah mengenai bantuan kebajikan...intan pernah melalui sebuah pejabat kebajikan dan kebetulannya ialah hari tersebut adalah hari penyampaian bantuan...intan amat terperanjat kerana orang yang datang mengambil bantuan boleh dikatakan mereka yang memiliki kehidupan yang baik kerana pergi ambil wang bantuan dengan menaiki kereta...yang lebih hairannya yang memandu kenderaan orang muda dan memakai tali leher...yang ambil bantuan pastilah ibunya kerana sudah tua...adakah orang sebegini layak mendapat bantuan..?intan harapkan bantuan biarlah diberikan kepada mereka yang benar2 layak sahaja...
oklah sampai sini aje intan merapu...jumpa lagi dilain coretan....

Monday, March 8, 2010

Skim perkhidmatan pensyarah IPTA, institut perguruan akan dikaji: Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan institut perguruan bagi membolehkan mereka naik pangkat hingga ke peringkat turus, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini. Beliau berkata demikian pada majlis amanat perdana Perkhidmatan Awam ke-11 (Mappa) di Putrajaya, sebentar tadi.

berita ni intan amik kat berita harian mutakhir...bagi intan memang patutpun skim diorangni dikaji...kesian juga pada cikgu n lecturer yang keje dah bertahun tapi yang naik pangkat sampai tinggi2 cuma PTD aje...tapi nak buat camnakan...skarangni peluang korang plak...tapi bagi intan sekarangni bukan diorang aje patut semua kakitangan awam mesti diupgradekan sebabnya dunia dah makin mencabar ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang makin teruk...adalah waji pendapatan ditambah...

Monday, March 1, 2010

Salam Perjuangan

Alhamdulillah intan dah selamat kembali bekerja setelah hampir 2 minggu bercuti ke negeri2 belah utara...walaupun lebih banyak berada di Pulau Pinang tapi intan sempat ke Alor Star & Langkawi...intan sebenarnya nak terus ke Kangar & Padang Besar cuma nasib tak begitu baik sebab kawan intan yang janji nak bawa intan ketempattu dipanggil bertugas secara tiba2...biasalah kalau dah kerja yang ada on call jadi terpaksala terima hakikat...
Mak intanpun nampaknya seronok terutama bila pegi langkawi...banyak kelengkapan dapur yang diborongnya...setelah lama intan tak bawa mak bercuti dalam Malaysia nampaknya kalini mak intan seronok sungguh bercuti dalam Malaysia...ni kira amik semangat cuti-cuti 1Malaysia la kononnya hahaha...intan juga mengucapkan banyak2 ribuan penghargaan kepada kawan2 intan kat penang n alor star yang banyak membantu intan & bawa intan jalan2...seronok betul rasanya...macam nak cari calon suami orang utara aje hahaha tapi ada ke yang nak pada intan..?hahaha
intan taknakla cerita banyak2 pasal perjalanan intan cuma bagi intan memang seronok dapat berjalan sampai kesana...nampaknya orang penang memang banyak berterima kasih kepada pimpinan sekarang...intan tengok sejak DAP ambil alih pimpinan banyak perubahan dan pembangunan untuk rakyat yang telah lama berjalan siap dengan cepat...malahan ramai orang kampung yang sempat intan jumpa cakap corak pemerintahan Lim Guan Eng disenangi ramai...baguslah kalau camtu...intanpun nampak juga cara kepimpinan Lim Guan Eng lebih baik dari pemimpin sebelumni...inilah yang kita mahukan...kerana rakyat telahpun memberi kepercayaan maka wajiblah kepercayaan itu dibalas dengan cara yang baik juga...
namun begitu ketika ini yang paling mengejutkan ialah ramai ahli PKR keluar parti dan menyertai Umno...intan taknak ulas hal ni panjang2 namun bagi intan sekiranya betul apa yang diperkatakan iaitu pimpinan PKR pincang maka wajiblah diberitahu kerana setiap yang silap boleh diperbaiki...namun begitu pada pandangan intan setiap orang yang keluar sudah pasti kerana ada hal yang tidak dipersetujui ataupun ada tawaran2 yang lebih baik...harap2 kita dapat nilaikannya...jumpa lagi dilain coretan..