Wednesday, April 28, 2010

'Saya terima RM4 juta'

walaupun beritani mungkin diada2kan...tapi tetap akan memberi kesan...kepercayaan rakyat pada PR akan bertambah kurang sekiranya cerita2 buruk tentang PR diceritakan sendiri oleh orang2 PR...

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.
Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.
"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.
"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.
Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini.
Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan.
Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.
Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.
Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah.
Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.
Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau.
Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan.
Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu.
Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.
Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.
"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang.
"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.

Thursday, April 8, 2010

Manchester United ikat pemain muda Mexico

diharap dengan pembelianni akan memantapkan man utd...glory glory man utd...

Manchester United ikat pemain muda Mexico

MANCHESTER 9 April - Pemain Mexico, Javier Hernandez menjadi pemain pertama yang dibeli oleh Manchester United untuk musim hadapan selepas kelab lamanya, Chivas bersetuju menjual bintang muda itu kepada Red Devils.
Menurut sumber United, pemain itu telah berjaya melepasi ujian perubatan namun yuran perpindahannya dirahsiakan oleh kedua-dua kelab tersebut.
Pemain berusia 21 tahun itu akan menyertai United pada 1 Julai depan sekiranya mendapat permit kerja daripada kerajaan British.
United akan mengadakan perlawanan persahabatan di Stadium Chivas, Guadalajara sebagai memenuhi syarat pembelian kontrak Hernandez.
Ferguson memberitahu pemain antarabangsa Mexico itu adalah penyerang berbakat besar yang mampu menyerlah di Liga Perdana England. - AP

Wednesday, April 7, 2010

Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF

ni kes bahaya ni...pejuang agama kena amik tindakan...sapa2 yang buat demonstrasi pasal nama Allah dulu diharapkan dapat berdemonstrasi lagi...kalau dapat kelulusan seolah-olah negara kita membenarkan homoseksual...INTAN BANTAH!!!

Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF

KUALA LUMPUR: Filem bertemakan homoseksual pertama Malaysia mungkin memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, selepas kerajaan meringankan sekatan tapisan yang menyekat industri filem di negara ini sejak sedekad. Walaupun filem berbahasa Melayu tidak memaparkan babak seks secara jelas mahupun adegan bercium, tayangannya bakal memberikan kebebasan kepada media popular di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam untuk mengorak langkah, di mana ramai pihak bimbang ia akan dipengaruhi konservatisme Islam.
“Dalam Botol, atau ‘In A Bottle’, berkisarkan kisah seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan rakan lelakinya berdepan masalah apabila beliau menjalani pembedahan menukar jantina,” kata pengarah filem itu, Raja Azmi Raja Sulaiman, yang turut menulis cerita berkenaan berdasarkan pengalaman seorang rakannya.
“Kami mengambil risiko. Saya berasa bimbang. Kami tidak tahu sama ada sekiranya Lembaga Penapisan Filem (LPF) filem itu masih membenarkan kami menayangkan filem ini akhirnya,” katanya. - AP

Tuesday, April 6, 2010

Neville yakin Red Devils mampu atasi Bayern Munich

malamni man utd lawan bayern untuk match ke2 suku akhir lepas kalah minggu lepas...intan harap malamni man utd menang...dahla sabtu lepas kalah dengan chelsea...walaupun beraksi hebat man utd tetap kalah...memang nasib tak menyebelahi man utd minggu lepas...cuma ketiadaan rooney pasti memberi kesan...man utd kena lakukan sesuatu...berbatov kurang berkesan...mungkin perlu lakukan macam chelsea...letak berbatov dengan disokong oleh 4 pemain tengah menyerang...rasanya itu boleh memberi kesan...

Neville yakin Red Devils mampu atasi Bayern Munich

LONDON: Ketua pasukan Manchester United, Gary Neville menyuarakan rasa yakin dia dan rakan-rakan dapat mengubah wajah cabaran pasukan dan bergerak mendekati kemunculan final ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara Eropah. Apapun, ia hanya akan terlaksana andai anak didik Sir Alex Ferguson dapat menewaskan Bayern Munich dalam saingan suku akhir kedua di Old Trafford, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia) dengan modal kemenangan 2-1 pelawat dalam perlawanan pertama masih mencengkam cabaran tuan rumah.
Neville berkata kekalahan kepada Bayern menerusi gol pada minit terakhir permainan amat mengecewakan, tambahan kecederaan yang melanda Wayne Rooney. “Persembahan kami di tempat lawan di Eropah dalam tempoh 12 sehingga 18 bulan lalu agak terpuji berbanding perlawanan di Munich.
“Kami sudah menjaringkan gol di tempat lawan dalam Liga Juara-Juara dan ini bukan keputusan buruk dalam dunia. Kami memiliki keyakinan dan ada rekod baik kejohanan Eropah di Old Trafford,” katanya. Sementara itu, masalah kecederaan Bayern turut membimbangkan dengan penyerang, Arjen Robben dan pemain pertahanan, Daniel van Buyten masih harus membuktikan tahap kecergasan mereka. Jurulatih, Louis van Gaal percaya penyerang itu memiliki peluang tipis untuk menentang United tetapi memberi bayangan pasukannya sudah bersedia mempertahankan kedudukan perlawanan pertama. “Saya harap dia boleh main nanti,” katanya. – Agensi

Kakitangan TM dapat bonus 1.7 bulan gaji

tahniah untuk kakitangan TM...moga menambah kecemerlangan dalam tugas...harap2 lepasni takde lagi kabel kena curi dan internet tak bleh access...apapun tahniah untuk semua warga kerja TM...


KOTA KINABALU: Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan bonus 1.7 bulan gaji kepada 16,240 kakitangan bukan eksekutifnya bagi tahun lalu yang akan dibayar menerusi gaji bulan ini.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata prestasi perniagaan TM yang memberangsangkan sepanjang tahun lalu membolehkan syarikat itu membayar bonus lebih tinggi berbanding 1.5 bulan gaji pada 2008.
“Bonus ini adalah bukti TM komited dengan prinsip mengutamakan kakitangan yang banyak menyumbang terhadap peningkatan prestasi syarikat.
“Walaupun keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya daripada kelembapan, namun berkat komitmen kakitangan, TM berjaya meningkatkan prestasi sekali gus mampu memberi bonus lebih tinggi kepada kakitangan di seluruh negara,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani perjanjian bersama (CA) kelima antara TM dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia Berhad Sabah (Sute) di sini, semalam. Ia disaksikan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai.Hadir sama Ketua Pegawai Modal Insan TM, Mohd Khalis Abdul Rahim; Presiden Sute, Jamling Ghani dan Pengurus Besar TM Sabah, Sukkuriya Masri.Sementara itu, mengulas mengenai CA antara TM dan Sute, Zamzamzairani berkata, TM setuju membuat pelarasan gaji 5.5 peratus bagi kakitangan bukan eksekutif TM di Sabah bermula Januari lalu dan kenaikan satu mata gaji mulai bulan ini. “TM juga bersetuju menaikkan elaun perumahan sebanyak 33 peratus iaitu daripada RM90 sebelum ini kepada RM120. Pada masa sama, kakitangan bukan eksekutif TM di Sabah turut menikmati kenaikan elaun sara hidup (Cola) sebanyak 25 peratus."Syarikat turut bersetuju memberikan tambahan manfaat perubatan yang membolehkan kakitangan bukan eksekutif TM di Sabah menikmati pakej perubatan di hospital swasta, tertakluk kepada had dinyatakan dalam skim pakej insurans yang akan diuruskan syarikat pada kadar premium RM250 setahun bagi setiap anggota," katanya.Beliau berkata, sebahagian artikel dipersetujui TM dan Kesatuan Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Kebangsaan (Nute) yang jumlahnya melebihi kadar sedia ada di Sabah, turut dilaksanakan ke negeri ini

Cuepacs sokong tuntutan Najib

intanpun sokong kenyataanni...cuma bagi intan kerajaan wajib sedar keadaan ekonomi pekerja sektor awam terutama yang berpendapatan rendah...bila ekonomi meningkat sudah pasti pada masatu semua keperluan juga akan meningkat harganya...ini yang patut kerajaan kawal...cuepacspun patut jalankan tanggungjawab...fahami nasib anggota yang berpendapatan rendah...

1.2 juta penjawat awam perlu tingkat produktiviti jika mahu kenaikan gaji

KUALA LUMPUR: Cuepacs memberi jaminan 1.2 juta penjawat awam di negara ini akan bersama kerajaan bagi menyokong inisiatif menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi berpendapatan tinggi.Presidennya, Omar Osman, berkata sebagai tulang belakang kerajaan, penjawat awam perlu bersedia memberi komitmen sepanjang perkhidmatan bagi meningkatkan produktiviti ke tahap membanggakan.
“Jika mahukan satu perubahan atau peningkatan dalam gred gaji, penjawat awam perlu sedar kerajaan perlu melihat kembali prestasi mereka untuk memastikan ia dapat dilaksanakan.
“Jika produktiviti meningkat dan pendapatan negara di luar jangkaan, saya percaya Perdana Menteri akan akur dengan tuntutan sektor awam,” katanya ketika dihubungi semalam.Kelmarin, Datuk Seri Najib Razak dipetik sebagai berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.Perdana Menteri juga dilaporkan berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.Omar berkata, kenyataan Perdana Menteri boleh diibaratkan sebagai penanda aras kepada kakitangan awam untuk memastikan mereka boleh menikmati gaji setanding negara membangun yang lain. Sehubungan itu, katanya, kakitangan awam perlu melakukan satu anjakan paradigma dari aspek cara bekerja, lebih berdaya saing, kreatif dan inovatif selain memastikan etika sentiasa dipatuhi serta tidak terbabit dengan rasuah.Bagaimanapun, Cuepacs mahu kerajaan lebih telus dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disifatkannya sebagai satu cara meningkatkan hasil kerajaan.“Kakitangan awam terutama kumpulan pelaksana perlu diberikan taklimat mengenai GST dengan jelas dan memberi peluang untuk berdialog dengan kerajaan bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah.“Jika GST boleh menjana pendapatan kerajaan tanpa menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah, maka Cuepacs tidak mempunyai halangan untuk dasar itu dilaksanakan,” katanya.

Monday, April 5, 2010

Penjualan rokok 14 batang akan diharamkan

intan amat menyokong saranan ini...harapnya dapat dipercepatkan...bukan apa ini untuk kepentingan rakyat Malaysia juga...soal kesihatan adalah perkara utama dalam kehidupan kita...moga kerajaan dapat bertindak cepat dan tegas dalam hal ini...diharap juga operasi pencegahan rokok seludup dapat dilakukan lebih kerap...intan yakin maklumat boleh diperolehi sekiranya tugasan dilakukan dengan amanah dan jujur...

Penjualan rokok 14 batang akan diharamkan

KUALA LUMPUR: Penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutamanya di kalangan remaja, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kerajaan hanya akan membenarkan penjualan rokok 20 batang yang lebih mahal harganya selain memperluaskan kawasan larangan merokok di seluruh negara.
"Kita baru perkenalkan harga minimum pada Januari. Kita akan lihat kesan terlebih dulu dan kaji langkah-langkah lain termasuk untuk adakan lebih banyak kawasan larangan merokok," katanya ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Dr Mohd Hatta ingin tahu adakah kerajaan bersedia menaikkan harga lantai rokok untuk menghalang golongan muda daripada memulakan tabiat merokok. Liow berkata, kementerian akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain terutamanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membanteras penyeludupan rokok yang berleluasa sejak akhir-akhir ini. Terdahulu, menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) berhubung cadangan menetapkan harga siling bagi rokok, Liow berkata, tiada keperluan bagi cadangan itu dilaksanakan kerana harga rokok pada masa ini cukup tinggi. Dalam soalan berbeza, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menafikan wujudnya ketidakseragaman pengagihan jawatan kepada pekerja berketurunan India di jabatan-jabatan kerajaan. Katanya, bagi perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 3,591 atau 3.5 peratus daripada 103,051 pegawai adalah daripada kaum India, dan 37 daripada jumlah itu adalah pegawai kanan. "Di Jabatan Perpaduan, terdapat 35 pegawai kaum India daripada 868 pegawai (enam daripadanya adalah pegawai kanan di peringkat pengurusan dan profesional), manakala di Jabatan Penerangan, terdapat 74 pegawai daripada jumlah keseluruhan 2,422 orang (lima pegawai pengurusan dan profesional)," katanya. Liew berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) yang bertanyakan tentang kedudukan kaum India di jabatan-jabatan kerajaan termasuk yang memegang jawatan pegawai tinggi. - Bernama

Sunday, April 4, 2010

Ekonpmi baik, gaji naik...

sama-samala kita berdoa ye..hehehe...tapi intan rasa lambat lagi...

Imbuhan untuk kakitangan awam jika produktiviti meningkat: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi. Perdana Menteri berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.
"Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat, " katanya dalam wawancara khas yang disiarkan Bernama TV sempena setahun beliau menjadi Perdana Menteri, malam tadi.
Dalam program Setahun Di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri, Najib ditemubual hampir sejam oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh dan Editor Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah di pejabatnya di Putrajaya. Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan. Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik pada masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam, katanya. Beliau berkata sokongan daripada semua penjawat awam membolehkan kerajaan melakukan yang lebih baik untuk semua rakyat. Mengenai bagaimana beliau merancang untuk menyelaras sasaran Model Ekonomi Baru (MEB) mencapai ekonomi nilai tinggi dan memastikan kos rendah, Najib berkata model itu boleh mewujudkan Malaysia yang inovatif, dipacu oleh kebijaksanaan dan bakat yang baik. Berhubung saranan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya Bumiputera memiliki 67 peratus daripada kekayaan ekonomi negara, Perdana Menteri berkata, kedudukan Bumiputera yang masih tidak mencapai taraf yang sepatutnya, bermakna kerajaan harus meneruskan tindakan afirmatif tetapi pada masa sama memperbetulkan kelemahan yang jelas dalam pelaksanaan sebelum ini. Jadi, apa yang ingin saya katakan, kita tidak sepatutnya terlalu taksub dengan satu pandangan, tetapi biarlah melihat dengan cara yang akan memberikan perasaan bersatu sebagai satu negara dan satu masyarakat, katanya. Mengenai keraguan terhadap tender terbuka dan sama ada mereka benar-benar telus, Najib berkata, melalui inisiatif baru, ia akan telus memandangkan orang ramai akan dapat melihat syarikat yang gagal dan yang akan mendapat bidaan serta harga bidaan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. - Bernama

Thursday, April 1, 2010

Ahli Ibadat dan Iblis

Tersebut didalam Kitab Ihya Ulumuddin karangan Al Imam Al Ghazali sebuah kisah seperti berikut :Ada seorang ahli ibadat yang mengabdikan dirinya kepada Allah bertahun-tahun lamanya. Pada suatu hari datang kepadanya satu kumpulan manusia, mereka membuat pengaduan bahawa ada sebatang pokok yang disembah oleh orang. Ahli ibadat itu marah mendengar cerita adanya manusia yang menyembah selain daripada Allah itu. Ia pun keluar membawa kapaknya menuju pokok tersebut untuk ditebangnya.Dalam perjalanan ia berjumpa Iblis yang menyerupakan dirinya sebagai orang tua, Iblis itu menghampirinya dan bertanya “ Tuan hendak kemana ? “ . Ahli Ibadat itu menjawab “ Saya hendak menebang pokok itu. Iblis itu berkata apa hubungan tuan dengan pokok itu, tuan tinggalkan ibadat tuan dan pekerjaan tuan, dan membuang masa pula kepada perkara yang lain ”. Ahli Ibadat itu menjawab” Ini pun merupakan ibadat juga”,Iblis itu menjawab “ Saya tidak akan membiarkan tuan menebang pokok itu”. Iblis pun merempuh Ahli Ibadat itu, maka terjadilah pergelutan, Iblis rebah dan terlentang, dan Ahli Ibadat itu pun duduk diatas dada Iblis itu. Iblis itu merayu “lepaskan aku, aku mahu bercakap dengan tuan “. Ahli Ibadat itu pun bangun.Kemudian Iblis pun berkata “ Bahawasanya Allah telah melepaskan tuan daripada tanggungjawab tuan dalam perkara ini, dan Allah tidak mewajibkan perkara ini kepada tuan, tuan bukan menyembahnya, apalah tuan susahkan dengan perbuatan orang lain. Allah Taala melantik nabi-nabi diatas muka bumi ini, jika Allah berkehendak, Allah mengutus Nabi-nabi kepada penduduk bumi ini, dan Allah memerintahkan Nabi-nabi itu untuk menebang pokok tersebut “. Ahli Ibadat itu menjawab “ Aku mesti menebangnya.”Iblis itu terus merempuh Ahli Ibadat itu.
IBLIS KALAH LAGI
Dalam perkelahian pusingan kedua ini Ahli Ibadat itu menang lagi. Kemudian Iblis itu berkata “ Ada sesuatu yang boleh menyelesaikan antara saya dengan tuan, dan sesuatu itu adalah lebih baik kepada tuan dan lebih bermanfaat kepada diri tuan “ Ahli ibadat itu bertanya “ Apa dia? “ Iblis menjawab “ Lepaskan saya dahulu nanti saya memberitahu tuan”. Ahli Ibadat itu pun melepaskan Iblis.Kemudian Iblis pun berkata “ Tuan seorang yang miskin, tidak memiliki apa-apa, tuan bergantung hidup kepada orang lain, dan tuan mungkin suka memberi sesuatu kepada sahabat-sahabat tuan, dan ingin pula menolong jiran-jiran tuan, tuan boleh memenuhi keperluan-keperluan tuan, dan tuan tidak lagi berkehendak kepada pertolongan orang lain” Ahli Ibadat itu berfikir dan berkata “ Betul kata-katamu itu,” Iblis berkata “ Tinggalkanlah perkara ini, janganlah ditebang pokok ini, saya berjanji akan meletakkan dua dinar dibawah bantal dikepala tuan pada tiap-tiap malam, pada setiap pagi tuan boleh ambil kedua-duanya, tuan boleh berbelanja untuk diri tuan dan untuk keluarga tuan, dan tuan boleh bersedekah dan membantu sahabat-sahabat tuan. Cara ini adalah lebih bermanfaat kepada diri tuan dan kepada sahabat-sahabat tuan, daripada menebang pokok ini, yang mana pokok ini jika ditebang, ia tidak akan mendatangkan mudharat kepada mereka, dan juga ia tidak akan mendatangkan manfaat kepada sahabat-sahabat tuan.”Ahli ibadat itu berkata “ Betul kata-kata tuan itu, aku bukan Nabi, tidaklah wajib keatasku untuk menebang pokok itu, dan Allah tidak memerintahkan aku untuk menebangnya,dan aku tidaklah berdosa jika aku tidak menebangnya.” Kemudian mereka pun berteguh janji mengenai dengan tawaran Ibis itu.akhirnya kembalilah Ahli Ibadat itu ketempatnya meneruskan ibadatnya.
IBLIS MENANG
Apabila menjelang suboh pada esoknya, terletak dua dinar dibawah bantal dikepala Ahli Ibadat itu, wang itu diambilnya, esoknya pun demikian juga yang terjadi. Tetapi pada hari yang ketiganya dan hari-hari berikutnya tidak didapatinya wang dua dinar itu lagi. Ahli Ibadat itu pun marah, ia segera mengambil kapaknya dan berjalan menuju kearah yang berkenaan.Dipertengahan jalan Iblis menjumpainya dan bertanya “ Tuan mahu kemana ?” Ahli Ibadat itu menjawab “ Saya mahu tebang pokok itu “. Iblis berkata “ Tuan bohong, tuan tidak akan berdaya untuk menebangnya”. Kemudian Ahli Ibadat itu memegang Iblis tersebut untuk direbahkan sebagaimana yang berlaku dalam perkelahian yang dahulu. Tetapi keadaanya adalah terbalik, Iblis berjaya mengalahkan Ahli Ibadat itu, Ahli Ibadat itu rebah dan terlentang, dan Iblis duduk diatas dada Ahli Ibadat itu, kemudian Iblis berkata “ Berhentilah tuan daripada berniat untuk menebang pokok kayu ini, jika tidak, saya bunuh tuan”.
KEPENTINGAN SENDIRI
Ahli Ibadat itu memerhatikan keadaan, ia tidak berdaya untuk melepaskan dirinya, kemudian ia pun berkata “ Tuan berjaya mengalahkan saya, lepaskanlah saya. Tolong beritahu saya, bagaimana saya boleh mengalahkan tuan dalam perkelahian yang terdahulu? .Dan bagaimana pula tuan boleh mengalahkan saya dalam perkelahian pada kali ini ? “ Iblis itu menjawab “ Pada mula-mulanya tuan marah ialah kerana Allah, dan niat tuan semata-mata untu Akhirat. Maka Allah Subhanahu Wataala memberi kemudahan kepada tuan untuk mengalahkan saya, tetai pada kali ini tuan marah ialah untuk kepentingan diri tuan, dan untuk kepentingan dunia, kerana itu saya berjaya mengalahkan tuan.”
Kisah ini memberi gambaran kepada kita mengenai dengan kedudukan niat kerana Allah, dan niat bukan kerana Allah.
Wallahua’lam bisawab………

Perempuan...

Dipetik dari: Che Zarrina Sa’ari dan Joni Tamkin Borhan (2006), Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat Islam, Jurnal Usuluddin bil 23-24.Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 36-40.Sebelum Islam, wanita pernah dianggap sebagai hamba, harta peribadi dan dikatakan mempunyai sifat-sifat lebih rendah dari lelaki. Kedudukan wanita tidak terbela dan tidak diberi hak sewajarnya serta nilai dan maruah wanita dianggap rendah. Menurut Joachim Herrman dan Erik Zurcher (1996) dalam bukunya History of Humanity Scientific and Cultural Development, undang-undang Greek ketika itu, tidak memberi sebarang keistimewaan kepada wanita. Wanita dikurung dalam rumah, tidak diberi peluang belajar, kerana menganggap wanita hanya layak menguruskan rumah tangga sahaja. Wanita juga boleh dijual beli di pasar seperti binatang dan barang dagangan, mereka tiada hak untuk membantah, kecuali diberikan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Kaum wanita pada zaman Yunani pula dipandang sebagai makhluk yang rendah, hina dan tidak berharga, dan dijadikan pemuas nafsu lelaki. Masyarakat Yunani juga menganggap wanita sebagai komoditi dagangan yang tidak berhak mendapat harta pusaka dan pendidikan. Abu al-A’la al-Maududi dalam bukunya al-Hijab menyatakan, masyarakat Yunani menganggap wanita sebagai sumber maksiat, sumber keburukan dan kejahatan. Bagi pihak lelaki masyarakat Yunani, wanita dianggap sebagai salah satu pintu neraka kerana wanitalah yang menggerakkan lelaki melakukan dosa dan menjadi penyebab manusia menerima musibah. Masyarakat ini berpandangan wanita sepatutnya menyesal dan malu kerana dilahirkan sebagai wanita dan wanita berparas cantik sepatutnya malu dengan kecantikkannya kerana ia merupakan senjata iblis.Wanita harus menebus dosa selama hidupnya kerana mendatangkan bencana dan kesengsaraan manusia di muka bumi.Thomas F.X Noble et. al (1994) dalam bukunya Western Civilisation The Continuing Experiment menyatakan, pada zaman tamadun Romawi, kaum wanita ketika remaja dikongkong di bawah penguasaan penjaganya, samada bapa, datuk dan sebagainya yang berkuasa mutlak dan tidak dihadkan kekuasaanya. Penjaga boleh menghalau wanita keluar dari rumah atau menjualnya dan tiada pembelaan undang-undang ke atas golongan wanita ini. Apabila wanita berkahwin, maka putuslah hubungan keluarga dan kaum kerabatnya dan suaminya pula berhak menentukan corak kehidupan wanita. Menurut The New Encyclopedia Britannica (1992), pada zaman Mesir kuno pula gadis-gadis sentiasa jadi korban kerana ketika itu masyarakat mempunyai keyakinan bahawa sungai Nil dikuasai oleh dewa yang sentiasa inginkan persembahan seorang gadis. Jika tiada korban gadis, sungai Nil tidak akan memberi manfaat atau faedahnya kepada petani-petani Mesir. Berbanding tamadun lain, masyarakat Mesir ketika itu dikatakan lebih baik kerana memberi sedikit penghormatan kepada wanita dalam hak memilik harta, bekerja dalam kebanyakan sektor ekonomi, melibatkan diri dalam masyarakat dan bercampur dengan lelaki.Pada zaman Jahiliyah Arab sebelum kedatangan Islam, wanita juga dianggap hina. Suami bagi wanita yang hamil anak perempuan akan terlebih dahulu membuat persediaan menggali lubang untuk menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup untuk mengelakkan mendapat malu dan menanggung bebanan hidup dan kemiskinan di kemudian hari. Amalan membunuh anak perempuan hidup-hidup bagi Arab Jahiliyah adalah suatu kebaikan dan anak lelaki adalah satu kebanggaan dan kegembiraan.Kedatangan Islam telah merubah segala penghinaan, penindasan dan kezaliman yang dilakukan kepada kaum wanita. Islam telah mengangkat martabat wanita, mengembalikan kedudukannya, dimuliakan, dikembalikan haknya yang telah dirampas dan diiktiraf oleh lelaki dalam kehidupan. Wanita juga diberikan kedudukan yang sama sebagai individu dalam masyarakat. Menurut Islam yang membezakan manusia bukan lelaki atau wanita, tetapi ketakwaan kepada Allah Taala adalah pengukurnya seperti firman Allah:” Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal” - Surah al-Hujurat, 49:13Menurut Zeeneth Kausar (1995) dalam kertas kerja Women’s Issues: Women’s Perspectives, Islam meletakkan wanita dalam tiga kategori penting mengikut keupayaannya iaitu sebagai ibu, isteri dan anak perempuan. Ibu diletakkan di tempat paling tinggi selepas Allah dan RasulNya. Bagi wanita Islam yang berkahwin, mereka mempunyai hak-hak tersendiri sepanjang perkahwinannya sama seperti lelaki serta masing-masing mempunyai tanggungjawab dan peranan terhadap keluarga (ibu, isteri, anak permepuan) dan masyarakat (guru, pengasuh, pemimpin , penasihat, perawat dan lain-lain dalam semua sektor). Sebagai seorang Islam, wanita perlu mempunyai penghayatan Islam yang jelas dan keimanan yang kukuh supaya dapat dimanifestasikan keimanan dan jiwa Islam itu dalam ibadah, akhlak, pergaulan, pekerjaan dan segala aktiviti dalam kehidupannya. Ini penting supaya wanita tetap menjaga maruah dan kehormatan dirinya dari kaca mata Islam seperti sentiasa menjaga aurat, menjaga tutur kata dalam pergaulan, menjauhkan segala yang mendekatkan diri wanita kepada zina, bersikap positif dan berdaya saing sesuai dengan kesucian dan kemuliaan agama Islam.Renung-renungkanlah

Musuh dan Sahabat Iblis

Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas." 1. Engkau sendiri hai Muhammad. 2. Imam dan pemimpin yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur dan amanah. 5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat. 9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram. 10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci. 11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma. 12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya. 13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang. 14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya. 15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :- 1. Hakim yang tidak adil. 2. Orang kaya yang sombong. 3. Pedagang yang khianat. 4. Orang pemabuk/peminum arak. 5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan. 6. Pemilik harta riba'. 7. Pemakan harta anak yatim. 8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat. 9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut. 10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..