Wednesday, May 26, 2010

Mi segera disahkan selamat dimakan

huh lepasni bleh makan mee segera lagi banyak huhuhu...selamat intanpun selalu juga makan mee segera bila tak sempat atau malas nak masak...hehehe

Mi segera disahkan selamat dimakan

KUALA LUMPUR: Hasil analisis makmal Kementerian Kesihatan mendapati mi segera selamat untuk dimakan oleh orang ramai. Analisis oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengenai kandungan garam di dalam sepeket mi segera itu mendapati kandungan bahan berkenaan tidak melebihi tahap yang disyorkan pihak kementerian.
Pengarah BKKM, Noraini Mohd Othman, berkata secara purata, kandungan garam dalam satu peket mi segera di negara ini adalah antara dua gram (g) dan tiga g, manakala pihak kementerian yang merujuk pada Panduan Diet Malaysia mengesyorkan pengambilan lima g sehari bagi orang dewasa dan 4.75 g sehari bagi kanak-kanak selaras saranan Institut Perubatan.
“Ini bermakna sepeket mi segera tanpa bancuhan air mengandungi lebih kurang 50 peratus garam daripada yang disyorkan dan jumlah berkenaan akan menjadi lebih rendah apabila 400 mililiter (ml) air dicampurkan dalam penyediaannya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam. Selain itu, beliau berkata, kementerian turut menjalankan analisis makmal ke atas 73 jenis bekas makanan, termasuk bekas mi dalam cawan yang diperbuat daripada plastik jenis polipropilena serta polistirena dan ujian mendapati semua sampel yang digunakan membuat cawan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sebelum ini meminta kementerian itu menjalankan kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan mi segera tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna khasnya terhadap kanak-kanak dan orang dewasa. Noraini menjelaskan tahap piawai garam dalam mi segera tidak termaktub dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana penggunaan garam oleh pihak industri bagi produk mereka adalah bergantung kepada formulasi produk dan tahap penerimaan pengguna. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya bijak memilih makanan bagi memastikan pengambilan garam dalam diet seharian mengikut syor yang disarankan bagi mengurangkan risiko masalah kesihatan selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan bersenam.

Tuesday, May 25, 2010

Doktor saran tidak perlu kemuka MC jika sakit

intan taknak komen ape2...pembaca nilaikanlah sendiri...cuma bagi intan setakat ke hari ni intan belum jumpa lagi kes tipu MC ni...malahan ada yang selesema terukpun masih datang ofis...lepas disuruh pegi klinik baru pegi & dapatkan MC...

Doktor saran tidak perlu kemuka MC jika sakit

KUALA LUMPUR: Pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit? Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.
“Majikan di negara berkenaan meletakkan kepercayaan tinggi terhadap pekerja dan sistem yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu itu, ternyata berkesan dalam mengurangkan pengambilan cuti sakit.
"Sistem itu berjalan baik kerana majikan percaya kepada pekerja, tambahan pula ada mekanisme menilai prestasi pekerja. Kalau pekerja kerap mengambil cuti sakit atau banyak masalah peribadi lain, ia menjejaskan peluang kenaikan pangkat atau pemberian bonus. "Apa yang penting, perlu ada nilai kepercayaan antara pekerja dan majikan. Kalau kita tidak percaya kepada pekerja, mereka akan menipu lagi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mengguna pakai sistem itu untuk mengatasi masalah pekerja yang sering mengambil cuti sakit. Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja. Beliau berkata, ada juga segelintir kakitangan awam mengambil MC selepas melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Dr Molly tidak menolak kemungkinan wujud penipuan bagi mendapatkan MC, tetapi menganggapnya sebagai kes terpencil. “Kalau ini berlaku, ia perlu dilaporkan segera untuk siasatan, tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara ini. "Oleh itu, tidak adil untuk menyalahkan doktor yang memberi MC kerana bukan tugas doktor untuk membuktikan pesakit mereka menipu. Kalau mereka kata pening kepala keterlaluan, tidak boleh bekerja, apa boleh kami buat, sudah tentu saya bagi MC," katanya. Beliau berkata, MC dikeluarkan doktor perubatan bertauliah dan diperakui kerana doktor tidak boleh sewenang-wenangnya memberi cuti sakit tanpa pemeriksaan teliti.

Thursday, May 20, 2010

renungkanlah

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي
"بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار"

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

intan ambil dari blog ustaz zaharudin

Lukis nabi cetus perang di Facebook

kat Malaysia takde orang nak bantah ke hal ni..?senyap aje..intan tak dengar cerita apepun...tapi rakyat Malaysia lebih bersatu untuk selesaikan masalah dalaman dulu...apepun Islam didahulukan...

Lukis nabi cetus perang di Facebook

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika
SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook. Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah. Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei. Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu. Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan. Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi. Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP

Friday, May 7, 2010

Pemuda pakatan pembangkang buat laporan polis terhadap Azhar

alamak pembangkang buat laporan keatas pembangkang..?betulke laporan surat khabar ni..?masih tak bleh terima kenyataan ke..?

GEORGETOWN: sekretariat Pemuda pakatan pembangkang negeri hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim atas dakwaan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan. Koordinator program sekretariat itu, Syed Mikael Rizal Aidid, berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan polis membuka kertas siasatan terhadap Azhar

"Walaupun Azhar telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri, kami masih mahu polis menyiasat perkara itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis Beach Street di sini. Beliau berkata tindakan patut diambil terhadap Azhar kerana ia merupakan perkara serius yang boleh menganggu-gugat keharmonian antara kaum di negara ini. Turut mengiringi Syed Mikael untuk membuat laporan itu ialah anggota jawatankuasa eksekutif Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Faruk Abdul Rahman dan wakil rakyat DAP, Teh Yee Cheu dan Koid Teng Guan. Azhar, yang juga wakil rakyat kawasan Penaga, didakwa mengeluarkan perkataan berunsur hasutan semalam pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa sesi penggulungan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng. - bERNAMA

Tuesday, May 4, 2010

Bekas Menteri Industri Itali meletakkan jawatan dalam kabinet

agak2 kat Malaysia bleh tak buat camni..?kira bertanggungjawabla dengan apa yang dilakukan...walaupun dah bukan menteri lagi tetap bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan

Bekas Menteri Industri Itali meletakkan jawatan dalam kabinet

ROME 5 Mei - Bekas Menteri Industri Itali, Claudio Scajola, yang meletakkan jawatannya dalam kabinet semalam, berkata dia memerlukan masa untuk membela dirinya berhubung tuduhan bahawa seorang ahli perniagaan yang kini disiasat atas dakwaan melakukan rasuah menanggung pembelian sebuah pangsapuri mewahnya di bandar ini.
Scajola menafikan melakukan kesalahan tetapi mengatakan dia tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai Menteri ketika dia perlu berdepan dengan tuduhan berkenaan.
“Sebagai seorang Menteri, saya tidak boleh menginap dalam sebuah rumah yang dibayar orang lain.
“Ini adalah sebab utama yang memaksa saya meletakkan jawatan sebagai Menteri bagi meyakinkan bahawa saya tidak terbabit dalam tuduhan dan saya pasti, ia akan dibuktikan,” katanya pada satu sidang media.
Scajola menerima banyak panggilan ekoran peletakan jawatannya selepas laporan mengatakan, namanya disebut dalam siasatan secara meluas kerana dikatakan menjalankan urusan bersama seorang ahli perniagaan Rome.
Menurut laporan itu, pihak pendakwaan mengatakan Scajola membayar AS$793,000 (RM2.5 juta) bagi pembelian sebuah pangsapuri di Colosseum Rome dengan bantuan ahli perniagaan itu yang dikatakan membayar harga tambahan berjumlah AS$1.17 juta (RM3.8 juta) yang tidak diisytiharkan kepada penjualnya.
Ahli perniagaan itu juga kini dalam penyiasatan berhubung kontrak Persidangan Group of Eight yang dianjurkan di Itali tahun lalu. - AP