Thursday, August 26, 2010

Puasa bukan bulan pesta, adat tahunan

Puasa bukan bulan pesta, adat tahunan

BEBERAPA hari memasuki Ramadan, kelihatan suasana baru yang tidak dilihat pada bulan lain. Antaranya, jualan juadah Ramadan bermula jam 4 petang hingga menjelang waktu berbuka dan kemeriahan di masjid dan surau ketika solat sunat Tarawih. Apa pun, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa selaras al-Quran dan sunnah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai pesta dan adat tahunan. Antara ciri tingkah laku perlu dijauhi dan dihindarkan kerana ia menjatuhkan martabat puasa dan kemuliaan Ramadan ialah:
+ Menyempitkan skop puasa hanya menahan makan dan minum pada siang hari sedangkan mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Barang siapa tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya," (Riwayat Al-Bukhari).
+ Berpuasa pada siang hari saja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.
+ Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa hingga melakukan pembaziran. Allah berfirman: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara kepada syaitan," (al-Isra':27)
+ Berlebih makan ketika berbuka hingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadat pada malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah SAW ketika berbuka perlu dicontohi seperti maksud hadis: "Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, Baginda meminum beberapa teguk air," (Riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)
+ Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadat sunat seperti melakukan solat Tarawih dan solat malam.
+ Terdorong bersolat Tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat Tarawih pada setiap malam. Pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis ini daripada berleluasa seperti tahun terdahulu. + Mengabaikan ibadat malam bermula dengan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan lain.
+ Malas bekerja dan tidak produktif ketika berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana Nabi SAW dan sahabat ketika perang Badar dengan nisbah 300 melawan 1000.
+ Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaan pada surah Yasin saja. Baginda SAW sentiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali pada Ramadan dengan Jibril as.
+ Malas berdoa sedangkan doa orang berpuasa akan dimakbul Allah berdasarkan sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbuka, adalah waktu doa yang tidak ditolak," (Riwayat Ibn Majah).
+ Mengabai serta meninggalkan peluang beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.
+ Tidak bersedih dengan berakhirnya Ramadan, malah tidak bimbang jika tidak dapat bertemu Ramadan akan datang.
+ Memiliki kepercayaan karut mengenai kepulangan roh orang yang mati pada Ramadan, sedangkan kepercayaan itu bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mu'minun:99-100)
+ Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam tujuh likur. Akibat kepercayaan ini, Islam terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada malaikat yang turun membawa berkat.
+ Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan. Sabda Nabi SAW, bermaksud: "Beza di antara seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat (Hadis riwayat Muslim). Mengikut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima Allah.
+ Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya keterlaluan hingga melakukan maksiat. Ini adalah antara beberapa kesalahan atau keterlanjuran yang biasa dilakukan umat Islam ketika menjalani ibadat puasa yang boleh merendahkan martabat Ramadan. Oleh itu, kita perlu menghindarkannya demi menjamin pahala berganda pada bulan ini berdasarkan sabda Rasulullah, bermaksud: "Barang siapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa lalu," (Riwayat al-Bukhari)
ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ
Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Operasi menjelang Hari Raya: Polis Trafik Selangor keluarkan 108 saman

berhati2la ye di jalan raya...nak dekat musim perayaanni mesti ada ops sikap punya...jangan sampai dapat RM500 kena bayar saman plak ye...

Operasi menjelang Hari Raya: Polis Trafik Selangor keluarkan 108 saman

PETALING JAYA: Polis Trafik Selangor mengeluarkan 108 saman ke atas penunggang motosikal dalam satu operasi menjelang Hari Raya di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur di sini, hari ini. Pegawai Penguatkuasa Trafik Selangor, Asisten Superintendan Hambazi Abd Rahman, berkata sebanyak lima kesalahan dikesan dalam operasi tersebut yang dijalankan dari jam 9 pagi hingga 11 pagi tadi.
"Kesalahan yang dilakukan ialah tidak mempunyai cukai jalan, penunggang motosikal tiada lesen, motosikal tidak mempunyai cermin sisi, tiada lampu brek dan nombor plet yang tidak ikut peraturan," katanya selepas operasi itu.
Hambazi berkata, operasi itu diadakan bertujuan untuk membanteras jenayah dan mengesan kenderaan yang dilaporkan dicuri di sekitar daerah Petaling Jaya. "Sekarang ini samseng jalanan semakin berleluasa, dengan ini saya ingin mengingatkan ibu bapa agar memberikan perhatian sewajarnya selain sentiasa memantau pergerakan aktiviti anak-anak mereka," katanya. Operasi itu membabitkan 12 anggota trafik termasuk pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan kira-kira 800 penunggang motosikal diperiksa. - Bernama

Wednesday, August 25, 2010

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..
But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..
I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "
Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

http://www.youtube.com/watch?v=niqrrmev4mA - klip video Lady Gaga

DUIT RAYA RM500

alhamdulillah...walaupun RM500 aje kira cukupla...dapat juga dari langsung takde ye tak....harap2 hujung tahunni ada tambahan lagi...

DUIT RAYA

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal. Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan. Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu. Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

BANTUAN RINGAN BEBAN KEWANGAN
KUALA LUMPUR: Kakitangan awam dan pesara menyifatkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sempena Aidilfitri ini sebagai tanda prihatin kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat bagi membuat persiapan hari lebaran.Kakitangan kerajaan, Saifuddin Jaafar, 31, berkata pemberian bantuan kewangan itu amat berbaloi dan kena pada masanya ketika rakyat sedang berjimat cermat berikutan kenaikan harga beberapa barang keperluan ketika ini. Memang bagus...kami yang setiap hari bekerja mengharapkan supaya wang ihsan ini dapat mengurangkan beban kami menyambut hari lebaran dan sekali gus meringankan beban kewangan semasa.Gembira sangat, walaupun hanya RM500 diberikan. Namun, harapan kami supaya jumlah wang ihsan ini ditambah lagi pada masa akan datang, katanya di sini, semalam.G Gunasilan, 30, yang juga kakitangan kerajaan mengakui pemberian sebanyak RM500 itu melegakan ramai golongan terutama yang berpendapatan rendah, berikutan peningkatan kos untuk menyambut hari raya.Bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam membuat persiapan membeli barangan keperluan menyambut raya. Walaupun saya bukan beragama Islam, atas dasar 1Malaysia saya tetap prihatin dengan keperluanrakan yang lain, katanya.Pesara kerajaan, Aswad Tasman, 66, berkata pemberian wang ihsan itu sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan dan membolehkannya menyambut hari lebaran dengan selesa.Langkah ini untuk kebaikan semua dan dalam jangka panjang, yang mana pelbagai keperluan raya boleh dibeli dengan lebihan wang yang diberikan kerajaan ini, katanyaSuri rumah Rakizah Ahmad, 49, berkata pemberian bantuan kewangan itu sebagai tanda prihatin kerajaan melakukan pembaharuan dalam pelbagai segi untuk kesenangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.Dengan suami saya seorang kakitangan kerajaan, pemberian wang ini sudah tentu juga memberi manfaat kepada seorang suri rumah seperti saya, katanya

CUEPACS BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS BANTUAN KHAS KEWANGAN
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan."Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan.Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan."Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.
Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Tuesday, August 24, 2010

Hemah berbelanja elak dibelenggu hutang selepas Aidilfitri

Hemah berbelanja elak dibelenggu hutang selepas Aidilfitri

AIDILFITRI bakal tiba dan seperti biasa ia umpama penggera yang mendorong naluri sesiapa saja berbelanja di luar kebiasaan. Ia seakan senario yang melonjakkan rasa untuk tampil bergaya serba baru dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Bukan perkara luar biasa apabila berbicara mengenai perbelanjaan melebihi kemampuan setiap kali tiba Aidilfitri.
Hasil kajian Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapati purata perbelanjaan satu keluarga ketika membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri ialah RM3,200, jauh lebih tinggi berbanding hanya RM2,000 pada bulan lain.
Kebanyakan responden ditemui selepas musim perayaan tahun lalu, membelanjakan sehingga RM17,500 iaitu RM5,000 lebih tinggi daripada perbelanjaan bulan sebelumnya. Ia sekali gus memberi gambaran betapa rakusnya kita berbelanja ketika perayaan. Untuk apa semua wang itu dibelanjakan? Adakah kerana memang ia menjadi satu keperluan yang tidak boleh dielak dan kenapa ia menjadi sebegitu hanya ketika Aidilfitri? Jawapannya, pastilah kerana ia kehendak dan sikap manusia itu sendiri yang lumrahnya suka menunjuk-nunjuk. Melihat kepada graf perubahan kaedah berbelanja musim perayaan dan bulan lain, jelas menunjukkan perbezaan. Perbelanjaan dapur dan pakaian melonjak secara drastik menjelang Aidilfitri iaitu 30 hingga 75 peratus. Pembelian perabot turut melonjak 81 peratus. Pembelian hadiah pula melonjak 92 peratus. Bukan semuanya melonjak kerana graf sama juga menunjukkan penurunan membabitkan tiga perkara simpanan, perbelanjaan pendidikan dan insurans. Ia menunjukkan orang kita lebih mementingkan hari raya disambut meriah. Memang pelik di mana mereka mendapat wang tambahan untuk lebih berbelanja ketika raya. Hasil kajian itu menunjukkan 93 peratus responden menggunakan wang gaji dengan 55 peratus membelanjakan wang bonus. Tidak kurang 41 peratus lagi sanggup mengeluarkan wang simpanan. Malah ada yang menggunakan kad kredit dengan rakus iaitu 20 peratus mengaku menggunakan kad kredit bagi menampung perbelanjaan hari raya. Lima peratus pula meminjam dari koperasi selain menggadai barang berharga. Penyelaras program kajian itu, Prof Madya Dr Mumtazah Othman, berkata lebih 90 peratus responden membuat persiapan kewangan khas bagi perayaan yang selalunya mula disimpan sejak tiga bulan sebelum musim tiba. Dari aspek fizikal seperti mengecat rumah, menukar sofa dan sebagainya, persiapan selalunya dibuat lebih awal. Kita perlu melihat, tidak semua perbelanjaan ketika hari raya menjurus kepada pembelian barangan atau pakaian semata-mata. Paling ramai mengakui apa yang paling penting ketika perayaan ialah balik kampung, menziarahi sanak saudara, membeli kuih-muih dan menyediakan duit raya, katanya. Beliau melihat senario berbelanja melebihi had dan kemampuan sebagai yang sudah menjadi rutin masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun dan ia tidak pernah berubah meskipun dihimpit masalah ekonomi dan kenaikan harga barang. Justeru, melihat kepada data dikumpul jabatannya, beliau yakin coraknya tetap sama tahun ini. Jika diteliti semua data tadi, jelas sekali corak perbelanjaan orang kita ketika hari raya pastinya boleh membawa kesan negatif selepas perayaan. Sebagai contoh, jika perbelanjaan pendidikan dan simpanan diabaikan, sudah tentu akan ada keluarga berdepan masalah jika secara tiba-tiba dibebani satu kecemasan secara tiba-tiba. Namun, seperti biasa, biar nasihat demi nasihat diberi dan walaupun selalu orang berkata ukur baju di badan sendiri supaya tidak berbelanja melebihi hadnya, ia seakan mencurah air ke daun keladi.

Gubal kurikulum bakal pemandu guna kereta automatik dalam ujian

Gubal kurikulum bakal pemandu guna kereta automatik dalam ujian
LANGKAH penggubalan semula kurikulum memandu yang membenarkan penggunaan kereta automatik bagi ujian memandu kereta seperti yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara membangun adalah relevan dengan masa kini. Pada pandangan saya penggunaan kereta automatik di negara ini ibarat menukar pelita kepada lampu elektrik. Pengalaman saya memandu menggunakan kereta manual ketika kesesakan lalu lintas amat meletihkan dan saya akhirnya menukar kepada kereta automatik dan ia lebih mudah.
Selain itu, memandu menggunakan kereta automatik lebih mudah dan ini memberi kemudahan bagi wanita dan warga tua yang kurang mahir mengendalikan kereta manual. Saya juga turut bersimpati dengan nasib kawan saya yang terpaksa menghabiskan hampir beribu ringgit untuk mendapatkan lesen kerana tidak mahir dalam menggunakan kereta manual.
Keadaan itu menyebabkan kawan saya berputus asa dan terpaksa mengambil dan menghantar anak ke sekolah menggunakan kereta automatik tanpa lesen ketika suami bertugas di luar kawasan. Bukan kawan saya tiada inisiatif untuk mengambil lesen tetapi kelemahan menggunakan kereta manual menjadi penghalang. Kebanyakan wanita memang kurang mahir menggunakan kereta manual dan terpaksa menduduki ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) beberapa kali untuk lulus. Seperti saya yang mengambil ujian sebanyak tiga kali untuk lulus. Ini juga membebankan bagi yang kurang kemampuan berikutan yuran yang tinggi. Apa yang dapat dilihat sekarang kebanyakan yang lulus ujian memandu cenderung untuk menggunakan kereta automatik. Ini menunjukkan apa yang dipelajari ketika belajar memandu kereta manual seolah-olah hanya syarat untuk mendapatkan lesen sedangkan apabila lulus membawa kereta automatik. Langkah mengubah sistem kenderaan ini ternyata lebih berkesan kerana selain mampu mengurangkan keletihan pemandu ketika memandu, ia juga mampu menghalang pemandu memandu dengan agresif di jalan raya. Kemalangan jalan raya yang berlaku selalunya berpunca daripada sikap pemandu sendiri bukan kerana jenis kereta yang dibawa. Pasaran kereta masa kini banyak memperkenalkan model baru yang kebanyakan memperkenalkan kenderaan auto ke pasaran mereka. Seharusnya pihak pengangkutan khasnya JPJ menurut langkah pasaran itu. Oleh itu, saya berharap agar pihak kerajaan dan Kementerian Pengangkutan dapat meluluskan kokurikulum baru ini dengan cepat dan dapat membenarkan penggunaan kereta automatik dalam ujian memandu bagi memberi kemudahan bagi pihak yang kurang mahir menggunakan kereta manual terutama wanita dan warga tua yang ingin mendapatkan lesen memandu.
INTAN,
Selangor.

Caj insurans kereta tidak masuk akal

Caj insurans kereta tidak masuk akal

SAYA amat terkejut dan tidak berpuas hati apabila baru-baru ini syarikat insurans mengenakan caj nilai kereta paling rendah yang boleh dibeli ialah RM10,000, sedangkan kereta yang saya gunakan iaitu Proton Saga tahun 1999 yang nilainya tidak sampai RM4,000. Sudahlah kena bayar insurans tinggi, pemilik juga perlu membayar loading kerana usia kereta melebihi 15 tahun. Perkara yang sama juga berlaku kepada insurans motosikal. Tahun lalu, premiumnya RM69 kini terpaksa membayar RM196.
Apabila ditanya, wakil pos itu memberitahu kadar insurans sudah naik. Jika tahun lalu diperdebatkan masalah kenaikan insurans ini dan kerajaan kononnya akan melancarkan insurans khas kenderaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang kini memiliki kereta lama kerana tidak berkemampuan membeli kereta baru.
Kerajaan kini dilihat tidak dapat mengawal syarikat insurans yang sewenang-wenangnya menaikkan kadar insurans. Kos insurans terlalu membebankan. Kalau keadaan ini berterusan saya percaya banyak kenderaan lama dan motosikal tidak berinsurans dan bercukai jalan. Kerajaan ambillah tindakan. RAKYAT TERANIAYA,Kuala Kangsar, Perak.
function ebStdBanner2_DoFSCommand(command,args){try{command = command.replace(/FSCommand:/ig,"");if((command.toLowerCase()=="ebinteraction") (command.toLowerCase()=="ebclickthrough"))gEbStdBanners[2].handleInteraction();}catch(e){}}function ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}
try{ebStdBanner2_DoFSCommand(command,args);}catch(e){}

PM pelawa rakyat kemuka cadangan Bajet 2011

marilah kita bagi cadangan yang bernas untuk kerajaan...kakitangan awam yang selalu mengeluh takde bonus bolehlah minta terus kat PM...

PM pelawa rakyat kemuka cadangan Bajet 2011

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sekali lagi mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011, yang dijadual dibentangkannya di Parlimen, Oktober ini.Najib berkata, seperti tahun lalu, beliau berasakan penting berhubung dengan rakyat untuk mendapatkan pemikiran mereka secara langsung dalam lapangan masing-masing.
Dengan prinsip penyertaan dan keadilan sosial dalam fikiran, saya meminta rakan saya yang juga rakyat Malaysia memberi cadangan untuk Belanjawan Negara 2010 dan hasilnya pemikiran rakyat menjadi sebahagian penting dalam belanjawan negara.
Saya masih ingat pada masa itu menerima beratus-ratus cadangan yang padat untuk belanjawan kita, bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih sejahtera dan lebih progresif, katanya dalam entri terbaru blog www.1Malaysia.com.my. Atas input anda itu, saya sanjung tinggi dan sekali lagi mempelawa anda untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011 yang akan datang, katanya. Najib berkata, seluruh rakyat perlu mengemukakan idea kreatif mereka untuk Belanjawan 2011 kerana beliau menerima beberapa cadangan yang hebat dan maklum balas daripada masyarakat Malaysia yang lebih muda secara talian. Saya menyeru anda semua menggunakan peluang ini untuk membabitkan diri dan mengetengahkan saranan anda, kerana anda semua ialah generasi yang akan menggerakkan ekonomi negara untuk 20 tahun yang akan datang. Saya berharap akan bertemu pemikiran yang dapat memberikan saya inspirasi dan saranan yang membawa pembaharuan untuk manfaat semua rakyat Malaysia, katanya.Najib berkata, Kementerian Kewangan, semua kementerian dan agensi kerajaan sudah pun memulakan perbincangan mengenai Belanjawan Negara 2011. BERNAMA

PEMUDA BN GESA KERAJAAN SEGERAKAN PENETAPAN GAJI MINIMUM

berapakah gaji minimum yang dicadangkan...?adakah gaji minimum termasuk elaun atau tidak..?bagi intan ini akan menambahkan beban majikan...katakanlah telah dipersetujui gaji minimum untuk kerani RM1200 maka sudah pastilah kerajaanpun perlu naikkan gaji minimum untuk pembantu tadbir kerajaan...macammana pulak dengan orang yang berjawatan tinggi..?sudah pasti diorangpun kena dinaikkan gaji juga...

PEMUDA BN GESA KERAJAAN SEGERAKAN PENETAPAN GAJI MINIMUM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) pada hari Selasa menggesa kerajaan menyegerakan penetapan gaji minimum sebagai menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara itu tidak dimuktamadkan dengan segera, maka agak sukar untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi yang adil, saksama serta tiada jurang pendapatan yang begitu ketara."Kita mendapati melalui kajian kita pada waktu ini, 34 peratus daripada 1.3 juta pekerja di Malaysia mendapat pendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu pendapatan yang lebih rendah daripada garis kemiskinan (RM720 sebulan)."Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat oleh Bank Dunia pula, Malaysia telah mencatat kenaikan gaji purata 2.6 peratus setiap tahun dalam tempoh masa 10 tahun yang lepas, berbanding dengan purata dunia iaitu 3.2 peratus."Kalau kita lihat dari segi gaji minimum juga, umum tahu bahawa 90 peratus daripada negara di dunia ini telahpun memperkenalkan beberapa bentuk gaji minimum," katanya kepada pemberita selepas bertemu pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi membincangkan isu berkenaan di sini.Khairy berkata Pemuda BN dengan kerjasama MTUC dan Cuepacs, akan menganjurkan "Forum Gaji Minimum" dalam masa terdekat dan segala ketetapan serta resolusi yang dihasilkan akan diserahkan kepada kerajaan supaya isu tersebut dapat ditangani dengan kadar segera."Pada waktu ini, masih terdapat banyak kes yang mana soal gaji ini tidak mencerminkan gaji yang boleh menampung kos sara hidup biasa, maka kita percaya bahawa isu ini telah menjadi terlalu mendesak."Apabila gaji itu tidak meningkat mengikut peningkatan kos sara hidup ataupun inflasi, maka akhirnya rakyat Malaysia menjadi lebih miskin, bukannya lebih berpendapatan tinggi."Jadi, atas kesedaran itu, hari ini Pemuda BN mencadangkan kepada pihak MTUC dan Cuepacs agar kita menganjurkan satu forum gaji minimum yang kita harap akan dapat dihadiri Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya.Beliau juga berharap soal gaji minimum akan dapat diselesaikan sebelum dasar Model Baru Ekonomi diperkenalkan Oktober ini."Tiada gunanya mempunyai Model Baru Ekonomi bila satu aspek penting iaitu gaji minimum tidak ditangani, diperhalusi dan dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.Dasar gaji minimum dijangka dibentangkan di Kabinet pada akhir Oktober ini.-- BERNAMA

Monday, August 16, 2010

Pos Malaysia turun kadar setem kad raya kepada 50 sen

alamak...intan taktaupun kadar pos untuk kad raya dah naik dari tahun lepas...intan pos kad lekat setem 30sen aje...takkan dari tahun lepas dah naik..?tak sangka betul...

Pos Malaysia turun kadar setem kad raya kepada 50 sen
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Raya, Pos Malaysia tahun ini hanya mengenakan bayaran setem 50 sen bagi kad ucapan yang tidak melebihi 50 gram, berbanding harga biasa 70 sen berkuatkuasa 1 Ogos ini. Ketua Sokongan Operasi PosMel, Zaidi Hussain, berkata kadar istimewa itu bagi semua destinasi di negara ini dan ia lebih rendah berbanding 80 sen pada tahun lalu.
"Kadar itu berkuatkuasa sehingga 28 Februari tahun depan bagi meliputi perayaan utama di negara ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
Beliau berkata, kadar setem yang rendah ini diharap dapat menghidupkan semula amalan menghantar kad ucapan yang semakin berkurangan berikutan perkembangan teknologi masa kini yang menggalakkan penggunaan internet dan SMS. "Kadar yang 25 peratus lebih rendah berbanding harga biasa itu boleh digunakan untuk menghantar kad ucapan dalam pelbagai saiz tetapi beratnya tidak melebihi 50 gram," katanya. Zaidi, bagaimanapun, berkata harga setem untuk kad ucapan ke destinasi antarabangsa masih dikenakan berdasarkan caj biasa, sama ada mengikut penghantaran laut atau udara. Beliau berkata, Pos Malaysia menjangkakan jumlah kad raya tahun ini bertambah sebanyak tiga peratus iaitu daripada 6.84 juta tahun lalu kepada tujuh juta kad tahun ini. "Pada sambutan Hari Raya tahun lalu, jumlah terbesar yang menghantar kad ucapan ialah dari Lembah Klang iaitu sebanyak 56 peratus, diikuti Selangor (19 peratus), sementara negeri lain kurang dari 10 peratus," katanya. Zaidi berkata, walaupun terdapat persaingan dengan kemudahan teknologi baru, orang ramai tetap menghantar kad ucapan kerana ia lebih bersifat peribadi dan boleh disimpan sebagai kenangan. "Bagi memastikan penghantaran kad ucapan berjalan lancar, Pos Malaysia akan mengambil 50 pekerja sementara, dan penambahan akan dibuat jika jumlah penghantaran kad melebihi jangkaan," katanya. Beliau berkata, tarikh akhir menghantar kad ucapan Hari Raya Aidilfitri ialah 6 September. - BERNAMA

Rakyat diminta bijak berbelanja

oklah Dato' Seri...cuma diharap tahunni kakitangan kerajaan diberikan bonus sebelum raya...kasihanla terutama penjawat awam yang berpendapatan rendah...tahun lepas dapatpun sikit sangat...bukan nak belanja sakan sangat tapi nak sambut raya ni paham2 ajela macam2 nak dibeli paling takpun nak juga makan ketupat,kuah kacang dan rendang...

Beli barang ikut keperluan, elak tabiat boros sepanjang Ramadan: Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menasihatkan rakyat berbelanja dengan bijak sepanjang Ramadan ini dan tidak melampaui kemampuan.
Perdana Menteri berkata, dengan tidak boros berbelanja akan dapat mengelakkan daripada menyusahkan diri sendiri pada bulan yang lain.
Beliau yang meluangkan kira-kira setengah jam bagi melawat dan beramah mesra dengan pengunjung serta bertanya khabar kepada peniaga di Bazar Ramadan Presint 2 di sini, berkata orang ramai juga harus mengelak daripada membeli melebihi keperluan.“Yalah, apabila kita berbuka (puasa), semua (yang) kita pandang kita rasa hendak (beli). Jadi, itu mungkin menyebabkan kita beli lebih daripada keperluan. “Justeru, lebih baik kalau kita beli secara berhemah dan berpada-pada supaya apa juga pendapatan kita itu boleh menampung segala keperluan kita dalam bulan Ramadan dan pada bulan-bulan lain,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatannya kira-kira jam 6.40 petang, semalam.Beliau berkata, pada pengamatannya, sambutan Ramadan di Putrajaya nampak cukup hangat, terutama di kalangan penduduk setempat dan daripada perbualan dengan penjaja, beliau mendapati sebahagian adalah ahli keluarga kepada penghuni Putrajaya, manakala ada juga sebahagian dari luar kawasan itu. “Rata-rata mengatakan mereka mendapat pulangan yang lumayan. Saya anggap ini satu kaedah yang amat baik untuk memeriahkan lagi suasana Ramadan ini dan juga memberi kemudahan kepada masyarakat supaya mereka dapat berbuka puasa dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan pada kos agak rendah,” katanya.

-sumber Berita Harian Online-

Marilah Menyumbang


bersama kita membantu mereka yang memerlukan


Sunday, August 15, 2010

Kerajaan cadang kuat kuasa peraturan kerja separa masa 1 Oktober

intan rasa tak payahla ada undang2 ni pun...apa kata kerajaan naikkan aje gaji kakitangan awam...itu lebih baik...sebab apa kalau dibenarkan intan takut mutu kerja dan produktiviti kakitanganni akan berkurangan sebab lebih menumpukan kerja yang mendatangkan pendapatan yang lebih...nak berhenti kerja kerajaan sudah pasti tidak kerana keuntungan masa hadapan yang lebih baik...

Kerajaan cadang kuat kuasa peraturan kerja separa masa 1 Oktober

JASIN: Kerajaan bersetuju menggubal peraturan kerja separa masa khusus bagi membantu pekerja di sektor awam dan swasta yang berpendapatan rendah, bekerja selepas waktu kerja atau secara separuh masa. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kementeriannya bercadang untuk menguatkuasakan peraturan berkenaan mulai 1 Oktober ini.
"Penggubalan ini adalah bagi memastikan hak dan perlindungan pekerja separa masa terpelihara dari segi terma perburuhan secara lebih jelas dan komprehensif," katanya selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Alamanda dekat sini, pagi tadi.
Subramaniam berkata, penggubalan peraturan kerja separa itu dibuat mengikut Akta Kerja 1955.

-sumber berita harian online-

HATI-HATI DENGAN PELBAGAI PROMOSI PINJAMAN SEMPENA RAMADAN- PERSATUAN

pendapat intan kalau penjawat awam tahu mengawal perbelanjaan pastinya tiada masalah...

HATI-HATI DENGAN PELBAGAI PROMOSI PINJAMAN SEMPENA RAMADAN- PERSATUAN

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bagai 'menangguk di air keruh', koperasi dan syarikat pinjaman wang berlesen dilihat semakin galak mempromosikan pinjaman peribadi mereka bersempena bulan Ramadan dan juga jualan mega sekarang.Slogan seperti 'Jangan ketinggalan, promosi pinjaman peribadi kami - Ramadan Special' yang menawarkan kadar faedah rendah disebar menerusi pelbagai cara termasuk internet.Promosi serupa turut disertai sektor perbankan yang menggunakan sistem pesanan ringkas dan media massa untuk memberitahu pelanggan tentang pinjaman kecil mereka.Bagi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), isu itu bukan perkara baru sebaliknya telah ramai yang 'terpikat' dan akhirnya terperangkap dengan hutang setiap kali musim perayaan."Daripada apa yang kita perhatikan memang ramai penjawat awam terlibat dengan hutang, tambahan pula di musim perayaan. Bila ditolak segala hutang, wang gaji yang tinggal tidak sampai 40 peratus," kata Presidennya Omar Osman kepada Bernama.Beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai penjawat awam akan bertindak serupa tahun ini memandangkan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 10 Sept, iaitu hampir dua minggu sebelum gaji yang seterusnya."Kita bimbang apabila gaji bulan Ogos telah habis dibelanjakan untuk raya dan mereka tidak mampu menanggung perbelanjaan sepanjang September menyebabkan mereka berhutang, ambil wang pendahuluan dan sebagainya," katanya.Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pembayaran gaji bulan September lebih awal bagi mengelakkan masalah itu.Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata perbelanjaan pada bulan Ramadan seharusnya dibuat secara teliti dan berdisiplin."Ukur baju di badan sendiri. Adakan senarai keutamaan dan beli ikut keperluan. Dapatkan pandangan dari pihak kedua seperti pasangan dan keluarga agar tidak menyesal di kemudian hari," katanya.Beliau mencadangkan agar setiap pembayaran dibuat secara tunai agar aliran wang keluar dapat dilihat dan seterusnya menjadikan penjawat awam lebih berhati-hati ketika berbelanja.Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah pula berkata isu berhutang dapat dielakkan jika masyarakat dapat menghayati makna sebenar Ramadan iaitu mengingati nasib mereka yang tidak berkemampuan."Tawaran pinjaman memang banyak, tapi kalau keadaan tidak mendesak dan kita tidak perlu wang itu, jangan ambil."Hiasan dan perabot baru bukan benda penting. Jangan rasa rendah diri atau cemburu dengan jiran-jiran, fikir panjang sebelum buat keputusan dan jangan hidup berhutang," katanya.Katanya, orang ramai harus bertanya pada diri sendiri sama ada mahu kemewahan tetapi dibebani hutang, atau hidup selesa tanpa kerisauan apabila kemeriahan Aidilfitri berakhir.-- BERNAMA

Gelap dalam limpahan cahaya‏

“Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”“Apa istilah yang lebih tepat?”“Berzina!” jawab saya pendek.
Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.”“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka berzina.”“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.”
Dia diam. Tetapi riak mukanya jelas seakan tidak bersetuju.“Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat,” saya pula yang menerjahnya.“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka.”Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya,” balas saya.
“Ai, zina pun ada mukadimahnya?”“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa zina. Zina itu adalah hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu. Tingkat demi tingkat.”“Saya tak faham. Cakap awak berbelit-belit!”“Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.” jawab saya pendek.
“Kita jangan libatkan agama. Ini masalah sosial,” katanya terus-terang.“Saya dan awak orang Islam. Islam tu cara hidup. Dan Nabi Muhammad adalah teladan ikutan kita bersama.”“Baik-baik. Teruskan…”“Zina itu ada mukadimahnya. Antaranya, pandangan mata, lidah yang berkata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan.”“Ok. Apa maksud awak?”
Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual yang sering membentangkan kertas kerja tentang masalah sosial remaja di seminar-seminar di IPT.“Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Bila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Bila ada yang mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan…”“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.
“Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan. Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yang dilakukan oleh generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu.”“Itu dulu. Langit masih tertutup, sekarang langit sudah terbuka!”“Bukan masalah langit, terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat.”“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di sinilah, bukan di sana.”
Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala. Mujur saya cepat sedar dan hanya mengerling mata.“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita hidup di dunia.”“Fasal apa pula?”“Sebab orang yang yakin kepada hari Akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!”
“Kembali kepada topik asallah. Saya tidak suka meleret-leret,” pintasnya agak kasar.“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Bila dipandang, tergerak untuk disentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”Belum sempat dia menyampuk saya menambah lagi, “tetapi pergaulan bebas inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita.”“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!”
“Interaksi yang bagaimana? Komunikasi yang bagaimana? Dalam Islam cukup jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan, dalam perniagaan, dalam perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat, tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau interaksi sosial tetapi menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks bebas kerana adanya pandangan yang liar dan sentuhan yang di luar batas!”
“Bagaimana awak nak capai semua tu. Itu satu utopia.”“Bukan satu utopia kalau kita bermula. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah orang semacam awak, para pensyarah. Dalam media massa cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yang memainkan peranan.”:“Habis awak ingat semua pihak dah tak berperanan?”
“Saya bimbang… Dalam keadaan kita menjerit, melolong dan memekik tentang masalah buang bayi tetapi budaya ‘mukadimah’ zina anehnya terus diperagakan dan dipromosikan. Lihat sahaja media massa kita, kekadang di sebelah cerita buang bayi, ada gambar wanita mendedahkan aurat. Iklan apa sahaja produk, budaya bergaul bebas seperti menari bersama, dating dan bergaul bebas itulah yang diiklankan juga.”
“Awak kolot. Itu kan ada nilai komersial?”“Saya kasihan remaja masa kini. Mereka hidup di tengah peluang untuk melakukan zina yang begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan ke arah pernikahan halal dipersempit dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan dan signifikan.”
“Kita perlu realistik. Kita perlukan kekuatan ekonomi yang ampuh dan kukuh.”“Dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?”“Sejak tadi saya bercakap macam mana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak yang melencong bercakap tentang zina…”
“Tuan, masalah buang bayi ini produk kepada masalah zina. Anak yang dibuang itu hasil zina. Cegah zina, selesailah masalah buang bayi. Dan nak cegah zina perlu dicegah dulu mukadimah-mukadimah zina. Ini bukan pendapat saya. Tetapi ini ditegaskan oleh Allah dalam Al Quran apabila Allah memberi amaran dan peringatan, jangan kamu hampiri zina!”
“Awak dah mula emosi. Janganlah emosional.”“Tuan, jika saya salah kerana beremosi. Tuan juga salah kerana tidak beremosi. Sayang, cintakan umat, membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rasa benci!”“Islam menyuruh kita membenci?”“Benci kepada kemungkaran bukan kepada yang melakukannya! Pada yang melakukannya kita perlu berdakwah, memberi didikan, memberi alternatif, dengan penuh kasih sayang dan hikmah.”
“Kalau iman kita kuat, apa sahaja yang di luar tidak mempengaruhi dalaman kita. Kita ada sistem penapis dalam atau ‘self censord’. Kita tidak perlu sekatan mahu pun kawalan.”“Betul kah iman kita kuat? Betul kah iman remaja kita kuat? Dan satu lagi, betulkah orang yang mempunyai iman yang kuat tidak perlukan kawalan dan peraturan? Sekuat-kuat iman pun masih perlukan syariat. Bahkan mematuhi syariat itulah bukti orang beriman.”
“Apa awak cakap ni?”“Maksud saya, benarkah iman kita kuat? Mana program yang membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonisme yang berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya? Bahkan benihnya yang sedia ada pun boleh mati.”“Banyak sangat perlambangan!”
“Dan orang yang kuat iman sekalipun masih diwajibkan mematuhi syariat atau peraturan Islam. Rasulullah s.a.w, manusia yang paling kuat iman, namun semasa menerima bai’ah daripada kaum wanita baginda sendiri tidak bersalaman dengan mereka. Isteri-isteri Rasulullah kuat iman, tetapi mereka tetap menutup aurat dan sangat menjaga pergaulan mereka sekalipun dengan sahabat-sahabat Rasulullah yang juga kuat imannya.”
“Itu sejarah.”“Bukan. Itu bukan hanya sejarah. Sejarah itu adalah ibrah. Untuk dikaitkan dengan masa kini dan dijadikan teladan. Kita jangan gunakan akal semata-mata, tetapi gunakanlah akal dengan suluhan wahyu dan sunah.”“Awak sindir saya?”Tanpa memberi respons pada provokasinya saya meneruskan, “saya masih ingat dengan akal fikiranlah, dulu ada idea yang menyarankan kita agar tidak menutup pintu langit. Jangan sekat akses itu dalam Internet. Cukup dengan iman masing-masing untuk menapis pornografi. Tetapi sekarang ada idea yang menyarankan perlu disekat akses Internet yang berunsur pornografi. Masalah manusia moden bukan tak pandai… tetapi memandai-mandai.”
“Bagaimana pandangan awak tentang sekolah remaja hamil?” tiba-tiba dia pula yang mengalih tajuk perbualan.“Baguslah. Tetapi saya tidak berminat membuang sampah di hilir atau muara sungai sedangkan ada pihak yang terus membuang sampah di hulunya!”“Apa maksud awak?”“Betul, remaja hamil anak zina perlu dilindungi dan dididik. Tetapi remaja yang belum hamil dan belum dinodai lebih ramai lagi di luar sana. Ramai yang bakal menjadi mangsa jika sikap dan budaya ‘mukadimah’ zina terus disuburkan. Apa gunanya kalau kita hanya mengubat akibat, jika puncanya terus dibiarkan malah diperagakan? ”
“Jadi awak setuju atau tidak?”“Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal awak. Awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan ‘sazdus zaraik’. Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen mengerjakan solat perlu diperhebat! Ini kempen ‘buka hati’ untuk hadapi langit terbuka!”“Ei, ada kempen solat juga?”
“Ya Allah, bukankah solat mampu mencegah kemungkaran? Cuba lihat statistik berapa ramai remaja yang meninggalkan solat? Ada kajian dulu yang saya dengar sudah di tahap 80% umat Islam sudah tidak solat. Remaja kita bagaimana? ‘Retua’ yang mendidik remaja pula bagaimana?”“Wah, awak nak cakap tentang solat pula…”
Saya diam. Berdoa. Betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami, menghayati dan mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain. Ada kesan berangkai yang jika diamalkan, ada kesan baik kepada bidang yang lain. Dan ada kesan buruk secara berangkai bila salah satu ajarannya ditinggalkan. Justeru, Allah telah memberi peringatan: Masuklah Islam secara keseluruhan!
Soalnya, apakah kita sudah Islam seluruh, sepenuh? Langit sejak dulu telah terbuka dengan turunnya wahyu, bukankah Islam itu agama samawi? Tetapi hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langit terbuka, jika mata hati tertutup?
Hasilnya, hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan yang Mulia

rasanya belum terlewat intan letak ucapanni...diharapkan kita dikurniakan kekuatan untuk menambah pahala di bulan yang penuh dengan keberkatan ini...

40,000 pekerja bank dapat durian runtuh

dapat durian runtuh ye pekerja bank...alhamdulillah...tahniah intan ucapkan kepada persatuan sekerja bank (NUBE) dan juga kakitangan bank semua...kira ni dapat duit rayala ye...angpow...hahaha...semoga dapat menambah produktiviti dalam perkhidmatan...cuepacs bila agaknya nak umumkan berita gembira untuk kakitangan awam pulak ye...?moga2 ada berita gembira terutama untuk kakitangan sokongan...

40,000 pekerja bank dapat durian runtuh

KUALA LUMPUR: Lebih 40,000 pekerja bank akan menerima durian runtuh antara RM3,700 dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian bersama (CA) di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA). Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, berkata sebahagian daripada tunggakan akan dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya dalam tempoh 60 hari bermula semalam, iaitu tarikh perjanjian ditandatangani.
Beliau menyifatkan CA yang berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu hingga 31 Disember 2011 sebagai yang terbaik dalam sejarah NUBE kerana ia membuka ruang baru selain menawarkan faedah baru kepada pekerja.
Antara faedah itu ialah cuti bersalin 90 hari berkuat kuasa semalam, elaun sara hidup, peningkatan umur bersara daripada 55 kepada 57 tahun, dan faedah perubatan sehingga RM25,000 setahun dilanjutkan selama tiga tahun selepas bersara. Faedah lain ialah kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak sembilan peratus, kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus. Solomon juga memuji persatuan kerana berjaya mencapai persetujuan dalam masa kurang setahun. Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengalu-alukan CA baru sektor bank dan menggesa agar majikan sektor lain mengambil langkah serupa. Kami khususnya menggesa sektor perkilangan dan perladangan agar menyediakan suasana bekerja yang lebih baik dan faedah bagi pekerja mereka, kata Naib Presidennya, A Balasubramaniam Said. BERNAMA

Friday, August 6, 2010

Cuepacs minta JPA semak kaedah peperiksaan PTK

isu PTK...intan sokong kalau PTK ni dimansuhkan...bukan apa kesian pada penjawat awam kumpulan sokongan...berkhidmat puluhan tahun dapatla markah LNPT berapa banyakpun kalau tak lulus PTK jangan harapla nak naik pangkat...patutnya PTK ni tak payah buat langsung...

Cuepacs minta JPA semak kaedah peperiksaan PTK

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang mengemukakan memorandum kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyemak semula peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi memastikan ia relevan dengan hasrat kerajaan. Presidennya, Omar Osman, berkata berdasarkan maklum balas yang diterimanya, matlamat PTK tidak tercapai sepenuhnya selain boleh mengekang aspirasi kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
"Daripada apa yang kita dapat, ramai penjawat awam tidak berpuas hati dengan PTK kerana ada yang cemerlang melaksanakan tugas hakiki tetapi tidak diiktiraf prestasi mereka kerana gagal melepasi syarat PTK.
"Dalam pada itu, ada pula yang tidak seberapa (prestasi) tapi disebabkan lulus PTK, dinaikkan pangkat. Ini menyebabkan yang lain patah semangat khususnya mereka yang tidak lulus," katanya kepada Bernama. Diperkenalkan pada November 2002, peperiksaan PTK bertujuan menghapuskan budaya mengampu ketua jabatan dan memastikan hanya yang layak menerima pengiktirafan. Selain itu, katanya, pelaksanaan PTK juga tidak selaras kerana bukan semua jabatan kerajaan menjalankan peperiksaan sebaliknya menghantar penjawat berkursus dan melakukan pembentangan yang disifatkan lebih sesuai dengan taraf profesionalisme yang diinginkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Kalau difikirkan, bila masa mereka mahu mengulang kaji sedangkan pada masa yang sama mereka juga perlu melaksanakan tugas hakiki selain menguruskan hal peribadi. Malah saya difahamkan ada yang mengabaikan tugas untuk mengulang kaji semasa waktu kerja semata-mata untuk lulus PTK," katanya. Omar berkata budaya mengampu ketua jabatan boleh diatasi jika urusan anjakan gaji dan kenaikan pangkat dikendalikan oleh satu jawatankuasa yang tidak berkepentingan. "Jabatan boleh melantik dua atau tiga orang yang tidak berkepentingan untuk menilai prestasi warganya, iaitu ketua jabatan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk kenaikan pangkat," katanya. Omar juga tidak menolak pandangan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan PTK turut melibatkan pembaziran masa dan kos kerana mereka yang berkenaan harus mengikuti kursus sebelum menduduki peperiksaan, selain kos untuk mengendalikan PTK itu sendiri. Pandangan Omar dikongsi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan yang bersetuju dengan pendapat bahawa mereka yang berkhidmat di sektor awam dibebani dengan peperiksaan. Beliau berkata sewajarnya kerajaan mempermudahkan kenaikan gaji dan gred penjawatnya terutama yang telah berkhidmat puluhan tahun dan hampir bersara namun masih di takuk lama sekalipun terbukti mereka cemerlang ketika bertugas. Hashim berkata walaupun PTK digubal untuk tujuan yang baik iaitu mengelakkan unsur pilih kasih dan memastikan hanya yang layak diiktiraf, pelaksanaanya menyebabkan ada yang tertindas. "Tidak semua antara kita pintar semasa di sekolah tetapi lain pula keadaannya ketika telah bekerja. Justeru konsep peperiksaan dalam PTK ini sudah tidak sesuai digunakan bagi menentukan prestasi seseorang penjawat awam," katanya. Seperti dalam sektor am, beliau berkata ada anggota yang gagal menginjak pangkat kerana gagal melepasi peperiksaan sekalipun prestasinya sebagai penguatkuasa undang-undang cemerlang. - BERNAMA
--sumber dari berita harian www.bharian.com.my