Sunday, September 19, 2010

Syor bersara 60 tahun hanya untuk profesional

maafla ye...intanpun tak sokong kerajaan naikkan had umur persaraan ke 60...bukan apa masih rama lagi graduan kita yang tak dapat kerja...jadi apa salahnya yang dah sampai hadtu dibersarakan aje...bagi kakitangan yang dah ada naik pangkat dan ambil kakitangan baru untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kakitangan yang naik pangkat...sudah pasti ini lebih membantu...

Syor bersara 60 tahun hanya untuk profesional

TIDAK wajar dan tidak bijak bagi CUEPACS menuntut supaya kakitangan kerajaan dilanjutkan berkhidmat hingga umur 60 tahun sebelum bersara wajib. Biar kita menjadi sebuah negara maju dulu sekurang-kurangnya pada 2020 dan lagi pun masalah graduan dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ramai yang menganggur dan ini perlu diatasi segera kerana ia mungkin akan membabitkan masalah sosial yang serius jika tidak ditangani dengan bijak. Ketika umur persaraan wajib kakitangan kerajaan dilanjut daripada 56 tahun kepada 58 tahun beberapa tahun dulu, kita dapat lihat kesannya di mana bertambahnya pengangguran dengan mendadak. Lagi pun kalau diamati pekerja yang sudah lanjut umur prestasinya menurun dan kemampuan serta kecekapannya tidak setanding pekerja muda dan berkebolehan menggunakan komputer serta peralatan canggih lain. Rasa malas dan dan jemu mula terasa bagi kakitangan awam dalam lingkungan umur lewat 50-an dan ada antara mereka ini langsung buta komputer. Eloklah kerajaan berjimat cermat mengambil pekerja baru dan bertenaga serta mempunyai kecekapan luar biasa dengan gaji jauh lebih rendah daripada membayar empat kali ganda jika pekerja berumur 60 tahun masih lagi bekerja. Jika ingin pun untuk melanjutkan persaraan kakitangan awam, biarlah mereka yang bertaraf profesional seperti dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan atau bidang kritikal tertentu kerana kepakaran mereka itu yang kita mahukan. Diharap CUEPACS tumpukan tuntutan lain yang mampu memberi manfaat seperti tuntutan gaji lebih setimpal dengan keperluan hidup terutama sekali di mana harga barangan keperluan asas untuk keluarga semakin meningkat.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL,Ampangan, Seremban.

Friday, September 17, 2010

'Hantar maklumat ke laman Facebook saya jika takut buat laporan": Khalid

'Hantar maklumat ke laman Facebook saya jika takut buat laporan": Khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyelewengan anggota polis di negeri itu tetapi tidak berani membuat laporan supaya menyalurkan maklumat berkenaan ke laman Facebook beliau. Khalid berkata orang ramai mungkin takut diancam atau diugut jika laporan yang dibuat diketahui oleh anggota yang menyeleweng tetapi ini tidak akan berlaku jika ia disalurkan terus kepada beliau.
"Orang ramai tidak perlu takut melaporkan sebarang penyelewengan anggota polis kepada pihak berkuasa...kalau tak berani, terus berhubung dengan saya.
"Bagaimana sesuatu penyelewengan itu hendak disiasat jika tiada sebarang laporan yang dibuat dan jika benar ada penyelewengan berlaku kenapa takut untuk membuat laporan?," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Khalid diminta mengulas dakwaan terdapat anggota polis telah "dibeli" (dirasuah) oleh suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bagi menutup kegiatan jahatnya. Semalam, Khalid meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kegiatan itu supaya melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman, atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mengulas lanjut beliau tidak menafikan terdapat anggota polis yang bergaji kecil tetapi hidup mewah dan berkata unit tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau perkara berkenaan. "Unit tatatertib sendiri yang ditugaskan untuk menyiasat jika seseorang pegawai itu hidup mewah dibandingkan dengan gaji mereka. "Kita tidak akan melindungi mana-mana anggota mahupun pegawai yang menyeleweng," katanya. - BERNAMA

Wednesday, September 8, 2010

EKUINAS tambah kepentingan dalam Tanjung Offshore

EKUINAS tambah kepentingan dalam Tanjung Offshore

KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS), syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan, mengambil alih tambahan 13.5 juta saham biasa dalam Tanjung Offshore Bhd daripada pasaran melalui syarikat modal dananya, E-Cap (Internal) One Sdn Bhd. Pada 29 Julai, EKUINAS menyelesaikan langganan dan pengambilalihan 56.5 juta saham biasa dalam Tanjung Offshore.
Dalam satu kenyataan hari ini, EKUINAS berkata, ditambah dengan pengambilalihan baru-baru ini, syarikat itu kini memegang 70 juta saham biasa dalam Tanjung Offshore, dengan pelaburan keseluruhan kira-kira RM99.8 juta.
Pegangan itu adalah 24 peratus daripada terbitan keseluruhan dan berbayar modal saham syarikat itu. Tanjung Offshore adalah sebuah syarikat minyak dan gas Bumiputera tempatan yang tersenarai pada Pasaran Utama Bursa Malaysia. Syarikat itu adalah satu syarikat pegangan pelaburan manakala anak syarikat dan syarikat sekutunya terbabit dalam penyediaan perkhidmatan bersepadu bagi industri minyak dan gas dan yang berkaitan di Malaysia. - Bernama

Selamat Hari Yara


selamat hari raya intan ucapkan untuk semua..maafkan semua kesalahan intan ye...berjumpa lagi lepas raya insyaAllah...kepada yang memandu berhati2 di jalan raya...pandu dengan cermat ingat insan tersayang...intan mula bercuti esok...

Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang Atau Didenda

sama2lah kita patuhi arahan...patuhi undang2 jalanraya...semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju...

Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang Atau Didenda

Penumpang belakang dalam perjalanan balik ke kampung bersempena Hari Raya ini perlu pastikan yang mereka menggunakan tali pinggang keledar kerana jika tidak mereka boleh didenda RM300.
Peraturan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang di belakang masih berkuatkuasa dan pihak penguat kuasa sedang meningkatkan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang gagal mematuhi peraturan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
Walaupun peraturan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang tempat duduk belakang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009, adalah jelas ramai pengguna jalan raya masih ragu akan peraturan ini."Saya berada di Seremban bagi satu kempen keselamatan jalan raya, dan bingung apabila mendapati ramai pengguna jalan raya yang saya temui masih ragu yang peraturan ini berkuatkuasa. Baik, jika ada pihak yang keliru, biar saya jelaskan yang undang-undang ini masih berkuatkuasa,” kata beliau.

Guna istilah bahasa betul

teguran ini membuatkan kita sedar penggunaan perkataan yang betul...diharap tahun ini perkara sama tidak berulang lagi...

Guna istilah bahasa betul

BAJET atau Belanjawan? Satu tajuk berita dalam Berita Harian baru-baru ini ‘PM pelawa rakyat kemuka cadangan Bajet 2011’. Namun, kata-kata Perdana Menteri yang dipetik oleh pemberitanya tidak menggunakan perkataan bajet tetapi belanjawan.
‘Atas input anda itu, saya sanjung tinggi dan sekali lagi mempelawa anda untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011 yang akan datang’.
Mengikut edisi keempat Kamus Dewan, perkataan ‘bajet’ yang ada dalam kamus itu mempunyai tanda ‘p’ yang bermaksud itu bahasa pasar dan tidak sesuai digunakan untuk acara atau urusan rasmi. Begitu juga penggunaan istilah ‘Konsultansi Bajet’ yang pernah saya tegur supaya ia digantikan dengan istilah yang betul iaitu ‘Rundingan Belanjawan’, tetapi ia tidak pun dipedulikan. Diharap, pada tahun ini pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Kewangan mengambil berat perkara ini dengan menggunakan istilah bahasa kita yang betul dan tidak sekadar mengambil dari bahasa Inggeris sedangkan perkataan Belanjawan sudah lebih 50 tahun digunakan sebagai istilah yang rasmi dan betul. Bahasa Jiwa Bangsa.
PROF DATUK WAN HASHIM WAN TEH, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sungai Besi.

Khutbah Aidilfitri hanya 15 minit

alhamdulillah..kat Malaysia kita semua mampu untuk duduk mendengar khutbah walaupun sampai sejam lebih...kita wajib bersyukur dengan keadaan cuaca di Malaysia ni...

Khutbah Aidilfitri hanya 15 minit

MANAMA: Pihak berkuasa di Qatar memberi peringatan supaya solat dan khutbah Aidilfitri di negara itu disampaikan tidak melebihi 15 minit bagi mengelak jemaah di kawasan terbuka terdedah kepada cuaca panas melampau. Kementerian Hal Ehwal Islam dan Awqaf berkata imam dinasihatkan menyampaikan dua khutbah pendek selepas solat sunat Aidilfitri dan cuba mengelak masa berlanjutan yang biasanya membabitkan sehingga 30 minit.
Seorang pegawai kanan jawatankuasa masjid berkata, keputusan terbabit dibuat bagi mengambil kira kepentingan jemaah yang akan berhimpun dalam kumpulan besar untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, lapor akhbar harian Qatar, The Peninsula semalam.
Jawatankuasa masjid kementerian terbabit sudah menghantar mesej kepada semua imam bagi memaklumkan keputusan terbabit. Arahan terbabit bertujuan membantu jemaah bagi mengelak keadaan cuaca melampau dalam sejarah Qatar, sehingga buruh yang bekerja di kawasan terbuka sejak sekian lama terdedah dengan suhu melampau sepanjang musim panas sebelum satu peraturan ketat dikeluarkan pihak berkuasa yang melarang syarikat daripada memaksa golongan terbabit bekerja pada waktu tengah hari. Keadaan suhu dan kelembapan tinggi berkenaan bermula sejak Jun dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September. Beberapa ulama Islam terkemuka di negara itu diarahkan mengetuai solat sunat Aidilfitri pada hari raya pertama menandakan berakhirnya Ramadan. Acara solat sunat berkenaan akan bermula pada 5.30 pagi kira-kira satu jam setengah selepas waktu subuh. – Agensi

9 ditahan di Kangar sambut Aidilfitri hari ini

alamak...ni dah kira kemaruk nak raya hahaha

9 ditahan di Kangar sambut Aidilfitri hari ini

KANGAR: Sembilan anggota Jamiah Al-Zikri Awwalun, termasuk lima sekeluarga, ditahan selepas dikesan menyambut Aidilfitri awal di sebuah surau yang menjadi markas pergerakan kumpulan itu di Seriab, di sini, hari ini.Kumpulan berkenaan yang membawa fahaman berasal dari Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri yang disertai khutbah disampaikan ketua mereka yang berusia 51 tahun.

Sunday, September 5, 2010

Penjawat awam harap tuntutan pemberian bonus dipenuhi kerajaan

Penjawat awam harap tuntutan pemberian bonus dipenuhi kerajaan

SEPERTI biasa tuntutan bonus untuk kakitangan awam sudah mula kedengaran terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan pada pertengahan bulan September nanti. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman baru-baru ini dilaporkan memohon kepada Perdana Menteri agar kakitangan awam diberikan bonus awal ataupun bonus raya antara RM1,000 hingga RM1,500 sempena Hari Raya kelak.
Perkara ini dilihat sudah menjadi agenda tetap CUEPACS setiap tahun di mana mereka yang akan mengepalai tuntutan bonus dari pihak kerajaan atas dasar menjaga kebajikan penjawat awam.
Fenomena meminta bonus ini bukan saja sudah menjadi agenda tetap di pihak CUEPACS tetapi juga menjadi harapan tetap setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan. Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, penulis melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang keperluan terutama menjelang musim perayaan serta kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya. Pada masa yang sama, pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara pula secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan dan statistik yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global dan diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan. Malah baru-baru ini Bank Negara sudah pun mengumumkan bahawa ekonomi negara berkembang pada kadar 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang boleh ditafsirkan sebagai satu pencapaian yang cukup memberangsangkan. Dalam hal ini kita percaya pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat kerana pengumuman ini amat melegakan kita semua. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah dan inisiatif yang sudah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk terus merangsang dan memacu kembali ekonomi negara bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi seperti yang diidam-idamkan. Justeru, selepas mengambil kira tahap kelemahan yang ketara dalam kuasa beli pengguna dewasa ini serta pengumuman kadar pertumbuhan KDNK yang cukup meyakinkan itu, adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan pemberian bonus yang diharapkan ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah. Apapun kita berharap agar pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran sebelum membuat keputusan tentang tuntutan bonus raya pada tahun ini. Bagi penjawat awam pemberian bonus adalah suatu yang amat wajar dan sangat diperlukan terutama untuk perbelanjaan Hari Raya yang bakal disambut, namun bagaimana pula dengan kewajaran di pihak kerajaan?

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Serdang, Selangor.

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.

marilah sama-sama kita ingat-mengingati...

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin petanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .
Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, kesayangan kita maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.
Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)
6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .
Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)