Sunday, October 24, 2010

Pinjaman 100% beli rumah RM300,000?

cadanganni patut disegerakan pelaksanaanya...bukan apa untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah...

Pinjaman 100% beli rumah RM300,000?

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kerajaan sedia meneliti cadangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) agar Skim Perumahan Pertamaku turut memberikan kelonggaran pinjaman 100 peratus kepada pembeli rumah berharga antara RM300,000 dan RM350,000.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung berkata, cadangan tersebut adalah sesuatu yang munasabah kerana kini lebih 60 peratus penduduk tinggal di bandar dan harga rumah di kawasan itu adalah dalam lingkungan RM300,000 dan ke atas.
"Lagi pun, pendapatan isi keluarga adalah dalam lingkungan RM3,000 sebulan. Maka, saya berpendapat cadangan REHDA itu tepat pada masanya dan saya akan mengutarakan isu itu pada mesyuarat Kabinet secepat mungkin.
"Selain itu, cadangan ini juga sudah pasti dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah idaman di kawasan bandar," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Perumahan Malaysia (Mapex) 2010, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden REHDA, Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Pengerusi Mapex, Datuk Ng Seing Liong.
Pada minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membahaskan Bajet 2011 mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Skim Perumahan Pertamaku bagi membantu golongan berpendapatan rendah iaitu golongan yang mendapat gaji kurang RM3,000 sebulan.
Skim itu juga membantu golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah yang berharga RM220,000 dengan pinjaman bank 100 peratus dan tidak perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, October 13, 2010

Kenaikan Gaji : Cabaran kepada Sektor Awam

esok....hari yang ditunggu2 oleh semua rakyat Malaysia terutama kakitangan awam...harapan besar pasti disandarkan supaya berita gembira dapat diberikan...namun begitu yakinlah cabaran utama bukan setakat pemberian bonus atau kenaikan gaji tapi lebih lagi...pengekalan kestabilan untuk semua adalah keutamaan kerajaan ketika ini ketika negara menuju untuk menghadapi keadaan ekonomi yang kian mencabar...

Kenaikan Gaji : Cabaran kepada Sektor Awam

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam jika mereka berjaya meningkatkan produktiviti adalah cabaran kepada sektor awam.Presidennya Cuepacs, Omar Osman berkata, jika semua kakitangan awam di negara ini sanggup meningkatkan produktiviti, tidak mustahil mereka akan merasai ganjaran baru daripada kerajaan."Integriti dan disiplin sebagai penjawat awan adalah kunci untuk merasai kenaikan itu dan ia sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan baru-baru ini," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan tetapi dengan syarat semua penjawat awam mesti meningkatkan produktiviti kerja mereka dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.Perdana Menteri berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.Kata Omar, kesungguhan sektor awam dalam meningkatkan produktiviti kerja bukan sahaja memberi pulangan kepada mereka malah menaikkan taraf ekonomi dan pendapatan negara."Kenaikan perlu setanding dengan negara luar tetapi sebelum itu pendapatan negara mestilah melebihi daripada apa yang ada sekarang untuk meningkatkan gaji penjawat."Jika taraf ekonomi kita baik dan menjana pendapatan yang banyak ia akan memberi faedah kepada semua penjawat awam. Namun sebaliknya jika ekonomi negara tidak kukuh, bagaimana kerajaan ingin menaikkan gaji mereka," ujarnya.Ujarnya, jika kerajaan bersungguh-sungguh untuk menaikkan gaji kira-kira 1.2 juta penjawat awam, perhatian terhadap isu seperti mengenai rasuah, jenayah kolar putih, pecah amanah dalam sektor awam harus dibanteras."Teori kenaikan gaji itu sudah cantik, tetapi persoalannya di sini adalah mengenai mekanisme untuk melaksanakan perkara itu supaya semua penjawat awam lebih produktif dalam melakukan kerja.Sementara itu, Omar turut menyarankan agara kakitangan awam diberi pemahaman tentang Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana tidak ramai yang memahami mengenai perkara tersebut."Taklimat yang lebih jelas tentang GST perlu kepada semua kakitangan awam kerana tidak ramai yang memahami mengenai perkara itu," katanya.Dalam pada itu, beliau meberitahu pihaknya sedang berusaha giat untuk memastikan semua penjawat awam memahami mengenai perkara itu demi kepentingan mereka.