Friday, July 15, 2011

Tanah Perkuburan

Tanah perkuburan adalah salah satu contoh menurut Michel Foucault seorang ahli falsafah Perancis. Apa kebendanya heterotopia ini.? Entahlah...Intan tak paham...Tetapi analoginya lebih kurang begini. Anda pasti tahu utopia kan.?Bukan majalah utopia tu...Ianya sebuah tempat dengan keadaan sosial yang sempurna, masyarakat sempurna, sistem pentadbiran yang sempurna. Lebih kurang begitulah...
Okey, jika kamu perhatikan rumah sakit jiwa, hanya orang gila sahaja yang dikumpulkan di dalam ruang heterotopia ini. Ini kerana masyarakat normal seperti kita semua, merasakan orang gila ini sebagai lain,asing atau aneh lantas dimasukkan ke satu kawasan yang mengasingkan mereka dari masyarakat awam. Begitu juga dengan ruang berbulan madu. Sekarang kamu fikirkan, kenapa berbulan madu kebiasaannya dilakukan di satu kawasan asing yang menjauhi domain kebiasaan pasangan tersebut..? Ada yang mengatakan bahawa proses pemacahan dara oleh si lelaki ini sebagai perkara suci, maka dengan itu harus dilakukan di suatu tempat yang terasing.
Taman bunga merupakan satu contoh heterotopia yang paling awal ditemui. Jika anda pernah menonton filem Marie Antoinette yang ditulis dan diarahkan Sofia Coppola, anak perempuan Francis Ford Coppola, pasti anda perasan satu situasi di mana ratu terakhir Perancis ini menghabiskan masa terluangnya dengan mencantikkan kawasan istana dengan bunga-bunga yang didapati dari seluruh dunia. Himpunan spesis-spesis bunga yang datang dari pelbagai tempat, akhirnya membentuk satu ruang segar yang terpinggir dari dunia luar. Jika diperhatikan, awalnya si Marie ini hanya terperap di dalam istana dan mematuhi adat dan peraturannya yang sebu seperti di dalam neraka. Sehinggalah suaminya menghadiahkan Marie sebuah tempat bertenang bernama Petit Trianon dengan taman bunga di sekelilingnya. Ini membolehkan Marie yang berusia 19 tahun itu, merasakan seperti berada di syurga tetapi masih berpijak di bumi nyata.
Seperti taman bunga, muzium dan perpustakaan juga adalah contoh tempat heterotopia. Sebagai contoh, sekiranya anda ke muzium dan berada di ruang zaman Kesultanan Melayu Melaka, anda akan terasa seperti berada di dalam ruang masa kurun ke 15. Ini secara tidak langsungnya mengasingkan waktu yang wujud di dalam muzium itu dengan waktu sebenar di luar.
Jadi apa kaitannya heterotopia ini dengan tanah perkuburan seperti muzium, taman bunga, rumah sakit jiwa,ruang berbulan madu dan perpustakaan...?
Beginilah, jika anda perasan, zaman dahulu, tanah perkuburan akan berada di belakang rumah. Tetapi lama kelamaan, konsep ini tidak lagi disenangi. Lantas tanah berkuburan dipindahkan berdekatan tempat ibadat. Namun begitu tidak lama selepas itu tanah perkuburan dipindahkan lagi kerana tidak disenangi dan tidak selesa didekati oleh mereka yang masih hidup. Boleh dikatakan mereka yang mati ini dianggap berpenyakit atau tidak normal, maka harus dijauhi dari yang masih hidup dan normal. Selain konsep heterotopia, batu nisan juga mempunyai cerita yang menarik. Jika anda fikirkan, kenapa apabila seseorang meninggal dunia, batu nisan digunakan untuk menandakan kubur mereka..? Jika betul kehidupan selepas mati wujud, kenapa masih perlu ada tanda keberadaan mereka didunia ini..? Ini seolah menyatakan ketidakyakinan si mati tersebut kehidupan dunia selepas mati itu wujud. Entahlah, seperti tulisan di batu nisan Jalaluddin Rumi, "Ketika kita mati, jangan cari pusara kita di bumi, tetapi carilah di hati manusia."