Monday, January 24, 2011

Sastera.com: Tragedi novel hebat dunia


Sastera.com: Tragedi novel hebat dunia


Apakah Interlok tahan diuji seperti karya besar luar?

LAMAN web Starlingford Chronicles: A Blog of Literature, Sarcasm, Humour and Tiny People on Trains di alamat starlingford.wordpress.com menyenaraikan 12 novel sasterawan besar dunia yang menerima desakan agar karya mereka diharamkan.
Tujuh daripada sasterawan besar dunia yang dimasukkan dalam senarai terbabit ialah Harper Lee, George Steinbeck, Ernest Hemingway, William Golding, Joseph Heller, JRR Tolkien dan George Orwell.
Meskipun penulis blog itu, Gavin Browne, mengakui kepentingan untuk melindungi kanak-kanak daripada bahan bacaan berbahaya, beliau menolak sebarang cubaan menyembunyikan bahan yang sebenarnya tidak kontroversi daripada dunia pembacaan generasi muda. “Pandangan itu turut diakui oleh Persatuan Perpustakaan Amerika yang mewujudkan panel pemantau terhadap semua cubaan untuk menapis bahan bacaan di semua perpustakaan di seluruh Amerika Syarikat (AS) dengan memaparkan senarai penuh mengenainya di laman web mereka.
“Antaranya ialah To Kill A Mockingbird karya Lee yang dilabelkan sebagai ‘karya kotor dan sampah’ di New York School Disctrict pada 1980; ‘melakukan kerosakan psikologi terhadap proses integrasi positif dan mewakili perkauman yang diinstitusikan dengan ‘menyamar’ sebagai sastera yang baik’ (Indiana Township School, 1981) serta ‘bertentangan dengan nilai kemasyarakatan’ (Lindale, Texas, 1996),” kata Browne yang memetik senarai buku itu daripada 2007 Banned Books Resource Guide karya Robert P Doyle.

Novel of Mice and Men karya Steinbeck disifatkan Browne sebagai satu daripada dua novel terbaik pengarang AS itu, turut menerima tempias apabila didesak untuk diharamkan di kem musim panas remaja di Chattanooga, Tennessee (1989) dengan alasan pengarangnya antikorporat dan sifat patriotismenya dipertikaikan.

“Desakan itu menemui kegagalan, tetapi suara penentangan kembali di perpustakaan Sekolah Tinggi Suwanne, Florida (1991) apabila sekali lagi ada permintaan mengharamkannya kerana tidak senonoh, manakala 100 Black United memberi alasan ia mengandungi cacian perkauman seperti ungkapan ‘nigger’.
“Pada 2003 pula, novel itu sekali lagi dicabar di Sekolah Tinggi Komuniti Normal, Illinois kerana dakwaan mengandungi cacian bersifat perkauman, kata-kata mencarut, keganasan dan tidak mewakili nilai tradisi,” Browne yang juga calon ijazah kedoktoran (PhD) di Institut Penyelidikan untuk Pengajian Irish dan Scottish di Universiti Aberdeen, Ireland dipetik berkata dalam laman terbabit.

Browne berkata, novel Hemingway, A Farewell to Arms juga pernah diharamkan di Itali pada 1929 kerana menggambarkan sudut pandang yang tepat, tetapi menyakitkan mengenai pengunduran tentera Itali dari Caporetto sebelum dibakar oleh tentera Nazi di Jerman pada 1933 serta didesak agar dibuang di School Disctrict, Waukegen, Illinois (1980) kerana mengandungi perkataan ‘nigger’.

“Novel The Lord of the Flies karya Golding pula didesak di Sekolah Tinggi Owen, North Carolina (1981) kerana buku itu menjatuhkan moral ekoran mengaitkan manusia tidak lebih daripada haiwan, manakala Lembaga Pendidikan Kanada di Toronto (1980) memutuskan buku terbabit ada unsur perkauman dan mencadangkannya dibuang dari semua sekolah.

“Catch-22 karya Heller yang saya anggap antara novel terbaik Amerika, turut diharamkan di Strongville, Ohio (1972), tetapi tindakan lembaga sekolah itu ditolak oleh Mahkamah Daerah AS dalam kes Minarcini lawan Strongsville City School District (1976).

“Ia juga didesak agar dibuang dari perpustakaan Sekolah Tinggi Persendirian, Dallas, Texas (1974) dan Snoqualmie, Washington (1979) kerana menggunakan perkataan pelacur,” Browne dipetik berkata dalam laman terbabit.

Browne berkata, karya trilogi, The Lord of the Rings karya Tolkien turut tidak terlepas daripada ‘serangan’ itu apabila ia dibakar di luar Christ Community Church, Alamagordo, New Mexico (2001) bersama-sama karya lain pengarang itu kerana dianggap ada unsur kesyaitanan

Novel 1984 karya Orwell pula dicabar di Jackson County, Florida (1981) kerana disifatkan prokomunis dan mengandungi bahan seksual yang jelas.

Tempias percubaan untuk mengharam dan menarik balik novel daripada sukatan pelajaran itu ternyata turut terkena ke ranah sastera tanah air apabila Interlok karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussein turut menerima nasib serupa apabila mesej sebenar pengarangnya disalah tafsir sehingga dianggap ada unsur perkauman.

Bagaimanapun, kegagalan sesetengah pihak untuk mendesak perpustakaan dan sekolah khususnya di AS agar berbuat demikian serta kemapanan karya sastera terbabit yang tahan diuji, wajar dijadikan pengajaran kepada mereka yang membaca Interlok di luar konteks atau ada agenda politik.

Drama berunsur seram, sosial keterlaluan rosakkan minda kanak-kanak

intan sokong...sepatutnya drama & filem kita dapat mengeluarkan filem yang berkualiti...sekarangni kat setiap channel tv ada rancangan seram dan tahyul bagi intan takde faedah langsung cerita macamtu...

Drama berunsur seram, sosial keterlaluan rosakkan minda kanak-kanak

MASYARAKAT kita sedia maklum, sejak akhir-akhir ini banyak drama dan filem yang ditayangkan lebih banyak mengisahkan mengenai kehidupan sosial, seks, tahyul, seram dan seumpamanya.

Bagi orang dewasa, cerita begini tidak mendatangkan masalah kerana sudah dapat membezakan baik buruknya. Tetapi apa pula nasib kanak-kanak yang dalam proses membesar. Contohnya filem Cuti-cuti Cinta lakonan Farid Kamil dan Nora Danish.

Terdapat satu dialog; ‘tu apa? nasi lemak 50 sen (sambil menunjukkan kepada payu dara Nora). Kenapa tergamak menggunakan dialog sebegitu. Walaupun ia sekadar hiburan, tetapi berpada-padalah. Saya pernah terdengar budak berumur 7 tahun menggunakan dialog itu ketika bergurau dengan kawan-kawan. Tidakkah pembuat filem boleh nampak kesan itu?
Jalan cerita berunsurkan seks seperti Aku Masih Dara. Remaja yang tidak pernah terdedah dengan perkara sebegitu, bila melihat iklan filem ini yang disiarkan sedikit sebanyak sudah merosakkan minda mereka dan mungkin membuatkan mereka berminat untuk mencuba.

Saya berharap sangat kepada kerajaan supaya dapat memantau cerita sebegini. Saya setuju apabila cerita Sakti Delima ditamatkan siarannya kerana berunsurkan tahyul yang keterlaluan.

Namun, alangkah baik jika semua cerita yang berunsur seram dan sosial keterlaluan dapat disekat 100 peratus dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata. Cerita begini sangat merosakkan minda kanak-kanak. Saya merayu kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan drastik berhubung perkara ini.

Kesimpulannya, jangan salahkan anak sekiranya mereka rosak kerana kita sendiri yang menghidangkan mereka dengan perkara merosakkan ini.
INSAN HAMPA,
Kuala Lumpur.

MASYARAKAT kita sedia maklum, sejak akhir-akhir ini banyak drama dan filem yang ditayangkan lebih banyak mengisahkan mengenai kehidupan sosial, seks, tahyul, seram dan seumpamanya.

Bagi orang dewasa, cerita begini tidak mendatangkan masalah kerana sudah dapat membezakan baik buruknya. Tetapi apa pula nasib kanak-kanak yang dalam proses membesar. Contohnya filem Cuti-cuti Cinta lakonan Farid Kamil dan Nora Danish.

Terdapat satu dialog; ‘tu apa? nasi lemak 50 sen (sambil menunjukkan kepada payu dara Nora). Kenapa tergamak menggunakan dialog sebegitu. Walaupun ia sekadar hiburan, tetapi berpada-padalah. Saya pernah terdengar budak berumur 7 tahun menggunakan dialog itu ketika bergurau dengan kawan-kawan. Tidakkah pembuat filem boleh nampak kesan itu?
Jalan cerita berunsurkan seks seperti Aku Masih Dara. Remaja yang tidak pernah terdedah dengan perkara sebegitu, bila melihat iklan filem ini yang disiarkan sedikit sebanyak sudah merosakkan minda mereka dan mungkin membuatkan mereka berminat untuk mencuba.

Saya berharap sangat kepada kerajaan supaya dapat memantau cerita sebegini. Saya setuju apabila cerita Sakti Delima ditamatkan siarannya kerana berunsurkan tahyul yang keterlaluan.

Namun, alangkah baik jika semua cerita yang berunsur seram dan sosial keterlaluan dapat disekat 100 peratus dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata. Cerita begini sangat merosakkan minda kanak-kanak. Saya merayu kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan drastik berhubung perkara ini.

Kesimpulannya, jangan salahkan anak sekiranya mereka rosak kerana kita sendiri yang menghidangkan mereka dengan perkara merosakkan ini.
INSAN HAMPA,
Kuala Lumpur.

Thursday, January 13, 2011

Bila nak free..?

dah begitu lama intan tak tulis ape2 kat blog ni...bukan intan dah tak berminat cuma terlalu banyak bebanan kerja yang terpaksa dilalui...ditambah pula dengan internet kat rumah yang belum ada...lagipun rasa malas nak pasang sebab taktau bila nak onkan...jam7 pagi dah pegi keje balik pulak paling kurangpun jam9 lebih baru sampai rumah...biasenya balik rumah mandi n tengok tv lepastu dah tido...takde masa sangat nak online...tengokla bila dah ada kelapangan semula intan akan join balik...sorila ye kengkawan...

Thursday, November 4, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Pemberian bonus kepada kakitangan awam bukan satu kemestian

Pemberian bonus kepada kakitangan awam bukan satu kemestian

MERUJUK surat oleh 'Layak Dihargai, Kuala Lumpur' dalam ruangan ini baru-baru ini, saya bersependapat dengan beliau bahawa pemberian bonus sepatutnya hanya untuk mereka yang menjalankan tugas dan amanah dengan baik serta cemerlang. Ia harus bersifat subjektif dan bukan kemestian kepada seluruh kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang.

Namun, setinggi tahniah kepada Presiden CUEPACS, Omar Osman kerana menjalankan kerjanya dengan baik sebagai satu daripada tugas utamanya meminta bonus dan kenaikan gaji daripada kerajaan setiap tahun. Alasan yang cukup sinonim agar dapat ‘memberikan suntikan semangat selain meringankan beban kakitangan awam’.

Secara logik dan praktikal sejauh manakah suntikan semangat itu berkesan dan memenuhi matlamat? Mengapa dan sampai bila, beban serta masalah kakitangan awam perlu ditanggung kerajaan? Bukankah mereka semua menerima imbuhan yakni gaji yang berpatutan dengan taraf jawatan serta pendidikan masing-masing. Perlu difahami secara tidak langsung pemberian bonus ini umpama ‘subsidi’ tunai tambahan kepada kakitangan awam selain pelbagai kemudahan disedia dan diberikan. Belajarlah hidup ‘berdikari’ dan memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan sewajarnya. Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang, jika kita sendiri tidak berusaha menambahkannya. Pada saya tindakan berterusan mendesak kerajaan agar diberikan juga bonus, bukan langkah yang bijak. Ia dilihat lebih kepada tindakan berkepentingan sendiri. Kerajaan sudah menjelaskan dengan baik mengapa tidak boleh diberikan bonus. Sepatutnya semua kakitangan awam memahami dan menerimanya dengan baik. Namun, atas keprihatinan kerajaan ada juga ‘sagu hati’ dan insentif lain diberikan. Janganlah nanti dikatakan tidak tahu berterima kasih. Sepatutnya, semua pihak bersyukur dan bukan terus mendesak dan mencari kesalahan pihak lain. Jika berdasarkan alasan itu, bukan semua kakitangan awam layak dan patut menerima bonus. Saya menyokong penuh pemberian bonus, tetapi ia harus diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar layak. Mungkin boleh diguna pakai formula daripada swasta. Hanya kakitangan awam yang terbukti kuat bekerja dan rajin demi kemajuan, pembangunan dan keuntungan jabatan layak diberikan bonus.
PEGAWAI KANAN 44, Selangor.

Sunday, October 24, 2010

Pinjaman 100% beli rumah RM300,000?

cadanganni patut disegerakan pelaksanaanya...bukan apa untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah...

Pinjaman 100% beli rumah RM300,000?

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kerajaan sedia meneliti cadangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) agar Skim Perumahan Pertamaku turut memberikan kelonggaran pinjaman 100 peratus kepada pembeli rumah berharga antara RM300,000 dan RM350,000.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung berkata, cadangan tersebut adalah sesuatu yang munasabah kerana kini lebih 60 peratus penduduk tinggal di bandar dan harga rumah di kawasan itu adalah dalam lingkungan RM300,000 dan ke atas.
"Lagi pun, pendapatan isi keluarga adalah dalam lingkungan RM3,000 sebulan. Maka, saya berpendapat cadangan REHDA itu tepat pada masanya dan saya akan mengutarakan isu itu pada mesyuarat Kabinet secepat mungkin.
"Selain itu, cadangan ini juga sudah pasti dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah idaman di kawasan bandar," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Perumahan Malaysia (Mapex) 2010, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden REHDA, Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Pengerusi Mapex, Datuk Ng Seing Liong.
Pada minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membahaskan Bajet 2011 mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Skim Perumahan Pertamaku bagi membantu golongan berpendapatan rendah iaitu golongan yang mendapat gaji kurang RM3,000 sebulan.
Skim itu juga membantu golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah yang berharga RM220,000 dengan pinjaman bank 100 peratus dan tidak perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, October 13, 2010

Kenaikan Gaji : Cabaran kepada Sektor Awam

esok....hari yang ditunggu2 oleh semua rakyat Malaysia terutama kakitangan awam...harapan besar pasti disandarkan supaya berita gembira dapat diberikan...namun begitu yakinlah cabaran utama bukan setakat pemberian bonus atau kenaikan gaji tapi lebih lagi...pengekalan kestabilan untuk semua adalah keutamaan kerajaan ketika ini ketika negara menuju untuk menghadapi keadaan ekonomi yang kian mencabar...

Kenaikan Gaji : Cabaran kepada Sektor Awam

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam jika mereka berjaya meningkatkan produktiviti adalah cabaran kepada sektor awam.Presidennya Cuepacs, Omar Osman berkata, jika semua kakitangan awam di negara ini sanggup meningkatkan produktiviti, tidak mustahil mereka akan merasai ganjaran baru daripada kerajaan."Integriti dan disiplin sebagai penjawat awan adalah kunci untuk merasai kenaikan itu dan ia sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan baru-baru ini," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan tetapi dengan syarat semua penjawat awam mesti meningkatkan produktiviti kerja mereka dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.Perdana Menteri berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.Kata Omar, kesungguhan sektor awam dalam meningkatkan produktiviti kerja bukan sahaja memberi pulangan kepada mereka malah menaikkan taraf ekonomi dan pendapatan negara."Kenaikan perlu setanding dengan negara luar tetapi sebelum itu pendapatan negara mestilah melebihi daripada apa yang ada sekarang untuk meningkatkan gaji penjawat."Jika taraf ekonomi kita baik dan menjana pendapatan yang banyak ia akan memberi faedah kepada semua penjawat awam. Namun sebaliknya jika ekonomi negara tidak kukuh, bagaimana kerajaan ingin menaikkan gaji mereka," ujarnya.Ujarnya, jika kerajaan bersungguh-sungguh untuk menaikkan gaji kira-kira 1.2 juta penjawat awam, perhatian terhadap isu seperti mengenai rasuah, jenayah kolar putih, pecah amanah dalam sektor awam harus dibanteras."Teori kenaikan gaji itu sudah cantik, tetapi persoalannya di sini adalah mengenai mekanisme untuk melaksanakan perkara itu supaya semua penjawat awam lebih produktif dalam melakukan kerja.Sementara itu, Omar turut menyarankan agara kakitangan awam diberi pemahaman tentang Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana tidak ramai yang memahami mengenai perkara tersebut."Taklimat yang lebih jelas tentang GST perlu kepada semua kakitangan awam kerana tidak ramai yang memahami mengenai perkara itu," katanya.Dalam pada itu, beliau meberitahu pihaknya sedang berusaha giat untuk memastikan semua penjawat awam memahami mengenai perkara itu demi kepentingan mereka.