Thursday, September 17, 2009

Salam Kemaafan

sempena hari raya yang akan menjelang tibani..intan memohon maaf kepada semua kawan2 intan...terutama yang mengikuti blog intanni...terima kasih diucapkan...sempena raya ni juga kepada yang pulang kekampung terutama yang jauh2tu berhati2la bawa kenderaan...jangan bawa laju2 sangat...intan bukan apa orang kat kampung berharap kita sampai dan dapat beraya bersama2 tapi bila jadi macamtu ape perasaan orang yang menunggu kita...?kasihanilah mereka...jadi janganla memandu kereta laju sangat2...kepada yang suka sangat bawa laju intan cadangkan boleh hantarkan nama utk jadi pelumba team F1 1Malaysia...jadi kemampuan diri boleh digunakan kearah yang betul...
mengulas mengenai team F1 1Malaysia...sebenarnya intan berbalah bagi...jika dipikirkan peolehan yang bakal kita dapat memang amat baik,cuma bila difikirkan perbelanjaan yang akan kita keluarkan dengan keadaan ekonomi kita sekarang, rasanya perkara ini patut ditangguhkan dulu...dengan ekonomi yang semakin menghimpit, intan simpati pada semua rakyat...terutama yang berpendapatan rendah...semuani akan membuatkan kos sara hidup akan kian bertambah...ditambah lagi dengan keupayaan negara utk bersaing dalam sukan berada ditahap paling rendah, jadi intan rasa ini adalah pembaziran...
lagi 1 yang intan nak komen ialah tentang penggunaan minyak RON95...intan bukan tak sokong penggunaan minyak barutu...cuma bagi intan minyaktu wajib dijual dengan harga yang lebih rendah...kita kena akui kebanyakkan kereta kat malayia ni had minimum minyak ialah RON95 tapi kita kena fikir kesan terhadap enjin yang telah biasa menggunakan minyak RON97...pelbagai pelarasan yang terpaksa dilakukan...bagi intan yang terpaksa menggunakan minyak RON97, kenaikan 20sen biarpun kecil tapi masih membebankan...biarpun intan dikelaskan berjawatan Pengurusan dan Profesional dalam kerajaan \, pertambahan kos hidup sebenarnya amat membebankan tanpa dibantu oleh kenaikan pendapatan...kepada pegawai kump. sokongan intan ucapkan tahniah kerana perjuangan anda untuk mendapatkan saguhati dipenuhi kerajaan...gunakanlah pemberian kerajaan itu sewajarnya...
untuk kesekian kalinya,intan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri...
berjumpa lagi dilain sesi...terima kasih...

Thursday, September 3, 2009

Salam Ramadhan hari ke 14

arini jumaat 4 september 2009 bersamaan 14 ramadhan 1430 hijrah...
hari ke 14 semua umat islam berpuasa...intanpun dah terlambat utk mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang paling dinantikanni...bulan yang ditunggu oleh umat semua umat islam...bulan yang penuh keberkatan...bulan mendapatkan pengampunan dari Allah S.W.T dan bulan penuh kerahmatan...sudah pasti bulan ramadhanni juga ditunggu2 oleh anak2 yatim dan warga tua yang tinggal di pusat jagaan orang tua...kerana seperti lazimnya masa inila semua orang terutama orang kaya2 dan syarikat korporat termasuk juga ahli politik menabur jasa dengan melawat dan memberi makan pada anak2 yatim...tak ketinggalan juga artis turut serta memeriahkan majlis,tak kira majlis sahur ataupun majlis buka puasa...intanpun sepanjang puasani agak sibok dengan tugasan yang kian bertambah...ditambah pula nak rayani...
tapi yang paling ditunggu menjelang rayani ialah bonus utk kaitangan awam...sudah timbul pelbagai cerita tentang bonusni...sudah pasti sebagai kakitangan awam,intan juga nak bonus dikeluarkan sebelom raya...tapi itu semua masih lagi spekulasi...bonus ada atau tak...inila persoalan yang paling penting sekali...intan taknak ulas panjang2...
kalau mengikut keadaan ekonomi sekarangni,sudah pastila bonus takde...kita lihat keadaan ekonomi malaysia intan masih belom nampak lagi ekonomi kita pulih...biarpun pasaran saham meningkat itu bukan penanda aras yang mengatakan ekonomi kita pulih...ekonomi boleh dikatakan kembali pulih bila syarikat2 multinasional terutama syarikat kerajaan cth seperti TM,Guthrie atau TNB menunjukkan peningkatan ketara...inilah sebenarnya lambang yang membolehkan kita mengatakan ekonomi kita pulih...kenapa intan cakap macamni..?sebabnya ialah bila keyakinan pelabur pada syarikat Malaysia kembali,pada masa itu menunjukkan syarikat Malaysia khasnya dan negara ini amnya dapat meningkatkan tahap pelaburan...ini kerana syarikat itu kerajaan adalah pelabur utama kemajuan negara ini...biarpun banyak lagi syarikat yang melabur,tetapi bila syarikat kerajaan menunjukkan keyakinan yang baik maka pertambahan modal syarikat bertambah yang untungnya sudah pasti kerajaan...
ditambah pula dengan kemunculan penyakit H1N1,kerajaan melalui kem. kesihatan sudah pasti memerlukan belanja terdesak utk menangani penularan penyakit ini...sudah pasti perbelanjaan yang bukan sedikit diperlukan biarpun sekadar utk mengawal penularan wabak ini...intan difahamkan,ubat utk mengekang penularan wabak itu sendiri sudah terlalu mahal...ditambah lagi bila kerajaan memberikan topeng2 muka kepada sekolah dan kakitangan awam,sudah pasti perbelanjaan ini semakin bertambah yang semakin mengurangkan lagi wang simpanan kerajaan yang mungkin boleh digunakan utk pembayaran bonus...
biarpun kita boleh mengatakan simpanan rizab kerajaan masih banyak,sudah pasti kerajaan memerlukan simpanan itu pada masa akan datang...untuk menghadapi keadaan ekonomi yang lebih buruk lagi...sudah pasti ketika ini kerajaan sudah bersedia dengan rizab kerajaan supaya bila ekonomi kembali merudum kerajaan sudah bersedia utk mengawalnya dengan langkah yang lebih baik...
namun begitu,dengan pengumuman kerajaan memberikan bonus kepada peneroka felda yang berjumlah RM37.23 juta ini,sudah pastinya sinar harapan kakitangan awam yang bertugas dengan penuh dedikasi utk mendapatkan imbuhan raya,atau bonus awal kian cerah...namun begita pendapat intan dengan keadaan semasa sehingga harini...harapan utk mendapat bonus agak kelam...
namun begitu,sebagai penjawat awam,intan yakin kerajaan akan cuba sedaya upaya membantu terutama kepada kakitangannya yang berjawatan rendah...dengan kenaikan harga barangan terutama menjelang musim perayaan sudah pasti kerajaan ingin membantu para pekerjanya...
sekian terima kasih...jumpa lagi...

Wednesday, August 26, 2009

Hai....

isu semasa yang amat menarik perhatian intan skarangni pasal kes sebat model sambilan dari singaporetu...
ntah apa namanya intan tak pasti tapi kalau tak silap kartika...dia nipun dah kawin rasanya...okla intan taknak ulas panjang2 sapa dia sebab intan tak kenalpun...ape yang intan nak ulas ialah pasal kes sebat dia yang kejap jadi kejap tak jadi...intan cuma nak persoalkan negara kita nikan negara islam...hukum sebattu mahkamah syariah yang putuskan...jadi kenapa nak lengahkan..?kat mana undang2 islam di negara islamni letaknya...?bawah tapak kaki ke...?bagi intan amat mengecewakan jadi camni...sebagai negara islam sudah pastilah undang2 islam yang paling diutamakan...bagi intan takde sebab kenapa asyik nak tangguh aje hukumantu...orang yang kena hukumpun mesti merana...mungkin bermacam masalah yang dihadapinya sebab sampai sekarang hukuman tertangguh...intan bersimpati pada dia...bagi intan sepatutnya bila orang yang kena hukum sendiri dah bertanya bila dia nak dihukum,buatla cepat2 semoga semua itu dapat dijadikan iktibar...intan kalau boleh nak tengok hukum islam tertegak kat malaysiani...mesti jenayah berkurangan...intan teramat yakin...sebab hukum Allah adalah hukum yang paling sempurna...tak guna kita cakap aje kita negara islam tapi perundangan semua ntah dari mana...

jumpa lagi di lain bicara

Tuesday, August 25, 2009

Haii....

Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog intanni...maafla dah hampir 2 minggu intan tak update blogni...
bukan ape intan baru aje balik dari US...menyiapkan tesis intan...sronok juga kesana...
berjalan sambil melihat tempat orang...sepatutnya intan masih blom masuk opis lagi arini...cuma malam tadi dapat call dari bos suruh intan masuk juga arini..jadi terpaksala intan masuk opis arini...mungkin ada meeting kalau tak, mesti dia tak call suruh intan masuk opis...
nampaknya banyak yang telah terjadi sepanjang 2 minggu intan takde kat sini...yang paling tak sronoknya kawan intan minggu lepas kena H1N1..tapi suspek ajela..mingguni dah naik keje rasanya...intanpun dapat tau dia bagi email aje...blom sempat lagi nak call dia...mungkin bila ada masa terluang intan akan jumpa dia...
malam tadi intan cuma sempat tengok berita sikit aje...paling intan tunggu pastinya keputusan PRK Permatang Pasiaq...orang penang kata camtukan..?yang pastinya calon PAS, Mohd Salleh Man menang dengan majoriti 4551...tapi kalau tak silap intan,majoriti undi yang PAS dapat berkurangan...bagi intan ini boleh dijadikan pengajaran kepada BN...lepas kekalahan tipis di Manek Urai,BN terlalu yakin diorang boleh tumbangkan Pakatan Rakyat...boleh dikatakan janji yang ditabur semua sama dengan janji di Manek Urai...tapi nampaknya tak menjadi...orang Permatang Pasiaq tak terima semua janjitu..?kenapa..?inilah yang perlu dipersoalkan oleh pemimpin BN...cuma bagi intan,mungkin rakyat kelantan memang mahukan pembangunan cuma diorang selesa dengan apa yang kerajaan PAS bagi...di Penang,intan rasa rakyatnya dah selesa dengan kemampuan Pakatan Rakyat utk memerintah...intan baru aje pegi penang sebulan yang lepas...dah banyak perubahan yang mampu dilakukan oleh kerajaan DAP...boleh dilihat dengan jelas...inila yang membuatkan keyakinan rakyat pada pimpinan Pakatan Rakyat semakin bertambah kukuh...kalau nak disebutkan kat sini memang terlalu banyak perubahan yang dilakukan jadi rasanya tak payahla disebutkan...sapa yang pernah pegi penang 3 - 4 tahun lepas sekarangni bleh pegi balik...bleh tengok ape yang telah kerajaan PR lakukan utk rakyatnya...semuatu tak dapat dilihat masa gerakan dulu...jadi inila yang memberikan keyakinan pada kerajaan negeri yang ada sekarangni...
intan nak ulas sikit tentang kluarnya Adun Lunas menjadi Bebas dan menyokong BN...kalau dilihat dari PRU12 2008 aritu sampai sekarangni...yang bagi banyak masalah pada PR ialah PKR...wakil rakyat - wakil rakyat yang telah menang semuanya seolah2 takde disiplin...mempunyai banyak masalah...sehinggakan menimbulkan pelbagai masalah pada kerajaan negeri yang diwakilinya...apakah PKR tak memiliki kriteria dalam pemilihan calon..?semua calon main tangkap muat aje...?jika ini yang terjadi nampaknya keyakinan rakyat pada PKR akan semakin merudum dan boleh mengakibatkan mereka tumbang dalam PRU akan datang...bila calon yang dipilih tidak mempunyai kredibiliti adakah rakyat akan memilih kembali..?sudah pasti tidak...ini semua dah terjadi kepada BN masa PRU 12 2008 dulu...

selamat bertemu kembali dalam coretan yang lain...

Tuesday, August 11, 2009

Program boikot Israel

Assalamualaikum ... muslimin & muslimat,
Anda dan seisi keluarga serta rakan2
dijemput datang dan menyertai konvoi
untuk memberikan sokongan terhadap program ...
BOIKOT ISRAEL !!!
SELAMATKAN PALESTINE
anjuran
COMPLETE MALAYSIA
COALITION OF MALAYSIAN NGOs AGAINST
PERSECUTION OF PALESTINIANS
Tempat : Lobi Menara DBKL 1, Jln. Raja Laut, KL
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi

Siapa dijangka hadir :

1. Adik Muhammad Al Haj Moussa
(Seorang remaja Palestine yang kudung kedua-dua kaki angkara kekejaman Israel)

2. George Galloway
(Ahli Parlimen dari Britain dan Pejuang Hak Asasi Manusia)

3. Artis-artis : Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Louisa Chong, Muadz dll
* Jualan Amal T-shirt Boikot Israel RM25 (dewasa) RM20 (kanak2)
* T-shirt PERCUMA untuk pelajar kolej/ universiti (sila bawa Kad I.D. Pelajar)
* Aktiviti Konvoi KERETA & Motosikal Berkuasa Tinggi
Route 1 : DBKL - NKVE - Stadium Shah Alam
Route 2 : DBKL - KESAS - Stadium Shah Alam
Route 3 : DBKL - Federal Highway - Stadium
Shah Alam
Untuk Pendaftaran Konvoi, hubungi atau SMS :
En. Ahmad Yusri (019 - 244 5523)
En. Idris Mohamad (016 - 293 6523)
( Bayaran RM20 setiap kenderaan akan dibekalkan pelekat kereta, bendera & minuman )
ON KONVOI NAMA NO. K/P EMAIL NO. PLAT KENDERAAN
hantar ke
019 - 244 5523 atau 016 - 293 6523

Monday, August 10, 2009

tambang bas baru utk raya aidilfitri

kepada semua pengguna perkhidmatan bas ekspres...raya nanti kena kluarkan duit lebihla ye...yang guna keretapun sama juga...sebab raya bulan september kadar baru minyak petrol utk ron97 yang biasa kita guna naik juga jadi rm2....sabarla ye...inila duit raya kerajaan nak bagi pada kita...TERIMA KASIHLA WAHAI PEMIMPIN!!!

Harga tiket bas ekspres ikut kadar baru raya ini

KUALA LUMPUR: Harga tiket bas ekspres pada musim perayaan Aidilfitri ini adalah mengikut kadar tambang baru iaitu 8.5 sen bagi setiap kilometer seperti yang diluluskan kerajaan 1 Ogos lalu.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata caj tambahan RM3 turut dibenarkan bagi setiap tiket bas ekspres tambahan.
Beliau berkata LPKP akan mengeluarkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi memastikan bas ekspres mencukupi untuk menampung keperluan orang ramai.
"Permohonan LPS dibuka mulai 22 Ogos hingga 18 September depan dan sah tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas Hari Raya Puasa iaitu dari 13 hingga 28 September," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, hanya bas berusia tidak melebihi 15 tahun dibenarkan untuk dijadikan bas ekspres tambahan.
"Tiada had jarak perjalanan dikenakan bagi bas berusia di bawah 12 tahun, tetapi bagi bas berusia 12 hingga 15 tahun, hanya dibenar melakukan perjalanan tidak melebihi 300 kilometer sehala," katanya

Halimah berkata, LPKP membenarkan bas ekspres biasa dan bas ekspres tambahan untuk beroperasi berdasarkan laluan terbuka bagi memudahkan pihak syarikat mengatur laluan bas mengikut keperluan pengguna.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan syarikat bas ekspres supaya tidak bersekongkol dengan "ulat" dan menguruskan sendiri penjualan tiket serta perjalanan bas.
"LPKP akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas ekspres yang gagal menyediakan bas pada saat-saat akhir dan menjual tiket melebihi kadar tambang semasa," katanya.
Di samping itu, Halimah berkata RapidKL dibenarkan menyediakan bas pengantara dari Hentian Puduraya ke Hentian Duta dan dari Hentian Puduraya ke Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dengan kadar tambang RM2 sehala.

Orang ramai yang ingin membuat pertanyaan atau aduan kepada LPKP bolehlah menghubungi ibu pejabat LPKP di Putrajaya di talian 03-88805883, e-mel ke aduan@lpkp.gov.my atau menerusi laman web www.lpkp.gov.my
Pengguna juga boleh menghubungi 04-4485111 bagi LPKP Wilayah Utara (Sungai Petani), 06-9556035 Wilayah Selatan, (Ledang) dan 09-6241111, Wilayah Timur (Kuala Terengganu). - Bernama

Piala Perisai Komuniti

maafla intan baru nak komen pasal match ni...dah 2 hari berlalu selepas manutd kalah dengan chelsea 4-1 lepas penalti kick...intan sedih sangat...sejak manutd jual cristiano ronaldo dan tevez serangan manutd semuanya tak menjadi...masa awal2 1st time aje manutd main best...rasanya sir alex kena bli pemain lagi utk gantikan ronaldo n tevez...owen n valencia langsung tak menjadi...keeperpun patutnya kena tukar...foster tak konsisten...cuma bagi intan manutd bernasib baik chelseapun serba tak menjadi...banyak peluang yang dilepaskan...petr cechpun patut kena tukar...bagi intan dia dah hilang keyakinan diri...lagi1 yang intan tak puas hati gol ke2 chelsea...ballack patut kena kad kuning paling setidaknya...cuma chelsea bijak manipulasi keadaantu...diorang tau pertahanan kurang sorang n cuba buat counter attack...ketiadaan evra buat pertahanan sebelah kiri manutd n beri peluang pada lampard utk score...paling tak disangka petr cech dah boleh save penalti...ada kemajuan juga walaupun dia dah tak power macam dulu lagi...pada sir alex lepasni turunkan penjaga gol lain terutama bila melibatkan perlawanan penting...jumpa lagi 16hb Ogos utk match liga pertama manutd lawan birmingham...glory glory manutd!!!