Thursday, September 3, 2009

Salam Ramadhan hari ke 14

arini jumaat 4 september 2009 bersamaan 14 ramadhan 1430 hijrah...
hari ke 14 semua umat islam berpuasa...intanpun dah terlambat utk mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang paling dinantikanni...bulan yang ditunggu oleh umat semua umat islam...bulan yang penuh keberkatan...bulan mendapatkan pengampunan dari Allah S.W.T dan bulan penuh kerahmatan...sudah pasti bulan ramadhanni juga ditunggu2 oleh anak2 yatim dan warga tua yang tinggal di pusat jagaan orang tua...kerana seperti lazimnya masa inila semua orang terutama orang kaya2 dan syarikat korporat termasuk juga ahli politik menabur jasa dengan melawat dan memberi makan pada anak2 yatim...tak ketinggalan juga artis turut serta memeriahkan majlis,tak kira majlis sahur ataupun majlis buka puasa...intanpun sepanjang puasani agak sibok dengan tugasan yang kian bertambah...ditambah pula nak rayani...
tapi yang paling ditunggu menjelang rayani ialah bonus utk kaitangan awam...sudah timbul pelbagai cerita tentang bonusni...sudah pasti sebagai kakitangan awam,intan juga nak bonus dikeluarkan sebelom raya...tapi itu semua masih lagi spekulasi...bonus ada atau tak...inila persoalan yang paling penting sekali...intan taknak ulas panjang2...
kalau mengikut keadaan ekonomi sekarangni,sudah pastila bonus takde...kita lihat keadaan ekonomi malaysia intan masih belom nampak lagi ekonomi kita pulih...biarpun pasaran saham meningkat itu bukan penanda aras yang mengatakan ekonomi kita pulih...ekonomi boleh dikatakan kembali pulih bila syarikat2 multinasional terutama syarikat kerajaan cth seperti TM,Guthrie atau TNB menunjukkan peningkatan ketara...inilah sebenarnya lambang yang membolehkan kita mengatakan ekonomi kita pulih...kenapa intan cakap macamni..?sebabnya ialah bila keyakinan pelabur pada syarikat Malaysia kembali,pada masa itu menunjukkan syarikat Malaysia khasnya dan negara ini amnya dapat meningkatkan tahap pelaburan...ini kerana syarikat itu kerajaan adalah pelabur utama kemajuan negara ini...biarpun banyak lagi syarikat yang melabur,tetapi bila syarikat kerajaan menunjukkan keyakinan yang baik maka pertambahan modal syarikat bertambah yang untungnya sudah pasti kerajaan...
ditambah pula dengan kemunculan penyakit H1N1,kerajaan melalui kem. kesihatan sudah pasti memerlukan belanja terdesak utk menangani penularan penyakit ini...sudah pasti perbelanjaan yang bukan sedikit diperlukan biarpun sekadar utk mengawal penularan wabak ini...intan difahamkan,ubat utk mengekang penularan wabak itu sendiri sudah terlalu mahal...ditambah lagi bila kerajaan memberikan topeng2 muka kepada sekolah dan kakitangan awam,sudah pasti perbelanjaan ini semakin bertambah yang semakin mengurangkan lagi wang simpanan kerajaan yang mungkin boleh digunakan utk pembayaran bonus...
biarpun kita boleh mengatakan simpanan rizab kerajaan masih banyak,sudah pasti kerajaan memerlukan simpanan itu pada masa akan datang...untuk menghadapi keadaan ekonomi yang lebih buruk lagi...sudah pasti ketika ini kerajaan sudah bersedia dengan rizab kerajaan supaya bila ekonomi kembali merudum kerajaan sudah bersedia utk mengawalnya dengan langkah yang lebih baik...
namun begitu,dengan pengumuman kerajaan memberikan bonus kepada peneroka felda yang berjumlah RM37.23 juta ini,sudah pastinya sinar harapan kakitangan awam yang bertugas dengan penuh dedikasi utk mendapatkan imbuhan raya,atau bonus awal kian cerah...namun begita pendapat intan dengan keadaan semasa sehingga harini...harapan utk mendapat bonus agak kelam...
namun begitu,sebagai penjawat awam,intan yakin kerajaan akan cuba sedaya upaya membantu terutama kepada kakitangannya yang berjawatan rendah...dengan kenaikan harga barangan terutama menjelang musim perayaan sudah pasti kerajaan ingin membantu para pekerjanya...
sekian terima kasih...jumpa lagi...

1 comment:

  1. BERITA BAIK UNTUK AL

    Saya ingin mengingatkan semua pencari pinjaman internet untuk berhati-hati, terdapat penipuan pinjaman dalam talian di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen palsu dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran, maka mereka akan meminta anda membayar yuran lesen dan bayaran pemindahan, jadi berhati-hati.

    Semua pemberi pinjaman palsu ini mempunyai banyak persamaan yang saya dapati dan saya akan menyenaraikan mereka di bawah

    Kebanyakan mereka mempunyai akaun gmail

    Mereka semua mempunyai kuasa yang meyakinkan. mereka akan menjanjikan segala-galanya

    Mereka semua mempunyai gambar profil palsu seorang wanita yang memakai tudung

    Mereka semua memberi kadar faedah 2%

    Tiada had pada jumlah yang anda boleh pinjam

    Berita baiknya ialah saya telah menemui firma pinjaman dalam talian yang sah. Saya tidak berada di sini untuk berkhotbah tetapi untuk membantu orang keluar dari pengisap wang ini. hubungi syarikat (Dailypayloan@yahoo.com) Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, atau anda menghantar saya e-mel peribadi (zaradam@yahoo.com). Satu perkataan cukup untuk orang bijak

    ReplyDelete