Monday, January 11, 2010

Situasi....

keadaan semakin membimbangkan skarangni...nampaknya Malaysia dah semakin menghampiri keganasan agama yang diidamkan oleh musuh2 Malaysia...pemimpin wajib melakukan sesuatu untuk meredakan suasana ini...perkara ini hanya bermula menjelang tahun baru aritu bila mahkamah membenarkan herald weekly untuk menggunakan nama Allah...mungkin itu bukan masalahnya...tapi bila terdapat orang yang cetek ilmu mengatakan Allah hanyalah untuk Islam maka bermulalah keganasan yang pasti kita tidak inginkan...pandangan intan mudah, rasanya takde satu buktipun mengatakan Allah itu hak mutlak Islam...takde juga satu buktipun yang mengatakan kristian tidak dibenarkan menggunakan perkataan Allah...jadi ape yang nak dihebohkan sangat..?bagi intan takde satu perkarapun yang boleh dihebohkan...ini sampai buat perhimpunanla, bakar gereja dan baling bom kat gereja apa faedahnya...?kalau tak silap intan,kat sabah sarawakpun kristian guna perkataan Allah takde sapapun marah...kenapa orang yang berhimpuntu tak pegi kesabah sarawak buat demonstrasi...?kalau betullah hanya Islam aje boleh gunakan perkataan Allah tu,kenapa mahkamah tak buat keputusan secepat mungkin untuk tidak membenarkan herald weekly guna perkataan Allah..?kenapa lambat sangat...?adakah keselamatan dalam negara bukan kepentingan..?adalah wajib kepentingan dan keselamatan rakyat diutamakan...adalah tidak mustahil sekiranya selepas ini masjid atau surau pulak dibom atas alasan balas dendam...masatu sapa nak disalahkan...?bertindaklah sebelum terlambat...keadaan ketika ini menimbulkan ketidakpercayaan antara sesama kaum...bila hal ini berterusan ketika itu sudah terlambat untuk bertindak...apabila antara kaum timbul ketidakpercayaan boleh ke kita hidup seperti sekarang lagi...?sudah pasti tidak...diharap janganlah peristiwa 13mei berulang namun ketika ini jalan kearah itu sudah semakin jelas....

Tuesday, January 5, 2010

eGL

eGL ni sebenarnya digunakan secara keseluruhan oleh staf kerajaan tidak kira apa pangkatnya untuk mendapatkan rawatan percuma dan berkualiti dari hospital ataupun pusat kesihatan yang dimiliki kerajaan...pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk meluaskan penggunaan eGL ni...tapi sebenarnya intan tak paham sama ada eGL ni berfungsi atau tak...apa yang intan paham eGL ni sepatutnya digunakan secara meluas oleh semua hospital tanpa ada kompromi...sebabnya ialah kerajaan melalui JPA dah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan penggunaan eGL dan 'paperless'...KSN sendiri telah pernah mengingatkan hal ini...
intan sebenarnyapun pernah melalui perkara eGL ni semasa sekali pergi ke hospital...masatu intan pergi menemankan kawan yang kebetulan seorang orang kuat Kem. Kesihatan...bila dia pegi aje ke JPL satu hospitalni untuk mendaftar tiba-tiba staf yang bertugas dikaunter meminta bayaran RM1...tak kisahlah RM1 tu...tapi bila kawan intan ni cakap dia staf kerajaan, petugas kaunter langsung meminta GL...setelah mengatakan tidak membawa GL,petugas kaunter tersebut terus meminta RM1 dengan alasan tidak membawa GL dan tidak dapat dibuktikan dia adalah pegawai kerajaan...kawan intan yang malas nak bertengkartu tunjukkan pas dia yang menunjukkan dia adalah pegawai dari Kem. Kesihatan, terus terpaku staf kaunter tersebut dan menyatakan eGL akan digunakan...kawan intan terus menyatakan bahawa kat situ dah terpamer "semua staf kerajaan tidak perlu membawa GL sebaliknya eGL telahpun digunakan di hospital ini" inilah yang amat menghairankan...
Kem. Kesihatan telahpun memberikan kelengkapan dengan pelbagai peralatan canggih namun tidak digunakan jadi untuk apa semuatu....sekiranya benar eGL ini tidak boleh lagi digunakan masih memerlukan GL kertastu maka keluarkan fungsi tersebut buat pengumuman yang menyatakan penggunaan eGL telah ditarik balik...sekiranya eGL ini telahpun diperluaskan, maka hantar staf yang bertugas dikaunter cara untuk menggunakannya dan menyemak eGL ini supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi...intan bukan kisahkan RM1, tapi kasihan pada pegawai kerajaan yang bersusah payah datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan...yang pasti staf kerajaan yang datang ke hospital adalah yang sakit memerlukan rawatan tetapi tidak dapat menggunakan kemudahan yang diberikan kepadanya oleh kerajaan....
dengan kelengkapan bernilai jutaan ringgit tapi tidak digunakan sepenuhnya...amatlah malang pegawai kerajaan...apabila kemudahan yang diperuntukkan kepadanya tidak dapat digunakan hanya kerana sistem yang telah diperkenalkan kerajaan tidak digunakan oleh anggota bawahannya...amatlah malang juga apabila kerajaan bersungguh untuk memastikan semua pegawai awam celik IT, tahu menggunakan PC tapi apabila diperlukan tidak dapat digunakan...amatlah malang juga apabila kecanggihan yang patut digunakan tetapi kita masih lagi menggunakan perkhidmatan lapuk yang ketinggalan zaman...amatlah malang juga kerana penjimatan kertas yang mahu dilaksanakan kerajaan tetapi perkara seperti ini terjadi sudah pastilah semakin banyak kertas yang digunakan....