Tuesday, January 5, 2010

eGL

eGL ni sebenarnya digunakan secara keseluruhan oleh staf kerajaan tidak kira apa pangkatnya untuk mendapatkan rawatan percuma dan berkualiti dari hospital ataupun pusat kesihatan yang dimiliki kerajaan...pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk meluaskan penggunaan eGL ni...tapi sebenarnya intan tak paham sama ada eGL ni berfungsi atau tak...apa yang intan paham eGL ni sepatutnya digunakan secara meluas oleh semua hospital tanpa ada kompromi...sebabnya ialah kerajaan melalui JPA dah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan penggunaan eGL dan 'paperless'...KSN sendiri telah pernah mengingatkan hal ini...
intan sebenarnyapun pernah melalui perkara eGL ni semasa sekali pergi ke hospital...masatu intan pergi menemankan kawan yang kebetulan seorang orang kuat Kem. Kesihatan...bila dia pegi aje ke JPL satu hospitalni untuk mendaftar tiba-tiba staf yang bertugas dikaunter meminta bayaran RM1...tak kisahlah RM1 tu...tapi bila kawan intan ni cakap dia staf kerajaan, petugas kaunter langsung meminta GL...setelah mengatakan tidak membawa GL,petugas kaunter tersebut terus meminta RM1 dengan alasan tidak membawa GL dan tidak dapat dibuktikan dia adalah pegawai kerajaan...kawan intan yang malas nak bertengkartu tunjukkan pas dia yang menunjukkan dia adalah pegawai dari Kem. Kesihatan, terus terpaku staf kaunter tersebut dan menyatakan eGL akan digunakan...kawan intan terus menyatakan bahawa kat situ dah terpamer "semua staf kerajaan tidak perlu membawa GL sebaliknya eGL telahpun digunakan di hospital ini" inilah yang amat menghairankan...
Kem. Kesihatan telahpun memberikan kelengkapan dengan pelbagai peralatan canggih namun tidak digunakan jadi untuk apa semuatu....sekiranya benar eGL ini tidak boleh lagi digunakan masih memerlukan GL kertastu maka keluarkan fungsi tersebut buat pengumuman yang menyatakan penggunaan eGL telah ditarik balik...sekiranya eGL ini telahpun diperluaskan, maka hantar staf yang bertugas dikaunter cara untuk menggunakannya dan menyemak eGL ini supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi...intan bukan kisahkan RM1, tapi kasihan pada pegawai kerajaan yang bersusah payah datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan...yang pasti staf kerajaan yang datang ke hospital adalah yang sakit memerlukan rawatan tetapi tidak dapat menggunakan kemudahan yang diberikan kepadanya oleh kerajaan....
dengan kelengkapan bernilai jutaan ringgit tapi tidak digunakan sepenuhnya...amatlah malang pegawai kerajaan...apabila kemudahan yang diperuntukkan kepadanya tidak dapat digunakan hanya kerana sistem yang telah diperkenalkan kerajaan tidak digunakan oleh anggota bawahannya...amatlah malang juga apabila kerajaan bersungguh untuk memastikan semua pegawai awam celik IT, tahu menggunakan PC tapi apabila diperlukan tidak dapat digunakan...amatlah malang juga apabila kecanggihan yang patut digunakan tetapi kita masih lagi menggunakan perkhidmatan lapuk yang ketinggalan zaman...amatlah malang juga kerana penjimatan kertas yang mahu dilaksanakan kerajaan tetapi perkara seperti ini terjadi sudah pastilah semakin banyak kertas yang digunakan....

5 comments:

  1. Alaaaa, bayar je RM1 tu, kira sangat. Kalu gi swasta sanggup bayar puluh2 ringgit. Ni datang hosp/klinik kesihatan.
    1. Dapat pemeriksaan doctor
    2. Dapat pemeriksaan makmal/xray
    3. Dapat ubat
    Boleh nilai ke RM1 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum nak kata org berkira, tolong faham situasi dulu.mungkin awak ni org swasta yg ada panel sendiri,or jenis yg boleh claim2 after setiap rawatan.tapi org gomen tak mcm tu.kami dh diberi kemudahan e-gl utk membantu kami,kenapa ditidakkan hak itu.bila tiada gl,semuanya akan berlarutan.itu kena bayar,ini kena bayar.mana boleh nk claim2 ni... jadi harap faham.bukan kita nak berkira dgn rawatan yg diberi,tp kemudahan dh ada.dan kena tau juga,bukan semua penjawat awam bergaji tinggi.ada kumpulan sokongan yg gajinya rendah.

      Delete
  2. Ni bukan RM 1 tu zamri oii. ni pasal malas nak guna kemudahan yang ade. Dorang lebih senang mintak RM 1 tu. Saya pun dah terkena mende ni. Nak kena mintak beriya-iya dulu baru dia nak print satu. pada hal pc ade kat sebelah dia je kat kaunter tu. Cet ngabehkan boras kerajaan jo

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan pendapat ni, mmgla kalu dikira nilai RM1 tu murah berbanding dengan servis swasta. tapi sebagai penjawat awam, kemudahan dh diberi kenapa ditidakkan kemudahan tu.masalahnya bila GL xde, bukan hanya setakat RM1 tu saja,dia akan berlarutan bayarannya.kalau warded,dh dikira bukan org gomen...bayar pulak lagi.so kenala faham situasi sebeblum nak ckp org berkira...

      Delete
  3. masa mula2 muncul sistem hrmis ni. e-gl,,, tak semua hospital dlengkapi dgn e-gl. mcm hosp yg sy pegi tahun lepas 2011. e-gl xleh lagi. dtg 2012 baru dapat...

    ReplyDelete