Saturday, February 13, 2010

Highway PLUS

semalam intan dalam perjalanan dari rumah (alamak terlupa plak nak bagitau intan skangni dah beli rumah kat cyberjaya - Alhamdulillah rezeki sejak jadi penjawat awamni semakin murah) selepas balik kerja terus nak pegi penang sebab ada jemputan kenduri n ditambah nak bercuti...ialah paham2lakan dah letih kerja jadi apa salahnya cuti yang adani kita rehatkanla minda bersama ibu tercinta...namun yang tak bestnya semalam jalan sepanjang hhighway plus ke utara terlalu sesak...ok intan paham keadaan yang berlaku sebab orang ramai berpusu balik kampung sebab cuti panjang...
namun sebenarnya apa yang berlaku ialah kesilapan PLUS buka laluan kecemasan utk jadikan highway3 lorong...utk apa PLUS buat macamtu..?nak jadikan lorong banyak supaya tak berlakunya kesesakan..?bagaimana pula dengan kenderaan yang dalam kecemasan..?nak letak kat mana..?letak kat penghadang jalan..?sepatutnya PLUS memikirkan keadaan bila nak membuat sesuatu keputusan...adakah didalam PLUS takde pegawainya yang menggunakan highway..?taktaula plak kalau semua staf PLUS dapat kelebihan balik kampung naik helikopter jadi tak terlibat dengan kesesakan lalu lintas...
bila PLUS jadikan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif apa gunanya polis yang buat pemantauan dan menyaman pemandu yang menggunakan laluan alternatif..?pasti akan berlakunya pertengkaran tetapi PLUS tetap akan mengaut keuntungan dengan kutipan tolnya...
masalah mula timbul apabila sampai di persimpangan pemandu yang menggunakan lorong kecemasan sudah pasti akan memasuki kembali laluan yang betul...disinilah bermulanya kesesakan...pemandu yang mengikut laluan yang betul sudah pasti berkeras tidak akan memberi laluan dan tidak mustahil kemalangan akan berlaku...
disinilah yang intan tak paham...ape perlunya menjadikan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif...?seharusnya PLUS menjadi lebih bijak sebelum membuat sesuatu keputusan yang boleh dianggap bangang..

No comments:

Post a Comment