Monday, March 1, 2010

Salam Perjuangan

Alhamdulillah intan dah selamat kembali bekerja setelah hampir 2 minggu bercuti ke negeri2 belah utara...walaupun lebih banyak berada di Pulau Pinang tapi intan sempat ke Alor Star & Langkawi...intan sebenarnya nak terus ke Kangar & Padang Besar cuma nasib tak begitu baik sebab kawan intan yang janji nak bawa intan ketempattu dipanggil bertugas secara tiba2...biasalah kalau dah kerja yang ada on call jadi terpaksala terima hakikat...
Mak intanpun nampaknya seronok terutama bila pegi langkawi...banyak kelengkapan dapur yang diborongnya...setelah lama intan tak bawa mak bercuti dalam Malaysia nampaknya kalini mak intan seronok sungguh bercuti dalam Malaysia...ni kira amik semangat cuti-cuti 1Malaysia la kononnya hahaha...intan juga mengucapkan banyak2 ribuan penghargaan kepada kawan2 intan kat penang n alor star yang banyak membantu intan & bawa intan jalan2...seronok betul rasanya...macam nak cari calon suami orang utara aje hahaha tapi ada ke yang nak pada intan..?hahaha
intan taknakla cerita banyak2 pasal perjalanan intan cuma bagi intan memang seronok dapat berjalan sampai kesana...nampaknya orang penang memang banyak berterima kasih kepada pimpinan sekarang...intan tengok sejak DAP ambil alih pimpinan banyak perubahan dan pembangunan untuk rakyat yang telah lama berjalan siap dengan cepat...malahan ramai orang kampung yang sempat intan jumpa cakap corak pemerintahan Lim Guan Eng disenangi ramai...baguslah kalau camtu...intanpun nampak juga cara kepimpinan Lim Guan Eng lebih baik dari pemimpin sebelumni...inilah yang kita mahukan...kerana rakyat telahpun memberi kepercayaan maka wajiblah kepercayaan itu dibalas dengan cara yang baik juga...
namun begitu ketika ini yang paling mengejutkan ialah ramai ahli PKR keluar parti dan menyertai Umno...intan taknak ulas hal ni panjang2 namun bagi intan sekiranya betul apa yang diperkatakan iaitu pimpinan PKR pincang maka wajiblah diberitahu kerana setiap yang silap boleh diperbaiki...namun begitu pada pandangan intan setiap orang yang keluar sudah pasti kerana ada hal yang tidak dipersetujui ataupun ada tawaran2 yang lebih baik...harap2 kita dapat nilaikannya...jumpa lagi dilain coretan..

No comments:

Post a Comment