Tuesday, July 13, 2010

Selangor, KL, Putrajaya mungkin hadapi catuan air: Peter Chin

alamak tak sepatutnya keperluan asas dijadikan bahan politik...carila jalan penyelesaian lain...walau camnapun intan setuju cara kerajaan negeri selangor uruskan air...kerajaan pusat patut cari cara lain untuk selesaikan permasalahan yang timbul bukan ara ugut macamni

PUTRAJAYA: Pengguna air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kemungkinan berhadapan catuan air menjelang 2014 sekiranya kerajaan negeri Selangor masih enggan bekerjasama bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata masalah itu sudah tentu akan menimbulkan kesulitan bukan sahaja kepada pengguna individu tetapi juga pihak industri.
"Tentu semua orang tidak suka kalau kita bekalkan air selama 12 jam sehari berbanding 24 jam sebelum ini, sebab itu kita perlu pastikan projek berkenaan perlu siap mengikut jadual.
"Ini kerana keperluan loji yang sedia ada di negeri Selangor tidak cukup untuk menampung penyaluran air mentah yang diperoleh dari Pahang. Tidak ada guna bawa masuk air dari luar tetapi tidak mempunyai tempat untuk dirawat dan disalurkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan Selangor perlu menyedari bahawa perintah pembangunan yang masih tertangguh sehingga kini perlu dikeluarkan segera untuk projek dilaksana dengan sempurna. "Ketepikan perbezaan politik kerana projek itu adalah untuk kemudahan rakyat, lagi pun projek itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Kita tidak minta duit kerajaan negeri sebaliknya hanya minta kerjasama supaya projek itu boleh dijalankan dengan licin," katanya. Chin berkata, pihaknya akan sentiasa berusaha dengan menjalankan perundingan dengan kerajaan negeri bagi menyelesaikan perkara itu bagi membolehkan setiap pihak yang terbabit mendapat keuntungan secara bersama. "Semua dokumen sudah diberikan kepada kerajaan Selangor termasuk dari segi pampasan juga sudah dibayar sekarang hanya menunggu perintah pembangunan sahaja," katanya. Beliau berkata, kapasiti bekalan air sedia ada efektif sehingga akhir tahun ini ialah sebanyak 4326 juta liter sehari (JLH) dan purata unjuran pada tahun tersebut dianggarkan sebanyak 4625 JLH setelah diambil kira kepesatan pembangunan di Selangor. "Berdasarkan unjuran tersebut adalah dijangkakan mulai tahun 2012 negeri Selangor akan mengalami kekurangan bekalan air sebanyak 299 JLH," katanya. Projek berkenaan bernilai RM8.65 bilion diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan bekalan air di tiga kawasan itu sehingga tahun 2025 dan ia dijangka siap pertengahan 2014. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment