Tuesday, August 21, 2012

Alex Song ke Barca

Alex Song pemain midfield arsenal memilih utk berpindah ke Barca...intan yakin sama seperti RVP dan Cesc perpindahan ini motifnya adalah sama iaitu utk mendapatkan kejuaraan...Arsenal dah berapa tahun tak menang piala...jgnkan kata BPL piala kecik2 pun takde...
pemain manapun sekiranya berpeluang pasti nak mengecapi walaupun sekali utk menjadi juara...semua orang memiliki naluri dan keinginan yang serupa biarpun bukan sebagai atlit...
intan yakin dengan perpindahan ini, Alex Song pasti gembira...yang tak gembira pasti Wenger selepas kehilangan Cesc lepastu RVP skrg Alex Song plk...slpsni tak tau lg sapa...cm dengan player yang bru datang spt Podolski dan Giroud mungkin mampu mengembalikan zaman kegemilangan Arsenal...
Selamat maju jaya utk Alex Song di Barca...
Selamat berjaya utk Arsene Wenger...

Alex Song tempelak Arsenal


LONDON - Sebaik melengkapkan perpindahannya ke Barcelona semalam, Alex Song menempelak bekas kelabnya, Arsenal dengan berkata: "Saya berhijrah kerana mahu menang semua kejuaraan."
Hanya beberapa hari selepas Robin van Persie meninggalkan Emirates untuk menyertai Manchester United dengan harapan dapat mengecapi kejuaraan, pemain tengah Cameroon berusia 24 tahun itu menjadi tonggak kedua Arsenal berbuat demikian.

Kata Song: "Saya berasa sangat gembira untuk berada di sini kerana umum mengetahui Barcelona adalah pasukan terbaik di dunia.

"Untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini adalah sesuatu yang saya impikan sejak kanak-kanak lagi.
"Saya sentiasa cuba membayangkan 'saya akan beraksi untuk Barcelona' dan kini, saya berpeluang untuk menjejak kaki di sini dan beraksi sepasukan dengan barisan pemain terbaik dunia - Messi, Xavi, Iniesta, Fabregas."

Song antara bintang kesayangan pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Wenger sering memuji pemain tengah kental itu.
Namun, seperti kebanyakan pemain handalan dunia, ternyata Song tidak mahu melepaskan peluang keemasan berpindah ke kelab terkemuka yang boleh memenuhi cita-cita besarnya memenangi sesuatu kejuaraan.
"Barcelona ialah pasukan terbaik dunia kerana mereka dibarisi pemain-pemain handalan. Saya jangka ia pastinya sukar untuk saya merebut peluang dalam kesebelasan.
"Saya fikir pasukan ini akan meneruskan rentak kemenangan kerana mereka adalah sebuah pasukan yang sentiasa menang, mereka telah memenangi kesemuanya.

"Saya harap saya akan berpeluang merasainya tahun ini.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik dalam latihan dan apabila jurulatih memberikan saya peluang untuk beraksi, saya akan melakukannya dengan sebaik mungkin." - AGENSI
- sumber : Utusan Malaysia -


No comments:

Post a Comment