Wednesday, June 24, 2009

jom amik m.c hahaha

ni intan amik dari berita harian online...
jom kita amik m.c hahaha

H1N1: Gaji penuh bagi pekerja cuti sakit

KUALA LUMPUR: Pekerja yang disyaki dijangkiti virus Influenza A (H1N1) berhak menerima gaji harian penuh jika mereka diberikan cuti sakit oleh doktor, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, pekerja akan dibayar gaji penuh bagi semua hari semasa cuti sakit.

"Majikan mestilah mengiktiraf cuti sakit mereka dan menganggap jangkitan ini seperti penyakit lain," katanya kepada pemberita selepas muncul pada Program Dialog RTM di sini, malam tadi.

Beliau berkata, pekerja yang dijangkiti dengan virus itu mestilah dikuarantin untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu sementara majikan mestilah membenarkan mereka bercuti sakit tetapi dengan pengesahan doktor.

Beliau mengulas laporan bahawa sesetengah majikan hanya membenarkan cuti tanpa gaji untuk pekerja mereka yang disyaki dijangkiti virus itu walaupun mereka mempunyai sijil perubatan daripada hospital atau klinik.

Dr Subramaniam berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mengklasifikasikan Influenza A (H1N1) sebagai satu jenis penyakit yang melayakkan pekerja mendapatkan bantuan.

Beliau juga meminta majikan untuk mengambil tindakan perlu bagi mengelakkan pekerjanya daripada dijangkiti dengan virus tersebut, pekerja pula hendaklah sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada Kementerian Kesihatan mengenai penyakit itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment