Wednesday, June 24, 2009

Perang Semenanjung Korea

keadaan makin tak terkawal nampaknya ni..
mungkin perang semenanjung korea tak boleh nak elak lagi..
intan copy paste dari berita harian online

Korea Utara beri amaran serangan nuklear

SEOUL: Korea Utara mengutuk ikrar Amerika Syarikat untuk memberi perlindungan nuklear kepada Korea Selatan dan menyatakan langkah itu menjadi alasan kukuh untuk ia memiliki bomb atom dan menjurus kemungkinan "hujan api tindak balas nuklear".

Amaran dalam akhbar utama Pyongyang, Rodong Sinmun, adalah reaksi terbaru kepada sidang kemuncak Presiden Barack Obama dan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak.

Kedua-dua negara sekutu itu mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan komitmen AS untuk mempertahankan Korea Selatan dengan senjata nuklear.

Ia juga dikeluarkan ketika kapal pemusnah Amerika mengekori kapal Korea Utara yang disyaki membawa senjata dan melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan ujian nuklear pada 25 Mei lalu dan jangkaan Pyongyang akan melakuakn ujian peluru berpandu jarak pendek dan sederhana.

Akhbar Korea Utara itu menyatakan dalam ulasannya bahawa jaminan "payung nuklear" menyebabkan AS lebih berkemungkinan melancarkan serangan nuklear terhadap negara itu, sekali gus "memberi justifikasi kepada kami untuk memiliki benteng nuklear."

Akhbar itu menyatakan, langkah itu juga seolah-olah "meminta situasi bencana hujan api tindak balas nuklear di seluruh Korea Selatan" jika berlaku konflik.

"Ia amat jelas seperti siang hari bahawa Korea Selatan tidak mampu selamat di bawah payung nuklear," katanya ulasan itu.

Korea Utara sudah lama mendakwa AS merancang melanggar negara dan menjadikannya sebagai alasan memiliki senjata nuklear. - AP

No comments:

Post a Comment