Sunday, July 5, 2009

PRK Manek Urai

dah lama intan tak tulis pasal PRK ni..
rasa malas plak...bukan apela dalam setahun lebih ni dah 6 kali rasanya ada PRK...
intan taktau nak cakap macamana...tapi bagi intan ini semuanya pembaziran...
takpela itu tak penting...intan cuma nak pastekan berita dari berita harian...
intan taktau nak cakap camne...
nanti intan boldkan pada ayat yang intan rasa cam pelik aje

Pertandingan satu lawan satu BN-Pas di Manek Urai

KUALA KRAI: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara calon BN dan Pas.

BN menampilkan bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, manakala Pas diwakili peniaga, Mohd Fauzi Abdullah.

Nama calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 11.10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.
Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu. Jika ada pertandingan pengundian akan dijalankan 14 Julai.

ayat yang intan boldkantu pelik sikitla...rasanya dah confirmla PAS lawan BN...
jadi bleh jadi takde pertandingan ke...?
camne tu...
orang yang tulis berita ni patut dipersoalkan....
atau BN nak beli calon PAS awal2..?

1 comment:

  1. aduhai

    kalau ada pertandingan tu maksudnya, ada lebih dari satu kertas pencalonan, dan kertas pencalonan sesiapa tidak ditolak. maka ada pertandingan la.

    ReplyDelete