Monday, August 10, 2009

hari ini (11 Ogos 2009)

berita paling best intan baca arini pasal polis berjaya mengesan 6 cap jari kat surat ugutan bunuh utk ketua pesuruhjaya SPRM...memang hebat polis kita ni...tapi pasal kes pembunuhan adik nurin n sharlinie sampai skarang blom selesai...takde kesan cap jari ke...?intan bukan apela...kesian pada kes bunuh yang dah bertahun lamanya tapi sampai skarangni taktau apa crita...intanpun heran juga...orang yang tulis surat n hantar surattu bangang sangat ke..?sampai kesan cap jari mudah sangat diperolehi...takkan diorang tak pikir surattu akan jadi kontroversi....ntahla intan taktau nak hujah camne...intan cuma copykan aje kenyataan akhbar yang kluar kat berita harian...

6 kesan cap jari pada surat ugutan bunuh Ahmad Said: Polis

KUALA LUMPUR: Polis menemui enam kesan cap jari yang berbeza pada surat ugutan bunuh yang ditujukan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya sedang menunggu laporan untuk mengenal pasti siapa pemilik cap jari itu.

Pada masa sama, katanya polis menunggu laporan dari Jabatan Kimia ke atas ujian DNA yang ditemui pada sampul surat berkenaan.
"Kita dapati penghantar surat ini mengguna air liur untuk melekatkan gam pada sampul surat dan ujian DNA air liur ini diambil," katanya.

Katanya, sampul surat itu dimasukkan ke dalam peti pos awam sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur sebelum diedarkan ke SPRM Selangor.

No comments:

Post a Comment