Monday, August 10, 2009

tambang bas baru utk raya aidilfitri

kepada semua pengguna perkhidmatan bas ekspres...raya nanti kena kluarkan duit lebihla ye...yang guna keretapun sama juga...sebab raya bulan september kadar baru minyak petrol utk ron97 yang biasa kita guna naik juga jadi rm2....sabarla ye...inila duit raya kerajaan nak bagi pada kita...TERIMA KASIHLA WAHAI PEMIMPIN!!!

Harga tiket bas ekspres ikut kadar baru raya ini

KUALA LUMPUR: Harga tiket bas ekspres pada musim perayaan Aidilfitri ini adalah mengikut kadar tambang baru iaitu 8.5 sen bagi setiap kilometer seperti yang diluluskan kerajaan 1 Ogos lalu.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata caj tambahan RM3 turut dibenarkan bagi setiap tiket bas ekspres tambahan.
Beliau berkata LPKP akan mengeluarkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi memastikan bas ekspres mencukupi untuk menampung keperluan orang ramai.
"Permohonan LPS dibuka mulai 22 Ogos hingga 18 September depan dan sah tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas Hari Raya Puasa iaitu dari 13 hingga 28 September," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, hanya bas berusia tidak melebihi 15 tahun dibenarkan untuk dijadikan bas ekspres tambahan.
"Tiada had jarak perjalanan dikenakan bagi bas berusia di bawah 12 tahun, tetapi bagi bas berusia 12 hingga 15 tahun, hanya dibenar melakukan perjalanan tidak melebihi 300 kilometer sehala," katanya

Halimah berkata, LPKP membenarkan bas ekspres biasa dan bas ekspres tambahan untuk beroperasi berdasarkan laluan terbuka bagi memudahkan pihak syarikat mengatur laluan bas mengikut keperluan pengguna.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan syarikat bas ekspres supaya tidak bersekongkol dengan "ulat" dan menguruskan sendiri penjualan tiket serta perjalanan bas.
"LPKP akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas ekspres yang gagal menyediakan bas pada saat-saat akhir dan menjual tiket melebihi kadar tambang semasa," katanya.
Di samping itu, Halimah berkata RapidKL dibenarkan menyediakan bas pengantara dari Hentian Puduraya ke Hentian Duta dan dari Hentian Puduraya ke Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dengan kadar tambang RM2 sehala.

Orang ramai yang ingin membuat pertanyaan atau aduan kepada LPKP bolehlah menghubungi ibu pejabat LPKP di Putrajaya di talian 03-88805883, e-mel ke aduan@lpkp.gov.my atau menerusi laman web www.lpkp.gov.my
Pengguna juga boleh menghubungi 04-4485111 bagi LPKP Wilayah Utara (Sungai Petani), 06-9556035 Wilayah Selatan, (Ledang) dan 09-6241111, Wilayah Timur (Kuala Terengganu). - Bernama

No comments:

Post a Comment