Tuesday, May 4, 2010

Bekas Menteri Industri Itali meletakkan jawatan dalam kabinet

agak2 kat Malaysia bleh tak buat camni..?kira bertanggungjawabla dengan apa yang dilakukan...walaupun dah bukan menteri lagi tetap bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan

Bekas Menteri Industri Itali meletakkan jawatan dalam kabinet

ROME 5 Mei - Bekas Menteri Industri Itali, Claudio Scajola, yang meletakkan jawatannya dalam kabinet semalam, berkata dia memerlukan masa untuk membela dirinya berhubung tuduhan bahawa seorang ahli perniagaan yang kini disiasat atas dakwaan melakukan rasuah menanggung pembelian sebuah pangsapuri mewahnya di bandar ini.
Scajola menafikan melakukan kesalahan tetapi mengatakan dia tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai Menteri ketika dia perlu berdepan dengan tuduhan berkenaan.
“Sebagai seorang Menteri, saya tidak boleh menginap dalam sebuah rumah yang dibayar orang lain.
“Ini adalah sebab utama yang memaksa saya meletakkan jawatan sebagai Menteri bagi meyakinkan bahawa saya tidak terbabit dalam tuduhan dan saya pasti, ia akan dibuktikan,” katanya pada satu sidang media.
Scajola menerima banyak panggilan ekoran peletakan jawatannya selepas laporan mengatakan, namanya disebut dalam siasatan secara meluas kerana dikatakan menjalankan urusan bersama seorang ahli perniagaan Rome.
Menurut laporan itu, pihak pendakwaan mengatakan Scajola membayar AS$793,000 (RM2.5 juta) bagi pembelian sebuah pangsapuri di Colosseum Rome dengan bantuan ahli perniagaan itu yang dikatakan membayar harga tambahan berjumlah AS$1.17 juta (RM3.8 juta) yang tidak diisytiharkan kepada penjualnya.
Ahli perniagaan itu juga kini dalam penyiasatan berhubung kontrak Persidangan Group of Eight yang dianjurkan di Itali tahun lalu. - AP

No comments:

Post a Comment