Wednesday, April 28, 2010

'Saya terima RM4 juta'

walaupun beritani mungkin diada2kan...tapi tetap akan memberi kesan...kepercayaan rakyat pada PR akan bertambah kurang sekiranya cerita2 buruk tentang PR diceritakan sendiri oleh orang2 PR...

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.
Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.
"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.
"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.
Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini.
Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan.
Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.
Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.
Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah.
Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.
Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau.
Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan.
Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu.
Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.
Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.
"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang.
"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.

1 comment:

  1. Nama saya adalah Masitah Binti Ayob seorang warganegara Malaysia yang mendapat bantuan kewangan daripada syarikat pinjaman Puan Rossa Stanley, Setiap hari ada kisah bantuan kewangan kepada orang miskin di seluruh dunia saya membaca cerita ini dan hanya mengambil lulus dengan pemikiran bahawa ia tidak boleh menjadi nyata sehingga saya mempunyai pemeriksaan pada kakak saya Redzuan binti Sarina dan ia seperti mimpi ketika dia mengaitkan saya ke rumah kewangan halus ini bernama syarikat pinjaman rossa stanley yang berpusat di California, Amerika Syarikat. anda boleh menghubungi mereka melalui kenalan di bawah
    panggilan talian bantuan +12133153118
    e-mel di rossastanleyloancompany@gmail.com
    Whats aplikasi +19145295708
    dan saya memohon pinjaman sebanyak Rm 150,000.00 dan sama seperti itu sebelum saya tahu selepas pengesahan dokumen saya pinjaman saya mendapat kelulusan dan dipindahkan ke akaun Citibank saya dan hari ini saya penguji saran bantuan bantuan Puan Rossa Stanley kepada semua orang di sini adalah tidak terjejas dengan menghubungi syarikat pinjaman yang salah, dan bukannya langsung ke rossatanleyloancompany kerana kadar faedahnya adalah yang paling baik di mana saja pada 2% pada tempoh maksimum 10 tahun jadi memanggil atau menulis e-mel dan permintaan kewangan anda akan diberikan jika anda mempunyai sebarang soalan atau fee ragu untuk memanggil atau menulis saya di +60113091951 atau email masitahayobbinti@gmail.com terima kasih dan Tetap selamat

    ReplyDelete