Sunday, April 4, 2010

Ekonpmi baik, gaji naik...

sama-samala kita berdoa ye..hehehe...tapi intan rasa lambat lagi...

Imbuhan untuk kakitangan awam jika produktiviti meningkat: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi. Perdana Menteri berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.
"Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat, " katanya dalam wawancara khas yang disiarkan Bernama TV sempena setahun beliau menjadi Perdana Menteri, malam tadi.
Dalam program Setahun Di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri, Najib ditemubual hampir sejam oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh dan Editor Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah di pejabatnya di Putrajaya. Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan. Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik pada masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam, katanya. Beliau berkata sokongan daripada semua penjawat awam membolehkan kerajaan melakukan yang lebih baik untuk semua rakyat. Mengenai bagaimana beliau merancang untuk menyelaras sasaran Model Ekonomi Baru (MEB) mencapai ekonomi nilai tinggi dan memastikan kos rendah, Najib berkata model itu boleh mewujudkan Malaysia yang inovatif, dipacu oleh kebijaksanaan dan bakat yang baik. Berhubung saranan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya Bumiputera memiliki 67 peratus daripada kekayaan ekonomi negara, Perdana Menteri berkata, kedudukan Bumiputera yang masih tidak mencapai taraf yang sepatutnya, bermakna kerajaan harus meneruskan tindakan afirmatif tetapi pada masa sama memperbetulkan kelemahan yang jelas dalam pelaksanaan sebelum ini. Jadi, apa yang ingin saya katakan, kita tidak sepatutnya terlalu taksub dengan satu pandangan, tetapi biarlah melihat dengan cara yang akan memberikan perasaan bersatu sebagai satu negara dan satu masyarakat, katanya. Mengenai keraguan terhadap tender terbuka dan sama ada mereka benar-benar telus, Najib berkata, melalui inisiatif baru, ia akan telus memandangkan orang ramai akan dapat melihat syarikat yang gagal dan yang akan mendapat bidaan serta harga bidaan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment