Tuesday, April 6, 2010

Kakitangan TM dapat bonus 1.7 bulan gaji

tahniah untuk kakitangan TM...moga menambah kecemerlangan dalam tugas...harap2 lepasni takde lagi kabel kena curi dan internet tak bleh access...apapun tahniah untuk semua warga kerja TM...


KOTA KINABALU: Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan bonus 1.7 bulan gaji kepada 16,240 kakitangan bukan eksekutifnya bagi tahun lalu yang akan dibayar menerusi gaji bulan ini.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata prestasi perniagaan TM yang memberangsangkan sepanjang tahun lalu membolehkan syarikat itu membayar bonus lebih tinggi berbanding 1.5 bulan gaji pada 2008.
“Bonus ini adalah bukti TM komited dengan prinsip mengutamakan kakitangan yang banyak menyumbang terhadap peningkatan prestasi syarikat.
“Walaupun keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya daripada kelembapan, namun berkat komitmen kakitangan, TM berjaya meningkatkan prestasi sekali gus mampu memberi bonus lebih tinggi kepada kakitangan di seluruh negara,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani perjanjian bersama (CA) kelima antara TM dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia Berhad Sabah (Sute) di sini, semalam. Ia disaksikan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai.Hadir sama Ketua Pegawai Modal Insan TM, Mohd Khalis Abdul Rahim; Presiden Sute, Jamling Ghani dan Pengurus Besar TM Sabah, Sukkuriya Masri.Sementara itu, mengulas mengenai CA antara TM dan Sute, Zamzamzairani berkata, TM setuju membuat pelarasan gaji 5.5 peratus bagi kakitangan bukan eksekutif TM di Sabah bermula Januari lalu dan kenaikan satu mata gaji mulai bulan ini. “TM juga bersetuju menaikkan elaun perumahan sebanyak 33 peratus iaitu daripada RM90 sebelum ini kepada RM120. Pada masa sama, kakitangan bukan eksekutif TM di Sabah turut menikmati kenaikan elaun sara hidup (Cola) sebanyak 25 peratus."Syarikat turut bersetuju memberikan tambahan manfaat perubatan yang membolehkan kakitangan bukan eksekutif TM di Sabah menikmati pakej perubatan di hospital swasta, tertakluk kepada had dinyatakan dalam skim pakej insurans yang akan diuruskan syarikat pada kadar premium RM250 setahun bagi setiap anggota," katanya.Beliau berkata, sebahagian artikel dipersetujui TM dan Kesatuan Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Kebangsaan (Nute) yang jumlahnya melebihi kadar sedia ada di Sabah, turut dilaksanakan ke negeri ini

1 comment: