Wednesday, August 11, 2010

40,000 pekerja bank dapat durian runtuh

dapat durian runtuh ye pekerja bank...alhamdulillah...tahniah intan ucapkan kepada persatuan sekerja bank (NUBE) dan juga kakitangan bank semua...kira ni dapat duit rayala ye...angpow...hahaha...semoga dapat menambah produktiviti dalam perkhidmatan...cuepacs bila agaknya nak umumkan berita gembira untuk kakitangan awam pulak ye...?moga2 ada berita gembira terutama untuk kakitangan sokongan...

40,000 pekerja bank dapat durian runtuh

KUALA LUMPUR: Lebih 40,000 pekerja bank akan menerima durian runtuh antara RM3,700 dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian bersama (CA) di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA). Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, berkata sebahagian daripada tunggakan akan dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya dalam tempoh 60 hari bermula semalam, iaitu tarikh perjanjian ditandatangani.
Beliau menyifatkan CA yang berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu hingga 31 Disember 2011 sebagai yang terbaik dalam sejarah NUBE kerana ia membuka ruang baru selain menawarkan faedah baru kepada pekerja.
Antara faedah itu ialah cuti bersalin 90 hari berkuat kuasa semalam, elaun sara hidup, peningkatan umur bersara daripada 55 kepada 57 tahun, dan faedah perubatan sehingga RM25,000 setahun dilanjutkan selama tiga tahun selepas bersara. Faedah lain ialah kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak sembilan peratus, kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus. Solomon juga memuji persatuan kerana berjaya mencapai persetujuan dalam masa kurang setahun. Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengalu-alukan CA baru sektor bank dan menggesa agar majikan sektor lain mengambil langkah serupa. Kami khususnya menggesa sektor perkilangan dan perladangan agar menyediakan suasana bekerja yang lebih baik dan faedah bagi pekerja mereka, kata Naib Presidennya, A Balasubramaniam Said. BERNAMA

No comments:

Post a Comment