Monday, August 16, 2010

Rakyat diminta bijak berbelanja

oklah Dato' Seri...cuma diharap tahunni kakitangan kerajaan diberikan bonus sebelum raya...kasihanla terutama penjawat awam yang berpendapatan rendah...tahun lepas dapatpun sikit sangat...bukan nak belanja sakan sangat tapi nak sambut raya ni paham2 ajela macam2 nak dibeli paling takpun nak juga makan ketupat,kuah kacang dan rendang...

Beli barang ikut keperluan, elak tabiat boros sepanjang Ramadan: Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menasihatkan rakyat berbelanja dengan bijak sepanjang Ramadan ini dan tidak melampaui kemampuan.
Perdana Menteri berkata, dengan tidak boros berbelanja akan dapat mengelakkan daripada menyusahkan diri sendiri pada bulan yang lain.
Beliau yang meluangkan kira-kira setengah jam bagi melawat dan beramah mesra dengan pengunjung serta bertanya khabar kepada peniaga di Bazar Ramadan Presint 2 di sini, berkata orang ramai juga harus mengelak daripada membeli melebihi keperluan.“Yalah, apabila kita berbuka (puasa), semua (yang) kita pandang kita rasa hendak (beli). Jadi, itu mungkin menyebabkan kita beli lebih daripada keperluan. “Justeru, lebih baik kalau kita beli secara berhemah dan berpada-pada supaya apa juga pendapatan kita itu boleh menampung segala keperluan kita dalam bulan Ramadan dan pada bulan-bulan lain,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatannya kira-kira jam 6.40 petang, semalam.Beliau berkata, pada pengamatannya, sambutan Ramadan di Putrajaya nampak cukup hangat, terutama di kalangan penduduk setempat dan daripada perbualan dengan penjaja, beliau mendapati sebahagian adalah ahli keluarga kepada penghuni Putrajaya, manakala ada juga sebahagian dari luar kawasan itu. “Rata-rata mengatakan mereka mendapat pulangan yang lumayan. Saya anggap ini satu kaedah yang amat baik untuk memeriahkan lagi suasana Ramadan ini dan juga memberi kemudahan kepada masyarakat supaya mereka dapat berbuka puasa dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan pada kos agak rendah,” katanya.

-sumber Berita Harian Online-

No comments:

Post a Comment