Wednesday, August 25, 2010

DUIT RAYA RM500

alhamdulillah...walaupun RM500 aje kira cukupla...dapat juga dari langsung takde ye tak....harap2 hujung tahunni ada tambahan lagi...

DUIT RAYA

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal. Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan. Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu. Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

BANTUAN RINGAN BEBAN KEWANGAN
KUALA LUMPUR: Kakitangan awam dan pesara menyifatkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sempena Aidilfitri ini sebagai tanda prihatin kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat bagi membuat persiapan hari lebaran.Kakitangan kerajaan, Saifuddin Jaafar, 31, berkata pemberian bantuan kewangan itu amat berbaloi dan kena pada masanya ketika rakyat sedang berjimat cermat berikutan kenaikan harga beberapa barang keperluan ketika ini. Memang bagus...kami yang setiap hari bekerja mengharapkan supaya wang ihsan ini dapat mengurangkan beban kami menyambut hari lebaran dan sekali gus meringankan beban kewangan semasa.Gembira sangat, walaupun hanya RM500 diberikan. Namun, harapan kami supaya jumlah wang ihsan ini ditambah lagi pada masa akan datang, katanya di sini, semalam.G Gunasilan, 30, yang juga kakitangan kerajaan mengakui pemberian sebanyak RM500 itu melegakan ramai golongan terutama yang berpendapatan rendah, berikutan peningkatan kos untuk menyambut hari raya.Bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam membuat persiapan membeli barangan keperluan menyambut raya. Walaupun saya bukan beragama Islam, atas dasar 1Malaysia saya tetap prihatin dengan keperluanrakan yang lain, katanya.Pesara kerajaan, Aswad Tasman, 66, berkata pemberian wang ihsan itu sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan dan membolehkannya menyambut hari lebaran dengan selesa.Langkah ini untuk kebaikan semua dan dalam jangka panjang, yang mana pelbagai keperluan raya boleh dibeli dengan lebihan wang yang diberikan kerajaan ini, katanyaSuri rumah Rakizah Ahmad, 49, berkata pemberian bantuan kewangan itu sebagai tanda prihatin kerajaan melakukan pembaharuan dalam pelbagai segi untuk kesenangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.Dengan suami saya seorang kakitangan kerajaan, pemberian wang ini sudah tentu juga memberi manfaat kepada seorang suri rumah seperti saya, katanya

CUEPACS BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS BANTUAN KHAS KEWANGAN
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan."Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan.Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan."Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.
Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

No comments:

Post a Comment