Tuesday, August 24, 2010

PM pelawa rakyat kemuka cadangan Bajet 2011

marilah kita bagi cadangan yang bernas untuk kerajaan...kakitangan awam yang selalu mengeluh takde bonus bolehlah minta terus kat PM...

PM pelawa rakyat kemuka cadangan Bajet 2011

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sekali lagi mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011, yang dijadual dibentangkannya di Parlimen, Oktober ini.Najib berkata, seperti tahun lalu, beliau berasakan penting berhubung dengan rakyat untuk mendapatkan pemikiran mereka secara langsung dalam lapangan masing-masing.
Dengan prinsip penyertaan dan keadilan sosial dalam fikiran, saya meminta rakan saya yang juga rakyat Malaysia memberi cadangan untuk Belanjawan Negara 2010 dan hasilnya pemikiran rakyat menjadi sebahagian penting dalam belanjawan negara.
Saya masih ingat pada masa itu menerima beratus-ratus cadangan yang padat untuk belanjawan kita, bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih sejahtera dan lebih progresif, katanya dalam entri terbaru blog www.1Malaysia.com.my. Atas input anda itu, saya sanjung tinggi dan sekali lagi mempelawa anda untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011 yang akan datang, katanya. Najib berkata, seluruh rakyat perlu mengemukakan idea kreatif mereka untuk Belanjawan 2011 kerana beliau menerima beberapa cadangan yang hebat dan maklum balas daripada masyarakat Malaysia yang lebih muda secara talian. Saya menyeru anda semua menggunakan peluang ini untuk membabitkan diri dan mengetengahkan saranan anda, kerana anda semua ialah generasi yang akan menggerakkan ekonomi negara untuk 20 tahun yang akan datang. Saya berharap akan bertemu pemikiran yang dapat memberikan saya inspirasi dan saranan yang membawa pembaharuan untuk manfaat semua rakyat Malaysia, katanya.Najib berkata, Kementerian Kewangan, semua kementerian dan agensi kerajaan sudah pun memulakan perbincangan mengenai Belanjawan Negara 2011. BERNAMA

No comments:

Post a Comment