Wednesday, September 8, 2010

EKUINAS tambah kepentingan dalam Tanjung Offshore

EKUINAS tambah kepentingan dalam Tanjung Offshore

KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS), syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan, mengambil alih tambahan 13.5 juta saham biasa dalam Tanjung Offshore Bhd daripada pasaran melalui syarikat modal dananya, E-Cap (Internal) One Sdn Bhd. Pada 29 Julai, EKUINAS menyelesaikan langganan dan pengambilalihan 56.5 juta saham biasa dalam Tanjung Offshore.
Dalam satu kenyataan hari ini, EKUINAS berkata, ditambah dengan pengambilalihan baru-baru ini, syarikat itu kini memegang 70 juta saham biasa dalam Tanjung Offshore, dengan pelaburan keseluruhan kira-kira RM99.8 juta.
Pegangan itu adalah 24 peratus daripada terbitan keseluruhan dan berbayar modal saham syarikat itu. Tanjung Offshore adalah sebuah syarikat minyak dan gas Bumiputera tempatan yang tersenarai pada Pasaran Utama Bursa Malaysia. Syarikat itu adalah satu syarikat pegangan pelaburan manakala anak syarikat dan syarikat sekutunya terbabit dalam penyediaan perkhidmatan bersepadu bagi industri minyak dan gas dan yang berkaitan di Malaysia. - Bernama

No comments:

Post a Comment