Sunday, September 19, 2010

Syor bersara 60 tahun hanya untuk profesional

maafla ye...intanpun tak sokong kerajaan naikkan had umur persaraan ke 60...bukan apa masih rama lagi graduan kita yang tak dapat kerja...jadi apa salahnya yang dah sampai hadtu dibersarakan aje...bagi kakitangan yang dah ada naik pangkat dan ambil kakitangan baru untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kakitangan yang naik pangkat...sudah pasti ini lebih membantu...

Syor bersara 60 tahun hanya untuk profesional

TIDAK wajar dan tidak bijak bagi CUEPACS menuntut supaya kakitangan kerajaan dilanjutkan berkhidmat hingga umur 60 tahun sebelum bersara wajib. Biar kita menjadi sebuah negara maju dulu sekurang-kurangnya pada 2020 dan lagi pun masalah graduan dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ramai yang menganggur dan ini perlu diatasi segera kerana ia mungkin akan membabitkan masalah sosial yang serius jika tidak ditangani dengan bijak. Ketika umur persaraan wajib kakitangan kerajaan dilanjut daripada 56 tahun kepada 58 tahun beberapa tahun dulu, kita dapat lihat kesannya di mana bertambahnya pengangguran dengan mendadak. Lagi pun kalau diamati pekerja yang sudah lanjut umur prestasinya menurun dan kemampuan serta kecekapannya tidak setanding pekerja muda dan berkebolehan menggunakan komputer serta peralatan canggih lain. Rasa malas dan dan jemu mula terasa bagi kakitangan awam dalam lingkungan umur lewat 50-an dan ada antara mereka ini langsung buta komputer. Eloklah kerajaan berjimat cermat mengambil pekerja baru dan bertenaga serta mempunyai kecekapan luar biasa dengan gaji jauh lebih rendah daripada membayar empat kali ganda jika pekerja berumur 60 tahun masih lagi bekerja. Jika ingin pun untuk melanjutkan persaraan kakitangan awam, biarlah mereka yang bertaraf profesional seperti dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan atau bidang kritikal tertentu kerana kepakaran mereka itu yang kita mahukan. Diharap CUEPACS tumpukan tuntutan lain yang mampu memberi manfaat seperti tuntutan gaji lebih setimpal dengan keperluan hidup terutama sekali di mana harga barangan keperluan asas untuk keluarga semakin meningkat.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL,Ampangan, Seremban.

No comments:

Post a Comment