Wednesday, September 8, 2010

Guna istilah bahasa betul

teguran ini membuatkan kita sedar penggunaan perkataan yang betul...diharap tahun ini perkara sama tidak berulang lagi...

Guna istilah bahasa betul

BAJET atau Belanjawan? Satu tajuk berita dalam Berita Harian baru-baru ini ‘PM pelawa rakyat kemuka cadangan Bajet 2011’. Namun, kata-kata Perdana Menteri yang dipetik oleh pemberitanya tidak menggunakan perkataan bajet tetapi belanjawan.
‘Atas input anda itu, saya sanjung tinggi dan sekali lagi mempelawa anda untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011 yang akan datang’.
Mengikut edisi keempat Kamus Dewan, perkataan ‘bajet’ yang ada dalam kamus itu mempunyai tanda ‘p’ yang bermaksud itu bahasa pasar dan tidak sesuai digunakan untuk acara atau urusan rasmi. Begitu juga penggunaan istilah ‘Konsultansi Bajet’ yang pernah saya tegur supaya ia digantikan dengan istilah yang betul iaitu ‘Rundingan Belanjawan’, tetapi ia tidak pun dipedulikan. Diharap, pada tahun ini pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Kewangan mengambil berat perkara ini dengan menggunakan istilah bahasa kita yang betul dan tidak sekadar mengambil dari bahasa Inggeris sedangkan perkataan Belanjawan sudah lebih 50 tahun digunakan sebagai istilah yang rasmi dan betul. Bahasa Jiwa Bangsa.
PROF DATUK WAN HASHIM WAN TEH, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sungai Besi.

No comments:

Post a Comment