Wednesday, September 8, 2010

Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang Atau Didenda

sama2lah kita patuhi arahan...patuhi undang2 jalanraya...semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju...

Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang Atau Didenda

Penumpang belakang dalam perjalanan balik ke kampung bersempena Hari Raya ini perlu pastikan yang mereka menggunakan tali pinggang keledar kerana jika tidak mereka boleh didenda RM300.
Peraturan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang di belakang masih berkuatkuasa dan pihak penguat kuasa sedang meningkatkan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang gagal mematuhi peraturan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
Walaupun peraturan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang tempat duduk belakang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009, adalah jelas ramai pengguna jalan raya masih ragu akan peraturan ini."Saya berada di Seremban bagi satu kempen keselamatan jalan raya, dan bingung apabila mendapati ramai pengguna jalan raya yang saya temui masih ragu yang peraturan ini berkuatkuasa. Baik, jika ada pihak yang keliru, biar saya jelaskan yang undang-undang ini masih berkuatkuasa,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment